first ever birthday present wish..

Update : 28 Nov 2005 6:30pm

Aku jenjalan Mid Valley Sabtu ari tu..
Aku jumpa box set ni kat Speedy..hehe



Tak nampak la harga dia.. Zoom sket bleh? Huh?? Gulp..!!

Image hosted by Photobucket.com


---------------------------------------------------------

Aku baru perasan.
Lagi seminggu, birthday aku..
Aku jarang gak sambut birthday ni..
Tak pernah buat birthday present wish...
So, aku nak buat la..
:)

Kalau bleh aku nak benda ni as my birthday present...







Dah lama teringin benda ni..
Tak tahu kat mana ada jual..
Boleh tak...?
Boleh la...

:)

The Se7en Meme..

Aku terasa macam nak menyahut cabaran Zack dan Nazim untuk buat meme ni walaupun meme ni memang letih nak buat. So here it is..


7 Perkara Penting "Must Be Done" Sebelum Mati

1) Lengkapkan bekalan untuk akhirat
Insyaalah. Amin.

2) Berhenti merokok
Aku pernah berhenti merokok dulu. But the environment was different. But I've done it once so I guess I can do it again.

3) Turunkan berat badan
I use to weigh around 55-60 kg. Now I'm around 80-85 kg. Something has to be done. Aku nak muat pakai baju pengantin aku!

4) Kahwin
I already found my perfect partner. I hope to sign a permanent contract that will last forever.

5) Be a good husband and father
Something that every man wish.

6) Hidup senang bukan mewah
Aku tak mintak jadi millionare, cukup la kalau aku boleh provide apa yang wife dan anak aku mintak nanti

7) Balas jasa mak aku
Aku dah takde ayah. Aku cuma ada mak aku aja. Sementara mak aku masih lagi ada di dunia ni, aku nak balas jasa dia dengan apa cara sekalipun. Cukup la bagi aku kalau dia tahu yang anak bongsu dia ni sayang kat dia.

7.5) Compose a great song
I have to include this one. Ini memang fantasy aku since I was a little boy. Aku tak tahu kenapa tapi dari kecik aku teringin sangat nak jadi composer. Aku memang ada menulis lagu. Pernah dulu I wrote some songs on my demo with my band masa belajar kat college. But that was small pea. I want something big. I know I'm capable. The time will come.



7 Perkara Yang Aku Tak Boleh Buat

1) Be good in any kind of sports
Aku ni memang fanatic bola sepak. I knew everything there is about football. But I'm not a sportsman. No talent. Unnatural. So I stick to loving the game instead of playing it.

2) Stop buying music, movies and magazines
Kalau dihimpun duit aku beli kaset, cd, vcd, dvd, vhs, majalah dari dulu hingga sekarang, aku rasa aku dah boleh buat duit hantaran kahwin aku. I just can't stop. Period.

3) Minta duit dengan family aku
Dari aku lahir sampai sekarang aku tak pernah sekali pun mintak duit dengan family aku. Tak pernah terkeluar dari mulut aku ayat seperti 'Mak, nak seposen..' atau 'Pinjam sepuluh..'. Selalunya diaorang yang akan bagi tanpa aku mintak. Walau camana susah pun aku tak akan mintak dengan family aku. Aku rasa lebih senang pinjam duit dengan kawan-kawan daripada family. Tah.. aku rasa guilty.

4) Bawak kereta manual di jalanraya
The last time aku bawak kereta manual di jalanraya is on the day aku amik test lesen kereta aku. And that was 10 years ago. So now aku dah takde confident untuk bawak kereta manual di jalanraya. Dah ingat-ingat lupa. I like automatic things.

5) Basuh baju
Bukan tak boleh, more like tak suka. Salah satu benda yang aku paling malas dan benci nak buat ialah basuh baju. Bukan tak pernah. Dulu masa kat hostel aku basuh baju sendiri. Tapi aku akan ambik masa satu hari suntuk untuk basuh baju dan baju yang aku basuh tak pernah bersih. Sekarang ni pun aku hantar everything ke laundry. Yes, everything. Harap-harap bakal isteri aku suka basuh baju.. hehe.

6) Be punctual
Ini satu kelemahan aku yang aku rasa girlfriend aku pun tersangat agree. Time management aku memang lemah. I'm either too early or too late. Something that I definitely need to change.

7) Be good in maths
Aku memang tak suka nombor dari dulu lagi. Aku tak suka pengiraan, mengira, dikira, kira-kira, ilmu hisab, congak dan yang sewaktu dengannya. I get frustrated bila kena buat math equation yang tak pernah aku dapat jawapannya. Not a very mathematical person.



7 Perkara Menarik Pada Perempuan

1) A great smile
The one thing that can melt your heart

2) Bertudung
Brings out the 'keayuan' in women.

3) Funny
Funny as in not just pandai berlawak dan buat aku ketawa tapi pandai memahami lawak bodoh aku. A good sense of humour.

4) Lemah lembut
Bukan terlalu lemah lembut sampai lembik dan lembab. Lemah lembut as in ada sifat feminin dan juga lembut hati. Kalau keras macam jantan susah plak jadinya..

5) Suka budak-budak macam aku
Sifat keibuan mesti ada. Maternal instinct is sexy!

6) A good friend
Somebody who listen to u and somebody that u can talk with about everything and anything in this world. Someone who is like your best friend.

7) Caring
Semua orang suka kalau ada orang ambik berat pasal kita kan?

I'm very happy to say that all of the above qualities ada pada my girlfriend. I guess that's why she is the one.. =)



7 Perkara Yang Aku Selalu Cakap

1) Yang.. (..bila aku cakap ngan girlfriend aku)
2) Beb.. (..digunakan di hujung ayat)
3) Dowh.. (..juga digunakan di hujung ayat)
4) Haram aihh.. (..selalu keluar bila cakap ngan orang senegeri)
5) Ya aaa.. (..digunakan dalam pelbagai intonasi)
6) Adohh.. (..bila sesuatu yang tak diingini berlaku atau terlupa something)
6.3) Kelas btol.. (..menggambarkan sesuatu yang hebat)
6.5) Buat hal aa.. (..menggambarkan seseorang yang 'buat hal')
7) *!@$?*!*@$! (..bila bergurau ngan kengkawan atau kengkadang time driving)



7 Celebrities Crushes

7 aja? Aku ada banyak kalau dikira dari dulu... hehe. Here are some in no particular order.

Elisha Cuthbert, Mandy Moore, Scarlett Johansson, Kirsten Dunst, Charlene Choi, Rosamund Kwan, Rani Mukherjee, Jennifer Connelly, Sherilyn Fenn, Asia Carrera, Christina Ricci, Thora Birch, Charlize Theron, Zalia, Jessica Alba, the woman who played Doogie mom in Doogie Howser MD (!), that girl who played Winnie in The Wonder Years, Jem & The Holograms, that girl who played Nicole in My Two Dads, the woman who played Sgt. Rita Lee in Silk Stalkings.....etc.



7 Orang Yang Kena Perah Otak Buat Macam Ni

Sesiapa saja yang baca benda ni dan ada blog. Dan berani.. hehe.

..GSC wedding.

Weekend ni aku rasa semua orang seybok dgn open house and kenduri. Kalau tak, takkan la MRR2 punya traffic sesak macam hari kerja. Termasuk la aku. Aku gi open house petang semalam. Sejak kena food poisoning last week, aku punya selera makan sekarang dah kurang. Pegi open house pun tak banyak makan. Bagus jugak sebenarnya. It's a good start untuk aku yg nak mula diet ni. Malam semalam aku ke Puchong sebab ada kenduri kawin. Aku memang tak familiar langsung dengan area Puchong. Nak mencari dewan kenduri tu punya la susah. Sampai kat dewan kenduri tu orang semua dah abis makan. Caterer pun macam tak nak layan lagi sebab dia dah start nak packing balik. Tapi nasib baik aku sempat rakamkan gambar ni..





FYI, that's Gerhana SkaCinta performing at the wedding. And if u noticed in the picture, the keyboard player was in full 'kahwin' costume. That's because he is the groom. Fairuz, the keyboard player of GSC is also my ex-classmate and a good friend of mine. Kira ni macam private gig GSC la. Jarang kalau kita pergi kenduri where the band plays good ska music throughout the night. So, that was nice. Best jugak dapat jumpa kengkawan lama semalam. A bit tiring but it was worth it. So to Mohd Fairuz Fadzil AKA Mat Wayar (..sebab wayar dia ada 'short' sket), Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.

The Loss of A Great Leader...



Thank you for the wonderful 12 years at Manchester United. I grew up watching Keano play and it will be different without him on the team. The best midfield player in the world of his generation. Keano has been central to the success of Man Utd in the last 12-and-a-half years and has been a towering figure at the club. His dedication, talent and leadership have been qualities that have marked him out as one of the true greats. Simply irreplaceable.

I wish him well in the rest of his career and beyond.
Thanks for everything Mr Royston Maurice Keane.

...yes zack, I'm still alive.

Mak oii.. Dah berdebu blog aku ni.. After much needed rest in kampung, I'm back again in the hustle and bustle of city life. Sampai aja kat KL kepala aku dah mula berserabut. Ketenangan yang aku dapat dekat kampung dah hilang. Kepala aku mula pikir macam-macam. Kerja, study, duit,.. macam-macam aaa.


Hari Isnin 14hb aku dah masuk ofis. Aku memang ingat nak update blog aku. Tapi the next day aku kena food poisoning. Memang lembik badan aku asyik keluar masuk bilik air. Pastu aku kena allergic attack pulak. Habis satu badan gatal-gatal. Tah apa benda la yang aku makan time raya hari tu. Kena cocok bontot sedas. Ditambah pulak last week was my mid semester exam. So last week was very, very hectic indeed. But I'm back THIS week, and I got a lot of things on my mind to write in here.. so what's up everybody..!!

So raya 2 minggu kat kampung takkan takde citer menarik? Well, sad to say memang takde. Raya ni aku rasakan lebih low key and laid back dari raya sebelum ni. We had the same ritual every raya morning. Bangun awal pagi -> Makan ketupat pulut dengan kari daging yang the best in the world dari mak aku -> semayang raya -> pegi kubur ayah -> salam minta maaf ngan family -> bagi duit raya kat 12(!) orang anak buah aku -> makan lontong yang the best in the world juga dari mak aku -> rileks dan tunggu sanak saudara aku datang serbu. And when I say serbu, I mean serbu! Semua pakcik, paksu, pak tam, pak teh, pak ngah, sepupu-sepapat, atok, nenek, cucu,cicit, piut, piat, ipar duai semua datang rumah aku mostly because nak makan ketupat, kari daging dan lontong kat umah aku sbb diaorang cakap memang sedap. Yang peliknya kadang-kadang diaorang datang almost at the same time, macam berjanji. So bila semua dah ada, huru-hara la jadinya rumah aku. At one time aku kira orang yang datang kat umah aku ada dekat 40 orang. Itu tak termasuk abang2 dan kakak2 aku dengan anak2 diaorang. Sampai nak makan pun kena tunggu turn sebab 3 meja makan yang besar still tak cukup. It was chaos. Sebenarnya aku suka the tradition. Memang seronok jugak dapat tengok saudara-mara yang ramai datang ziarah keluarga aku. Kalau tak raya bila lagi kan..? Tapi aku kesian dengan mak aku sebenarnya. Umur dia pun dah 60 lebih. Dah macam2 penyakit. Memang kesian aku tengok dia letih dok memasak, melayan tetamu, anak-cucu dia. Tapi mak aku ni sebenarnya suka memasak. Walau macamana tak larat pun dia, dia mesti nak jugak memasak. She's the best..

Raya kedua pulak jadi tradisi family aku pulak untuk keluar beraya ke rumah saudara-mara. Biasanya aku dah tahu sangat route perjalanan sebab every year memang sama. Hampir 7 buah rumah kitaorang beraya dan every year perjalanan kitaorang akan berakhir di rumah makcik aku. Bila habis aja makan-makan kat umah makcik aku, cue aku untuk keluar beraya dengan kawan2 pulak. Kawan2 aku pun dah tahu routine aku so diaorang tak akan call aku selagi aku tak sampai umah makcik aku. Aku pun pergi la beraya ke rumah kengkawan sampai la ke malam.

So that's my hari raya story. It's lame, I know but that's all there is. But raya kali ni, ada 2 benda yang orang pasti akan cakap bila salam ngan aku and that is :

1. Eee.. awat gemuk sangat ni?
2. Bila nak makan nasi minyak ni...??.

Jawapan aku? It's always the same...

1. Biasalah.. hati senang. Makan lalu.
2. ....erm.... errr ...... (*silence*)....

Soalan pertama tu, memang aku mengaku berat badan aku memang naik dalam kuantiti kati dan tan. It is something that I wish to change coming next year (wish me luck..!). Soalan kedua tu mencabar sket. Trick question. Aku tak reti nak jawab. Kalau jawab tahun depan, kang kalau tak jadi macam-macam pulak orang tanya. Kalau jawab tak tahu, nanti diaorang ingat aku ni takde planning dalam hidup pulak. Kalau jawab duit tak cukup nanti diaorang ingat aku suka membazir pulak. So aku amik jalan mudah. Smile and shut up. It'll do the trick.

Maybe time aku nak kawin dah dekat kot. Bila aku tengok kawan-kawan aku dengan anak-anak diaorang, bila aku tengok anak-anak buah aku, ditambah pulak bila semua orang bertanyakan aku bila nak kahwin, perasaan aku ada lain macam sket. Aku tak tahu macamana nak explain perasaan tu. Maybe itu yang semua orang lelaki rasa bila dah sampai time kot. Dah sampai 'seru' ke aku ni? I don't know. What I do know is I have to start planning to that direction from now on. It doesn't matter if it will happen sooner or later. Either way we're all going to settle down and have our own family. And that's all there is...

But then again that's just me... :)

Oh yeah, hari raya keempat hari tu Chelsea was beaten by Man Utd. The best hari raya keempat for me EVER. Hehehe..