18 November 2005

...yes zack, I'm still alive.

Mak oii.. Dah berdebu blog aku ni.. After much needed rest in kampung, I'm back again in the hustle and bustle of city life. Sampai aja kat KL kepala aku dah mula berserabut. Ketenangan yang aku dapat dekat kampung dah hilang. Kepala aku mula pikir macam-macam. Kerja, study, duit,.. macam-macam aaa.


Hari Isnin 14hb aku dah masuk ofis. Aku memang ingat nak update blog aku. Tapi the next day aku kena food poisoning. Memang lembik badan aku asyik keluar masuk bilik air. Pastu aku kena allergic attack pulak. Habis satu badan gatal-gatal. Tah apa benda la yang aku makan time raya hari tu. Kena cocok bontot sedas. Ditambah pulak last week was my mid semester exam. So last week was very, very hectic indeed. But I'm back THIS week, and I got a lot of things on my mind to write in here.. so what's up everybody..!!

So raya 2 minggu kat kampung takkan takde citer menarik? Well, sad to say memang takde. Raya ni aku rasakan lebih low key and laid back dari raya sebelum ni. We had the same ritual every raya morning. Bangun awal pagi -> Makan ketupat pulut dengan kari daging yang the best in the world dari mak aku -> semayang raya -> pegi kubur ayah -> salam minta maaf ngan family -> bagi duit raya kat 12(!) orang anak buah aku -> makan lontong yang the best in the world juga dari mak aku -> rileks dan tunggu sanak saudara aku datang serbu. And when I say serbu, I mean serbu! Semua pakcik, paksu, pak tam, pak teh, pak ngah, sepupu-sepapat, atok, nenek, cucu,cicit, piut, piat, ipar duai semua datang rumah aku mostly because nak makan ketupat, kari daging dan lontong kat umah aku sbb diaorang cakap memang sedap. Yang peliknya kadang-kadang diaorang datang almost at the same time, macam berjanji. So bila semua dah ada, huru-hara la jadinya rumah aku. At one time aku kira orang yang datang kat umah aku ada dekat 40 orang. Itu tak termasuk abang2 dan kakak2 aku dengan anak2 diaorang. Sampai nak makan pun kena tunggu turn sebab 3 meja makan yang besar still tak cukup. It was chaos. Sebenarnya aku suka the tradition. Memang seronok jugak dapat tengok saudara-mara yang ramai datang ziarah keluarga aku. Kalau tak raya bila lagi kan..? Tapi aku kesian dengan mak aku sebenarnya. Umur dia pun dah 60 lebih. Dah macam2 penyakit. Memang kesian aku tengok dia letih dok memasak, melayan tetamu, anak-cucu dia. Tapi mak aku ni sebenarnya suka memasak. Walau macamana tak larat pun dia, dia mesti nak jugak memasak. She's the best..

Raya kedua pulak jadi tradisi family aku pulak untuk keluar beraya ke rumah saudara-mara. Biasanya aku dah tahu sangat route perjalanan sebab every year memang sama. Hampir 7 buah rumah kitaorang beraya dan every year perjalanan kitaorang akan berakhir di rumah makcik aku. Bila habis aja makan-makan kat umah makcik aku, cue aku untuk keluar beraya dengan kawan2 pulak. Kawan2 aku pun dah tahu routine aku so diaorang tak akan call aku selagi aku tak sampai umah makcik aku. Aku pun pergi la beraya ke rumah kengkawan sampai la ke malam.

So that's my hari raya story. It's lame, I know but that's all there is. But raya kali ni, ada 2 benda yang orang pasti akan cakap bila salam ngan aku and that is :

1. Eee.. awat gemuk sangat ni?
2. Bila nak makan nasi minyak ni...??.

Jawapan aku? It's always the same...

1. Biasalah.. hati senang. Makan lalu.
2. ....erm.... errr ...... (*silence*)....

Soalan pertama tu, memang aku mengaku berat badan aku memang naik dalam kuantiti kati dan tan. It is something that I wish to change coming next year (wish me luck..!). Soalan kedua tu mencabar sket. Trick question. Aku tak reti nak jawab. Kalau jawab tahun depan, kang kalau tak jadi macam-macam pulak orang tanya. Kalau jawab tak tahu, nanti diaorang ingat aku ni takde planning dalam hidup pulak. Kalau jawab duit tak cukup nanti diaorang ingat aku suka membazir pulak. So aku amik jalan mudah. Smile and shut up. It'll do the trick.

Maybe time aku nak kawin dah dekat kot. Bila aku tengok kawan-kawan aku dengan anak-anak diaorang, bila aku tengok anak-anak buah aku, ditambah pulak bila semua orang bertanyakan aku bila nak kahwin, perasaan aku ada lain macam sket. Aku tak tahu macamana nak explain perasaan tu. Maybe itu yang semua orang lelaki rasa bila dah sampai time kot. Dah sampai 'seru' ke aku ni? I don't know. What I do know is I have to start planning to that direction from now on. It doesn't matter if it will happen sooner or later. Either way we're all going to settle down and have our own family. And that's all there is...

But then again that's just me... :)

Oh yeah, hari raya keempat hari tu Chelsea was beaten by Man Utd. The best hari raya keempat for me EVER. Hehehe..

3 comments:

~comei~ said...

kawen jgn tak kawen. hehe

Zack said...

Woo Hoo !
Spoken like a true Vedder !

PS: wedding kau buat kat sini ke, kat kampung kau? kalau kat sini, boleh la aku crash-kan, hehe.

Edd Vedder said...

nim.. kalau ada 50 ribu dalam wallet skang ni, besok jugak kitaorang kawin. hehe.

zack.. wedding aku sure kt kampung beb. Tapi aku teringin sangat nak buat satu kenduri kat KL ni. Boleh kengkawan kat KL semua datang.

Doakan lah aku jadi kaya before end of next year. Boleh buat kenduri 7 hari 7 malam.. muahaha.