Kuala Pilah : Trip Down Memory Lane

Semalam me and my girlfriend went to Kuala Pilah to attend our classmate's wedding. I was a bit excited because memang agak lama aku tak ke Kuala Pilah. Aku pernah buat matrikulasi di salah sebuah kolej berhampiran Bandar Baru Serting, di satu kawasan yang memang agak pendalaman. Kolej tersebut terletak di dalam sebuah pusat pertanian, jadi banyak masa lapang kami dihabiskan dengan 'mencuri' buah rambutan, durian, belimbing, limau dan macam2 lagi. Umpama belajar kat dalam dusun buah. Seronok sebenarnya tinggal kat situ. Cuma yg tak tahannya, kalau weekend memang bosan nak mampus. Pekan yg paling dekat ialah pekan Bahau. Nak ke Bahau kena naik bas yg 40 minit sekali dan perjalanan selama satu jam. Tempat lepak yg paling best kat Bahau ialah Pasaraya Upwell dan kedai laser disc. Kat laser disc tu la aku mendapat dos filem2 kegemaran aku. Biasanya kitaorang akan kongsi sorang 5 ringgit untuk sewa satu bilik besar. Lebih kurang macam karaoke la, tapi instead of menyanyi kitaorang layan movie. Hehe.. those were the days.

Kalau kitaorang bosan lepak Bahau, kitaorang akan naik satu lagi bas selama sejam ke Pilah. Dekat Pilah ni yang bestnya sebab ada studio jamming. Kat studio jamming dalam gambar atas ni la, aku dengan 3 orang lagi budak kolej aku rakam demo kita orang. Studio ni kepunyaan drummer kumpulan underground terkenal Pilah, The Bollocks. Kalau yang minat underground memang tahu la Pilah ni terkenal dengan muzik punk dan punk rock. CHAOS KP..!! hehe.. So kitaorang masa tu pun main muzik punk rock la. Sempat la main gig 2-3 kali. Demo pun boleh tahan jugak la jualnya. Tapi lepas belajar kat kolej, semua dah bawa haluan masing-masing. Ada yang dah kahwin pun. I really miss those days. Memang masa tu kitaorang main muzik just for the passion. Lagu-lagu yang kitaorang buat definitely comes from the heart. Sekarang aku macam dah lost sikit the songwriting touch. Well.. mungkin aku ni dah tua kot.

Gambar kat atas ni ialah gambar stesen bas Kuala Pilah. Dulu stesen bas ni memang usang tapi bila aku pergi semalam diaorang dah renovate baru. Kat sini dulu tempat kitaorang rendezvous sebelum pergi jamming. Yang bestnya kat stesen bas ni ada satu kedai cendol yang memang best gila. Satu-satunya kedai cendol yang sentiasa penuh dengan orang macam kedai jual nasi campur.

Ini dia the world famous kedai KP CENDOL Abu Backer Sitihiq! Alang-alang dah sampai Kuala Pilah, aku bawak girlfriend aku pekena cendol dulu sebelum balik KL. Memang sedap macam dulu, dan still ramai orang. Sampai ada orang tunggu untuk ambik tempat duduk. Macam kat restoran mewah pulak..hehe. Kedai dia dah buat baru. Dulu kedai dia cuma stall tepi jalan. Yang bestnya, dulu kalau kitaorang naik bas balik KL, bas dia akan berenti sebelah kedai cendol ni untuk amik penumpang. Dalam masa 5 minit dia berenti tu, kitaorang sempat hulur duit dari dalam bas untuk beli cendol bungkus. Pastu ramai-ramai pakat makan dalam bas. Memang seronok gila..! Hehe..

Aku ingatkan nak ke Bahau lepas kenduri tu, tapi memandangkan masa tak mengizinkan, aku batalkan aja niat aku tu. Maybe next time aku akan bawa girlfriend aku ke Bahau pulak. Just for old time sake. Kekadang tu kalau kita balik ke tempat-tempat yang kita pernah tinggal, secara tak langsung kita akan lebih menghargai our past. It is very important to remember our past because it's the past that build our present that will prepare us for our future...

6 comments:

  1. ~comei~ said...
     

    wah.. sempat mengimbau kenangan lama tu. bagus sih.. erm.. kolej tu namanya kolej cermai ke? satu nak tanya.. ada tak amik gambo kambing biri2 masa kat pilah? huu.. geram tgk kambing ni. sopan santun betul dia kat jalan raya. sampai terlupa nak amik gamba dia hari tu. gambo2 lain maner ek? hehe...

  2. Edd Vedder said...
     

    nim..
    gambar lain ada kt yahoogroups. itu aja yg bleh upload.. hehe.

  3. bornraisedntrap said...
     

    kenapa aku rasa macam pernah lalui je life kat kolej tu??? curi rambutan...curi durian...curi air kat kebun limau...lepak tgk senior main guitar...tgk bard buat show api...tlg band blitz jual demo...dan jamming studio tu?? macam pernah pegi je ngan oden, adli n udo....isk isk isk sedey rasanye bile balik ke memorylane tu...miss u lah abg edd...apa cerite dak blitz yang lain??dik' ann..punk junk..azul...n senior2 lain..
    p/s: kc dah jadik belukar dah!!! sy pun nak g kuala pilah next week..norza nak kawen..ingat lg ke kt kitorg..-boy'an-

  4. Edd Vedder said...
     

    Boy'an..!

    weh apa citer? haha.. ada jugak kroni KC yg masuk kat sini. Life kat KC mmg best kan.. walaupun duduk dlm hutan tp seronok. The memory remains..

    Blitz dh berkubur la. Semua dah kahwin kecuali abg edd. Ingat lepas KC nak go on buat demo. Lagu dah ada (better songs).. tapi masa takder, jarak tempat tinggal jauh.. susah la nak go on. Dik Ann dh kahwin ngan Su, jadi Penguatkuasa JPJ. Panjang dah jadi lecturer ITM. Azul dah jadi cikgu Muzik budak sekolah rendah. Semua dah ada life masing-masing. The last time kitaorang jamming as a group dekat studio Pilah tu la.. tempat bermula dan berakhir Blitz/Beatwiser. hehehe..

    Nak gi pilah next week? jgn lupa singgah kedai cendol. haha.. kim salam kat sesapa yg kenal abg edd.. mana bleh lupa korang, especially boy'an.. our first (..and probably only) fan.. haha.
    Take Care.

  5. boy'an said...
     

    boy'an la ni pun jadik cikgu..ajar pendidikan khas lagik..smalam baru g kuala pilah..g wed norza kat tanjong ipoh..ingat mo g KC tapi member2 ade yg nak blek cepat..lgpun ari ni keje kan..

    eh lupa plak band punya nama dah tuko beatwiser..bo'an ttp ingat blitz..abg edd kalau ade material baru send art kat boy'an...i'm still ur band fan lah bro...

    wah jadik jugak dik' ann ngan kak sue ek...yana n naim still on gak ke? punkjunk kawen ngan kumie ke?lecturer dah dia ek..azul yg maintain relax pun jd cikgu n still memperjuangkan muzik ek..
    studio tu ade gak boy'an ushar dari jalan sambil2 drive smalam tapi mcm dah xde je..yang nampak cuma KFC je..everything mcm dah berubah je..rindulah kat life dulu..
    kalau jumpa member2 yang kenal boy'an pun kem slam ek..

    p/s: dulu masa abg edd blaja kt ptpl ampang macam ternampak abg edd ngan sorg aweks kuar dr hostel ptpl..tp x brani tegur takut salah org n takut abg edd x kenal lg..ahakssSs
    kalau ade friendster add r boy'an bornraisedntrap@yahoo.com

  6. Anonymous said...
     

    akum....tak sangke jmp plak blog xkc erk..terkezut saye bile bace memory semue..kite pun pnh study kat kc yg byk blimbing tue...nie bdk sbhn...mst ingkan..cz tak ramai sbhn masa tue..anyway tahniah le abg edd...teruskan pbaiki blog nie...kc sweet memories (97-99).....sIfU_bio^^

Post a Comment