Bertempat di Istana Budaya, aku dan significant other aku telah berpeluang untuk menonton Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) pada malam kedua ianya dipentaskan. Aku difahamkan pementasan, 7hb dan 8hb khas untuk tontonan pelajar, orang kurang upaya dan warga emas dengan harga tiket flat rate RM30. Realizing that we are students, kami berdua semestinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi antara yang pertama menonton. Seat numbers - F41 and F42, Grand Circle (2nd Floor). Not bad.. but we could have got the Stalls floor seats. Disebabkan oleh sistem ticketing yang tiba-tiba sangkut dan mungkin kerana ketidakcekapan personel yang jaga kaunter di IB, kami terlepas peluang untuk dapat seat yang lebih bagus. But, I won't go into details 'coz it pisses me off so bad.
Sampai tepat pada masa ia bermula, aku seperti tidak bersedia dengan apa yang bakal aku saksikan. Memang aku akui, aku meletakkan harapan yang agak tinggi terhadap pementasan ini. Ini semua mungkin because of all the hype and buzz surrounding PGLTM membuatkan aku menjadi begitu teruja dengan pementasan ini. Dan bermula dari not muzik yang pertama yang dimainkan, aku telah terpukau dan terpaku.
Ada beberapa perkara yang aku suka tentang PGLTM:
PGLTM certainly exceed my expectation. Ini pengalaman pertama aku menonton teater muzikal secara live dan sememangnya menonton secara live lebih menarik. Perasaan yang timbul tidak sama dengan perasaan menonton teater muzikal West End dan Broadway di kaca TV. Aku juga sangat bangga melihatkan hasil kerja orang Malaysia ditontoni oleh semua golongan masyarakat dan pelbagai kaum. Apa yang ditunggu lagi? Mungkin inilah satu-satunya peluang untuk kita menonton teater muzikal hebat bertaraf dunia (..plus masa intermission 15 minit, ada jamuan disediakan! First time ever! Hehehe..) Aku memberikan jaminan sesiapa sahaja yang menonton akan pasti terhibur.
Halwa telinga dan mata yang sangat memukau, mengasyikkan dan mengkagumkan. Puteri Gunung Ledang The Musical menjanjikan satu pengalaman menonton teater yang tiada tandingan di Malaysia ini. Epic and Majestic. World class calibre entertainment. Go see it to believe it.. u won't be dissapointed.
Sampai tepat pada masa ia bermula, aku seperti tidak bersedia dengan apa yang bakal aku saksikan. Memang aku akui, aku meletakkan harapan yang agak tinggi terhadap pementasan ini. Ini semua mungkin because of all the hype and buzz surrounding PGLTM membuatkan aku menjadi begitu teruja dengan pementasan ini. Dan bermula dari not muzik yang pertama yang dimainkan, aku telah terpukau dan terpaku.
Ada beberapa perkara yang aku suka tentang PGLTM:
- Muzik - Apa erti sebuah teater muzikal jika muziknya tidak menarik. Kolaborasi Roslan Aziz dan Dick Lee terbukti berkesan dengan lagu-lagu yang sangat majestic dan indah. Setiap bibit lagu merupakan cerita yang yang disampaikan secara bermelodi. Irama lagu tersebut mencerminkan perasaan setiap karakter yang menyanyikannya. Mata aku kadang-kadang tersasar dari pentas disebabkan aku asyik melihat pemain gendang di bahagian depan pentas. Pukulan gendang mereka memukau dan membangkitkan emosi penonton.. Memang jelas, pemuzik-pemuziknya begitu ekspresif dalam memberi penghayatan kepada cerita yang hendak disampaikan. Pengarahan muzik yang sangat teliti. Hebat, memang hebat.
- Lakonan - Tak perlu dipersoalkan lagi bakat-bakat lakonan yang terlibat dalam PGLTM ini. Tiara Jacquelina mencurahkan hati dan perasaannya di atas pentas (..with her dearest husband in the audience). Jelas sekali dia mengeluarkan sepenuh tenaga dan usaha ke atas pementasan ini. Dia merupakan nadi PGLTM. Aku juga kagum dengan Stephen-Rahman Hughes kerana aku tak menyangka dia boleh menyanyikan lagu Melayu dengan begitu baik. Cuma aku merasakan terdapat beberapa bahagian di mana dia kurang emosi dan salah intonasi semasa menuturkan dialog. Tapi secara keseluruhan aku rasa wajar jika dia dipuji kerana bukan senang untuk menghayati lakonan dan nyanyian dalam sesebuah bahasa yang memang agak asing baginya. Jelas sekali dia merupakan seorang pelakon yang mempunyai daya usaha yang tinggi and quite frankly, he pull it off. Seorang lagi pelakon yang membuatkan aku angkat topi ialah AC Mizal. Sekarang barulah aku mengerti mengapa Tiara memberi pujian melambung ke atas lakonan dan usaha AC Mizal di dalam TV baru-baru ini. Bukan senang untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan Alex Komang, tetapi ternyata AC Mizal menyahut cabaran tersebut dengan jayanya. Adlin Aman Ramlie, Sukania Venugopal dan Yalal Chin tidak dinafikan lagi memang tergolong dalam kategori 'theater heavyweights'. Gerak-geri, ekspresi dan lontaran suara mereka ternyata bersahaja dalam memberikan lakonan yang mantap. Aku paling menyukai segmen di mana Adlin Aman Ramlie menari dan menyanyi sebagai seorang Sultan Melaka yang angkuh. Ternyata segmen tersebut mendapat tepukan yang sangat gemuruh daripada penonton. Siapa sangka dia boleh menari dan menyanyi dengan baik?
- Tarian - Pujian juga harus diberikan pada penari-penari PGLTM yang menghiburkan penonton dengan koreografi yang sangat mengasyikkan terutama sekali tarian Jawa semasa pembukaan pementasan. Penari-penari memikul tanggungjawab berat untuk berkomunikasi dengan penonton hanya melalui ekspresi dalam tarian dan mereka berjaya membuatkan penonton memahami apa yang mereka hendak sampaikan dalam tarian mereka. Tahniah kepada Pat Ibrahim.
- Set - Simple yet effective. Direkabentuk oleh production designer hebat Raja Malek, set utama yang digunakan merupakan timbunan-timbunan kayu yang diubah-ubah oleh pembantu pentas mengikut segmen dan lagu. Timbunan-timbunan kayu ini disusun mengikut rekabentuk Candi Borubudur, seperti tangga dan apabila dicantumkan akan membentuk 'Gunung Ledang' yang sangat tinggi dan boleh didaki. Risau juga aku melihat Tiara dan Stephen 'mendaki' Gunung Ledang takut-takut kalau terjatuh. Ditambah pula dengan elevated stage di Istana Budaya yang bergerak mengikut setiap segmen, arahan seni Zahim Albakri dan Adlin Aman Ramlie tampak begitu kreatif dan mempersonakan. Transition daripada satu segmen ke segmen yang lain sangat lancar dan sempurna. Aku menyukai penggunaan kain putih sebagai air terjun semasa segmen Nenek Kebayan bertukar rupa kembali kepada Gusti Putri. Begitu juga dengan ukiran kayu yang indah pada set pintu istana Sultan Mahmud yang besar agam.
- Tatacahaya - Ramai yang kurang sedar, penataan cahaya memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan mood sesuatu adegan. Penataan cahaya PGLTM memang bertaraf dunia dan wajar diberikan pujian. Limpahan lampu-lampu di sekeliling IB membangkitkan feel yang sesuai dengan lagu-lagu yang didendangkan. Contohnya bila watak AC Mizal timbul, terdapat resonans warna merah menyala yang menyinari pentas. Atau ketika Gusti Putri menari di hadapan Sultan Melaka, lampu spotlight difokuskan kepada watak Gusti Putri dan Hang Tuah. Aku paling suka kesan cahaya semasa watak Sukania Venugopal mati yang berjaya membawa penonton menghayati adegan sayu tersebut.
- Kostum - Period drama seharusnya mempunyai kostum yang extravaganza. Keindahan dan kesenian kostum dalam PGLTM tampak indah dan berseri-seri tanpa memaksa untuk go over the top. Jelas sekali perhatian yang teliti diberikan kepada aspek pakaian terutama sekali pakaian rakyat Majapahit dan Melaka.
- Nyanyian - Seperti yang aku nyatakan, nyanyian dalam PGLTM ini memang impressive. Aku terpaku seketika mendengar Stephen-Rahman Hughes menyanyikan lagu solonya dengan penuh penghayatan dan perasaan. Begitu juga dengan Adlin Aman Ramlie yang mempunyai suara yang 'boleh jual'. Pujian juga harus diberikan kepada penyanyi-penyanyi latar di bawah pentas yang tak henti menyanyi sepanjang pementasan dijalankan.
- Skrip dan cerita - Di tangan Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri pengolahan cerita PGLTM ternyata hebat. Teater muzikal mempunyai kecenderungan untuk menjadi hambar dan terlalu meleret tetapi penceritaan dalam PGLTM bergerak secara lancar dan teratur tanpa membosankan penonton. Aku menyukai skrip dalam cerita dan lagu di mana ianya memberikan pemahaman kepada penonton yang tidak pernah menonton filem Puteri Gunung Ledang. Bahasa yang digunakan indah, penuh beremosi dan straight to the point.
- Terdapat sedikit technical glitch dalam pementasan ini di mana mikrofon Tiara tidak berfungsi just when she was about to sing a solo song. Aku dapat lihat dengan jelas kepanikan wajah Tiara walaupun daripada jauh. Dia kelihatan seperti ingin keluar ke sisi pentas tetapi teragak-agak kerana masih terlibat dalam adegan yang sedang berjalan. Mujurlah pengalaman Sukania Venugopal dalam dunia teater menyalamatkan keadaan. Dengan tenang beliau membuat improvasi dengan menyuruh Gusti Putri '...ke tepi sebentar' dan mengalihkan perhatian penonton kembali ke pentas sementara Tiara menukarkan mikrofon di belakang pentas. Ada juga beberapa kali, mikrofon pelakon seperti tenggelam timbul dan sedikit sebanyak mencacatkan kelancaran pengucapan dialog mereka. Seharusnya perkara seperti ini harus diberikan perhatian.
- Sarikata Bahasa Inggeris yang dipaparkan pada electronic board di bahagian atas pentas tidak selaras dengan adegan dan segmen yang sedang dipertontonkan. Ada waktu sarikata tersebut keluar terlalu awal, ada waktu terlalu lambat, ada waktu terlalu lama, ada waktu terlalu sekejap. Bagi penonton-penonton yang tidak mahir berbahasa Melayu (..agak ramai penonton berbangsa Cina, India, Inggeris dll.) sarikata tersebut sangat penting untuk mereka memahami penceritaan PGLTM. Sedikit sebanyak perkara ini mencacatkan pementasan yang sedan berlangsung. Lebih baik jika tidak disediakan sarikata jika motifnya untuk memberi pemahaman kepada penonton tidak sampai.
- Aku berasa sedikit hairan dengan kebanyakan penonton teater/filem Malaysia. Perlukah kita ketawa apabila pelakon tiba-tiba menyanyi semasa dalam adegan genting? Perlukah kita ketawa semasa dialog cinta diucapkan semasa adegan klimaks di puncak Gunung Ledang? Perlukah kita ketawa semasa pelakon menari? It's a MUSICAL THEATER..!! What do u guys expect?? The actors are supposed to over act. The dialog are supposed to be over the top. People are supposed to be breaking into songs here and there because it is a freakin' musical! Dan ada 4-5 orang budak-budak sekolah di depan aku yang asyik bercakap sepanjang pementasan. Aku pun tak paham kenapa. Mungkin itu cara penonton Malaysia memberikan reaksi dan maklumbalas kepada pelakon di atas pentas.
PGLTM certainly exceed my expectation. Ini pengalaman pertama aku menonton teater muzikal secara live dan sememangnya menonton secara live lebih menarik. Perasaan yang timbul tidak sama dengan perasaan menonton teater muzikal West End dan Broadway di kaca TV. Aku juga sangat bangga melihatkan hasil kerja orang Malaysia ditontoni oleh semua golongan masyarakat dan pelbagai kaum. Apa yang ditunggu lagi? Mungkin inilah satu-satunya peluang untuk kita menonton teater muzikal hebat bertaraf dunia (..plus masa intermission 15 minit, ada jamuan disediakan! First time ever! Hehehe..) Aku memberikan jaminan sesiapa sahaja yang menonton akan pasti terhibur.
Halwa telinga dan mata yang sangat memukau, mengasyikkan dan mengkagumkan. Puteri Gunung Ledang The Musical menjanjikan satu pengalaman menonton teater yang tiada tandingan di Malaysia ini. Epic and Majestic. World class calibre entertainment. Go see it to believe it.. u won't be dissapointed.
10 comments:
wahh, jelesnya...bila lagi nak gi ni..at least u seimbangkan review u...SM is a bit harsh komen dia..hehe
hmmm...PGL punye movie pun aku tak habih tengok sampai arini. haha. tiba2 je aku teringat artikel raja zarith sofia ttg pembikinan PGL....
mungkin nak p tgk ujung bln ni. hehe..
erm.. komen ttg penonton teater kita tu kan.. cam ni.. rasanya sbb diorg tak menghayati.. or sbb diorg sekadar meneman org sebelah yg beria2 nak tgk teater. sbb kalo org yg mmg nak tgk teater dia tak akan buat dialog sendiri. senyum2 or gelak sikit2 tu adatlaa.. tp kalo lebih tu.. sajer je tu.. agaknyer laa :)
fadz,
aku YM ngan muzaffar td.. dia gelakkan ko punya komen. haha.
nad,
Kalau ko lum tgk movie dia elok kalau ko pegi tengok teater ni. At least pace dia tak se-slow film. Ko mesti akan layan muzik dia.. best!
nim,
maybe jugak tu. Maybe diaorang kena paksa gi tengok. Atau maybe jugak itu reaction normal terhadap sesuatu yang lucu bagi diaorang.
edd,
see how la..anyway, aku pun perasan gak psl attitude some malaysians masa nengok teater. ntah anak sapa la diorg tu?...kesian..
encik edd!
i know u didnt wana go into details but what about those student seats man? u were sayin ada spot yg better skit? aren't they all on the level above the grand circle? cam jauuuuuuh je... tak ke nampak org cam semut? i rily wana go but after byr saman ekor kena la budget skit.. kalo tak bleh gak consider RM70 nye tiket.. cerita skit psl seating arrangement rm30 tu yeh? thanks & happy v day!
aloo cik siti rosman, thank 4 droppin' by..
The level above the grand circle is called the upper circle. Seating kat upper circle takde la nampak orang mcm semut, tapi quite far from the stage la. Yg tak bestnya, seating arrangement dia membuatkan kita kena menjengah ke depan everytime ada lakonan kat bahagian pentas paling depan. Orkestra dgn backup singer memang tak nampak langsung la..
The best option is to get the RM70 ticket at the upper circle. Trust me it's worth all your money. Kalau ada option lagi, dapatkan seats upper circle yg paling depan atau yang tengah berdekatan dengan VVIP seats. You'll get the best view from there.
Go see it and tell me all about it.. :)
Kelmarin lagi RM70 seats all sold out... My gals wana expand budget, so I'm officially left out - ni mendera diri psl kena saman juga la ni. Mebbe Tiara will milk it out and churn da DVD version of PGLM - fat chance huh! But if they can do it for Cats and Oliver!, why not PGLM kan kan.. kan?
Yeker all sold out? Aduss.. baru planning nk gi tgk one more time..
DVD version of PGLTM? Fat chance? Not quite. I'm very glad to say, reliable resources has told me that there are planning to release it on DVD after the play is over. Not just the DVD but also the soundtrack album! Now THAT is good marketing..
..but of course, nothing beats the REAL experience. You have to see it to believe it.. :)
yeah, yeah, rub it in.. heheh :} but thanks for the good news on the DVD & soundtrack album - i knew it! tiara's gona continue striking while the iron is hot. tengok lagi sekali - hmm that good huh.. takpo lah takdo rezki la ni..
Post a Comment