05 September 2005

na.. na.. na.. na.. ganu kite..!

.. sakit badan siot. Semalam dlm kul 9.30 mlm camtu aku baru sampai KL dari Terengganu. Naik Toyota Unser, 6 orang.. so aku telah terpilih untuk menduduki seat yang paling belakang. Sepanjang perjalanan tu lutut aku dah dekat sama paras ngan kepala aku. Tepi aku ada sepuluh beg keropok ikan dan jugak beg-beg yang lain. Kerusi tu pulak keras semacam. Dan dekat Lebuhraya Pantai Timur tu pulak jalan dia boleh kalahkan roller coaster kat Genting. Memang tak selesa langsung.! Dah la tak boleh melunjur kaki, badan bau ikan, jalan pulak tak rata, nak tidur pun tak boleh.. hari ni plak kena kerja! Aduh.. lambat 15 minit aku masuk ofis hari ni. Lantak aaa...

Tahun ni aku boleh dikatakan banyak jugak la pegi outstation. Last month aku baru aja balik dari Sarawak, awal bulan ni dah ke Terengganu. Sepatutnya next week aku kena pegi Kangar tapi aku tolak sebab ada kelas. Semua ni dalam rangka promosi satu savings scheme yang diendorsed oleh kerajaan. Will tell u more about that later..

Hari first (khamis) hari tu aku dekat Kemaman. Kitaorang tinggal kat Awana Kijal. Perghh..! Memang cantik tempat ni.. Tapi sayang aku pergi tu atas sebab official so mmg tak sempat nak buat apa pun. Aku pulak takde digital camera, (bila kita nak beli ni bee?) so the only souvenir that I got from awana kijal is the shampoo and shower cap. Kira boleh la tunjuk bukti yang aku dah pegi.. hehehe. Tapi satu benda yang tak best masa aku stay kat situ is the fact that aku kena duduk sebilik ngan bos besar aku! Aduh, terbantut segala pergerakan aku dalam bilik hotel tu.. Nak isap rokok pun tak bleh. Nak berak pun segan..! Aku sanggup turun gi berak kat lobby sebab bleh isap rokok sekali.. hehe. Aku pun tak tahu kenapa dia kena duduk sebilik ngan aku sebab kalau ikutkan rate dia lepas untuk satu bilik sorang. Maybe bilik dah penuh kot..

The next day is the big event, aku terjaga kul 8 selepas aku dengar bos aku kt sebelah cakap '..subuh dah terlepas ekk tadi..'. Alamak! Terkantoi..! Aku kunci jam aku tapi maybe sbb letih and syok tidur dalam aircond aku tak sedar langsung.. Alarm kat handphone aku pun dah ada orang tutup. Hehe. Segan siot! Pas turun breakfast kat bawah, bos aku tu sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menikam aku straight at the heart, '..semalam kuat betul you berdengkur. Letih kot.' Adoii..! Not to mention that he blurt out this statement in front of everybody...! And he just told everyone that he couldn't sleep last night. So everyone was like sneering at me. Aku hanya mampu tersengih macam orang gila.

The event was like crazy man...! Ramai gila babas orang yang datang..! Sepanjang roadshow aku, kat kemaman ni yang paling ramai orang datang. Dah macam ada gig underground except no pogo and body surfing. Havoc! Aku sebagai orang IT, in charge of technical part of the event. So my concern is the P.A. systems, the audio level of the event, the projection of the multimedia presentation, the lighting, the wires and the cables and some other technical stuff. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar except masa multimedia presentation tu mula, ada budak2 tadika keluar in front of the screen dressed as tigers and lions..! What the farrkk! Rupanya cikgu dia dah tersalah bagi cue. Sepatutnya budak2 tadika ni keluar lepas the presentation. Nasib baik aku sempat halau budak-budak tu ke belakang..

The next day aku bertolak ke Kuala Terengganu pulak sebab ada event kat sana. Tinggal kat Primula pulak. Tapi kali ni bos aku duduk bilik sorang. Fuhh..! Lega gilos..! Sampai aja di Primula aku tengok bos aku ni lain macam aje muka dia. It turns out yang dia kena food poisoning. So aku bertugas jadi runner AKA jururawat lelaki AKA Gaylord Focker bagi bos aku ni plak. Pegi beli ubat, beli makan, bawak gi klinik.. Fuhh! Nasib baik la bos aku ni tak kutuk aku lebih-lebih semalam. Kalau tak memang aku tinggal je.. hehe.

.. So that's my terengganu story. Hari ni aku nak half day sebab aku kena pegi Bangi untuk register semester baru. FYI, aku amik part-time degree kat UKM KL. So lepas ni sibuk sket la aku sebab kelas aku boleh dikatakan everyday.. Sepatutnya semalam aku register tapi disebabkan aku outstation so kena la pegi register hari ni. Semalam masa kat T'ganu girlfriend aku call bagitahu result.
Grafik : B, alkhwarizmi : C-, Keusahawanan : B+, Public Speaking : A. CGPA : 2.88.

Kira ok la dengan usaha yang aku dah buat. Tapi aku memang confident aku akan dapat A dalam Public Speaking tu sbb aku rasa aku dah pukul habis masa bagi speech in front of the class hari tu.. Kalau tak dapt A mmg tak puas hati aku...

.. malasnya aku nak pegi Bangi. Aduh! Terpaksa jugak la.. Kalau tak, tak register aku semester ni..

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

A fantastic blog. Keep it up. I'm sure you'd be interested in clinical psychology jobs in respect to info on clinical psychology jobs