06 September 2005

.. Joni's Promise.

.. hari yang memenatkan di ofis. Kalau aku keluar outstation balik aja mesti banyak aja benda yang aku kena buat. Kerja terkumpul, mmg la banyak. Setakat ni dalam checklist aku ada 8 benda yang belum settle. Fuhh.. lepak jap aa. Tulis blog lagi best.. hehe.

Semalam aku ngan girlfriend aku gi register kat UKMBangi. Nasib baik takde problem. The last time aku deal dengan diaorang mmg kerek nak mampus diaorang ni. Mentang-mentang la aku bayar yuran lambat. Muka pun macam menyampah aja tengok aku datang. FYI, untuk student part-time, kami diletakkan di bawah PKP. Diaorang ni kekadang ok kekadang tak ok. Tak kisahlah..Yang penting aku dah register. Cuma aku blank mana nak cekau RM3000 lebih nak bayar yuran semester ni.. Hutang ngan member aku pun lum bayar lagi.. isshh..! Mahu gadai barang jugak aku nanti..

Lepas register tu aku pegi Kota Damansara gi hantar keropok leko yang aku beli kat T'ganu dekat kakak aku. Dah alang2 pegi Damansara, aku ngan girlfriend aku pun decide nak gi usha GSC yang baru bukak kat One Utama. Stylo gak la panggung wayang dia... Nampak macam banyak lagi space yang dia belum buat apa-apa. Aku rasa layout dia lagi cantik dari TGV yang ada kat OU tu.. Seat dia pun selesa. Memang orang cakap bau kedai lagi aaa..



Janji Joni. That's the film we decided to watch. And a very good decision I must say. It's better than 2 of the Indon film I saw this year, Tentang Dia and Ungu Violet. Film ni actually adalah sebuah filem tentang filem. Apparently, a typical Indonesian film would have six reels of films. These six reels are shared by a few cinemas within the vicinity and it is up to the delivery guy to make sure that the next reel is delivered before one reel finishes. The delivery guy is played by Nicholas Saputra (impressively.. he even played drums in one scene!) . So macamana kalau film reels delivery guy ni cannot make it on time? Itulah premis citer ni...

Aku actually rasa filem ni adalah road movie tapi dalam jangkamasa sehari (..perasan tak Malaysia tak ada road movie lagi selepas 'Dari Jemapoh ke Manchestee? Naper aa..? Kena tunggu Baik Punya Cilok ni.). Kita dapat tengok macam-macam benda yang terjadi dalam masa sehari and the people that he met in the process of delivering the film reels. Aku rasa kat Malaysia ni takde profession penghantar filem ni. Sebab panggung kita tak la banyak sangat macam kat Indonesia sampai nak kena share.

Banyak interesting thing pasal filem ni yang aku suka sangat. There is one particular scene that I really like where Joni explain to the audience about the 8 (or 7) behaviors of moviegoers. Memang kelakar gila, and ada kebenaran dia. And the cameo part by none other than Barry Prima..! Kalau sapa yang tahu, Barry Prima ni memang hero action film gred B Indonesia yang paling top. Kira macam Van Damme Indon la. Selalunya film dia ada action pastu banyak sex scene. Tapi kali ni dia berlakon sebagai driver teksi. It's so damn funny. U have to see it. Soundtrack filem ni pun gempak gila..! Semua dari punk rock band underground Indonesia (..such as Zeke & The Popo, The Adams, Media Distorsi and many more) dan memang kena sangat dengan manic pace movie Janji Joni ni. Tapi yang aku paling suka is the message of the movie. Janji Joni depicts just how films connect people regardless of distance, race or gender. Sebagai contoh, two strangers can become friends (or enemies) after discussing a film. A movie can even influence a person to have a career change after watching it. The movie opens with Joni telling the audience yang hampir kebanyakan orang yang kita jumpa sepanjang jalan kita setiap hari either are thinking about a movie or daydreaming to be in a movie. Aku rasa that statement explains it all.

Movies, film, motion pictures... It has an effect on our lives whether you realized it or not.

..but then again, that's just me. :)

18 comments:

N a d i a said...

i thought saniboey said his '7 perhentian' was a road movie??!..err...anyway...aku teringin gak nak nengok janji joni ni, plus lords of dogtown (betui ke tajuk dia ni..err...) & four brothers. tapi mcm biasak la..bile dah beranak pinak, byk benda kena pikir before my hubby and me decided to go to the cinema. sama gak mcm konsert rock yg aku & hubby nak gi ujung bulan ni la. mcm2 kena plan, nak letak baby kat mana sume.hehe..

Edd Vedder said...

.. bawak je baby gi konsert rock tue. Tapi make sure dia pakai earmuffs. Hehe.

..7 perhentian was a road movie? It's a movie about roads. ..and highways.

.. :)

N a d i a said...

itu kata saniboey la..lagipun, aku tak tengok cite tu pun. hehe. bwk baby gi konsert? hmmm...buleh, tapi takut nanti kena balik cepat plak. kalo bwk baby, kena expect the unexpected. :-) anyway, at least aku dah berjaya bwk baby gi tengok bola kat stadium. she's getting used to the environment and i'm gonna bring her along again this saturday!!..yeeehaaa!!!..

p/s: ni le susahnye jadik mama rock & kaki bola!!

Edd Vedder said...

..mama rock and kaki bola rawks!! hehe.

..anyway Perak and Kedah sebagai wakil utara memang ada peluang cerah. Mintak2 jangan la Selangor lepas. Aku tak suka!!

..Apa2 pun biarkan aku dengan Manchester United ku.. Glory2 Man Utd!

sultanmuzaffar said...

7 perhentian road movie ??

aku rasa lebih baik letak Senario Lagi as road movie. baru aku bleh terima sket.

N a d i a said...

itu kata the scriptwriter, si saniboey tu. bukan aku yg kata. aku takleh nak komen sbb aku tak tengok cerita tu..:-)

N a d i a said...

eddvedder, pe nak buat, selangor pi semi-final gak la kawan, together with t'ganu, perak & perlis. kedah..kedah...dah leading 2-0 masa first leg, bleh kantoi sampai ke penalty shootout. sigh. bolasepak ni memang satu realiti yang kejam!

Anonymous said...

Aku tgk Janji Joni semalam... mmg best giler!

Edd Vedder said...

wow.. bangga jap aku. Otai-otai bloggers M'sia datang ushar blog aku. Tima kasih muzaffar and nizam zakaria.. Hope you will support my blog and spread the word to the masses.

muzaffar.. senario lagi tu boleh gak la kira macam road movie. come to think of it, Biar Betul pun ada unsur-unsur road movie gak kan..?

nizam.. best kan Janji Joni. Rasa macam nak tengok lagi. Mintak2 dia kuar dvd yang director's cut. Baru leh tengok yang extended version..

N a d i a said...

argh..tak bleh jadi ni..nak kena nengok gak janji joni!!..err...anyway, kalo road movie, aku suka 'thelma & louis'.

Anonymous said...

the soul of road movies are to depict everything imgainable in one's 'oddyssey', filem road movie datang dari Easy Rider, dan kemudiannya Wim Wender (hence road movies are meant to glorify americana, or american itself, senang, pencarian amerika). Ini antara filem-filem road movie Malaysia:
Dari Jemapoh Ke Mencheste
Senario Lagi
Gila-Gila Pengantin Remaja
7 Perhentian

ada sebuah cerekarama tv3 lama buatan zulkifli m. osman yg tiru Thelma & Louise. Penulis PGL juga pernah membuat satu road movie, tentang si tunang mahu ke rumah bakal isterinya (lakonan hani mohsin) di NTV7.

Anonymous said...

kalau dirinci betul2, janji joni tidak boleh diklasifikasikan sebagai 'road movie', kenapa? atas definasi wim wenders, pakar pembikin road movie, filem road movie, adalah satu filem perjalanan yg mana, mesti ada satu pencarian yg samar2 dari bentuk objek (perkara yg dicari) atau tempat (di mana mahu dituju), dan perjalanan itu semahunya dibuat dalam keadaan panjang, jauh (dari satu kota ke satu kota). Janji Joni hanya berlingkar pada satu bandar (Jakarta), dan semangat ini sama dengan The Bicycle Thief (kota rom)dan Neon (kota KL, seperti yg SM terangkan dlm blognya). tapi kalau dilihat pada filem2 lain tadi, Mencheste adalah semangat utopia permintaan Hishamudin, Senario Lagi adalah pencarian 'setia & belot' keluarga, Gila-Gila Pengantin Remaja, seperti Mencheste, adalah semangat jiwa org muda mahu mencari satu 'utopia', dan 7 Perhentian adalah pencarian 'diri'. Janji Joni adalah homage yg tahu mana mahu dituju dan apa dicari (seperti Neon, si dia mencari kereta dan dompetnya, dalam Bicycle Theif, dia mencari basikalnya yg dicuri).

Edd Vedder said...

fadz.. thanks for the info and explanation. I love your review of janji joni on your blog. Senang-senang datang la lagi lepak kat sini..

In my opinion, my fav road movie of all time is still Tony Scott's 'True Romance'. Aku masih ingat dulu aku baca interview penulis skrip filem tu Quentin Tarantino yang mengklasifikasikan filem True Romance sebagai 'road movie'. Tetapi bila ditanya oleh wartawan kenapa dia mengklasifikasikan filemnya begitu, Tarantino menjawab, 'road movie' tidak semestinya mempunyai satu tujuan, tempat atau objek yang hendak dicari. Apabila sesuatu filem itu memaparkan satu perjalanan hidup, dan dalam perjalanannya itu dia menempuh pelbagai perkara, watak dan situasi, maka bagi Tarantino itu adalah 'road movie'. It's the journey of life itself.

Mungkin aku berpegang kepada kata Tarantino semasa menonton Janji Joni. But then again that's just me. :)

Apa pun we do agree on one thing.. Janji Joni memang best and highly recommended.

Edd Vedder said...

nadia.. apa nak buat. Nasib tidak menyebelahi pasukan Kedah. Kantoi penalti memang satu perkara yang kejam banget!! It's the most heartbreaking thing next to putus cinta, tayar motor pancit time nak cepat and hilang thumbdrive.. hehe.

Bila nak tengok Janji Joni nadia? Semua orang cakap best ni.. tak terliur ke? :)

N a d i a said...

yeah fadz, nice blog u have there.

edd, ye la..ye la...i'm gonna catch the movie soon. mana boleh ketinggalan lrt..but i'm more teruja nak tengok 'four brothers'. ada mark wahlberg yg yummy..;-)anyway,sebelum tengok wayang, gonna hit the stadium first tomorrow nite!!...

p/s: agak2 england bleh join world cup tak?

Edd Vedder said...

nadia.. ko pun mcm aku gak x sabar nak tengok 4 brothers.. tapi bukan 4 brothers aja.. Tunggu aku punya next posting. Aku akan review senarai upcoming movies yang aku memang tak sabar nak tengok..

Tunggu...


p/s: England bleh kot join world cup. Tapi selagi Erikson jadi coach aku tak rasa England layak untuk menang. Aku suka England main mcm England. Biar nampak tak cantik, but's that's how they play.. and it works! England needs an English coach!

Anonymous said...

eddy, great! like ur explainations too..aku baru je bercakap ngan kwn aku tentang, bagaimana kita tak perlu terlalu mengikut satu2 isme itu dgn terlalu, lagi2 ini film, dan sepatutnya berevolusi, maka apa yg katakan itu sungguh matang dan kena, juga kena dgn realiti yg kita hidup sekarang ini: pos-modenis, dimana- satu garis lurus boleh saja berbengkok dari segi perspektif lain! cool!!! dan aku seronok juga itu, yg both of us boleh terhibur dgn JJ walaupun punya pendapat yg lain (u new skool, me old skool), sebab tu aku rasa JJ berjaya, bagaimana lainnya kita, kita tetap pada satu fokus sebenar filem: menghiburkan..

keep up bro, u r one in a million!

nadia thx, but i think, lepak kat blog edd ni dah cukup coz dia tulis sgt bernas, aku byk merapu.

mama zack, dunno ko dah lama lepak sini, u fly (i know edd's blog melalui urs la!), bukan nak bagitau aku pun coz edd tak bagitau kat ne nak cari blog dia...now i know!!

Anonymous said...

but still 1 thing ya, True Romance, tetap ter'letak' dalam konsep, satu destinasi dari satu tempat ke satu tempat lain, dgn kereta lagi tu kan?
aku tak berani kata which my own fav road movie, sebab kalau ya, aku akan kata Steve Spielberg's Duel dan bini cameron's After Dark (Vamp + road movie), sedangkan aku belum tgk tiga filem terkemuka road movie: badlands (terence malick), paris, texas (wim wenders) & The Straight Story (david Lynch)...have u watch REPO MAN? now that is something yg mmg susah nak dicari