FILM : Liars, Insomniacs and Brain Dead

Sibuk.. fizikal dan metal. Watch a lot of movies in my (limited) free time. Here are some of them.


I Think I Love My Wife

Synopsis: Richard Cooper has it all. His wife, Brenda, is beautiful, intelligent and a fantastic mother to his children--but there's just one little problem: he's bored out of his suburban businessman's mind. Richard can't help but fantasize about having nearly every woman he sees. Still, it's only fantasy. Then, one fateful day, an alluring, free-spirited, not to mention stunning, old friend, Nikki, suddenly appears at his office door, putting him to the ultimate test. Just how much is Richard Cooper willing to risk when temptation comes after him? After all, he really does love his wife--at least he thinks he does.

Chris Rock adalah seorang pelawak yang baik. Chris Rock bukan seorang pelakon yang baik. Chris Rock mungkin seorang pengarah filem yang baik. Tapi Chris Rock bukan seorang penyunting filem yang baik. Yup, filem I Think I Love My Wife ini dibintangi, disunting dan diarahkan oleh Chris Rock, antara pelawak kulit hitam Amerika yang aku suka.

Filem ini adalah intepretasi Chris Rock berdasarkan filem New Wave Perancis tahun 1972, Chloe In The Afternoon arahan Eric Rohmer. Ideanya simple - kau kaya dan berjaya. Isteri kau cantik dan bijak. Tapi dia tidak suka seks. Tiba-tiba muncul seorang teman wanita lama dari kampung yang cantik tetapi menyusahkan. Dan dia gilakan seks. Kau ada segalanya dalam hidup kecuali seks. Patutkah kau berlaku curang? Subjek yang agak menakutkan, terutama bagi aku yang di ambang perkahwinan. Tema filem ini agak menarik, dan buat aku berfikir. Dan yang paling penting, membuatkan aku semakin bersemangat untuk menempuh alam baru.

Tapi sayang filem ini nampak sedikit keliru. Bukan dari segi tema dan intipatinya, tetapi dari segi arah tujuannya. Filem ini cuba untuk menjadi sebuah komedi sofistikated tetapi hilang fokus dengan lawak-lawak lucah biasa Chris Rock dan lakonan kayunya. Tak dinafikan terdapat beberapa babak yang lucu, tetapi dihancurkan dengan babak-babak seperti lawak Viagra dan satu babak lip-synched musical number yang kelihatan out-of-place dan bodoh. Perkara yang terbaik tentang filem ini adalah pelakon-pelakon pembantunya yang terdiri dari Gina Torres, Steve Buscemi dan salah seorang pelakon kulit hitam yang paling berbakat dan super-seksi bagi aku, iaitu Kerry Washington. Washington adalah sangat sempurna dalam watak Nikki, seorang gadis penggoda yang seksi dan agak gila-gila. Dia mencuri setiap adegannya bersama Chris Rock.

Best Bit : Sewaktu watak Kerry Washington, Nikki merungut apabila mendengar playlist Ipod Richard, lakonan Chris Rock. "You have n*gga ears!", komen Nikki kerana Ipod Richard dipenuhi lagu-lagu dari Peabo Bryson, James Ingram, Lionel Richie dan sebagainya. Lalu Nikki memberi Ipodnya untuk didengar oleh Richard. Lagu yang dipilih - "Tired Of You" dari Foo Fighters, salah satu lagu favourite aku dari The Foos. Made me sing..

Verdict : Sepatutnya boleh jadi filem yang jauh lebih baik... tanpa lakonan Chris Rock. Tonton untuk idea cerita yang baik, dan untuk Kerry Washington.


Cashback

Synopsis : When art student Ben Willis is dumped by his girlfriend Suzy, he develops insomnia. To pass the long hours of the night, he starts working the late night shift at the local supermarket. There he meets a colorful cast of characters, all of whom have their own 'art' in dealing with the boredom of an eight-hour-shift. Ben's art is that he imagines himself stopping time. This way, he can appreciate the artistic beauty of the frozen world and the people inside it--especially Sharon, the quiet checkout girl, who perhaps holds the answer to solving the problem of Ben's insomnia.

Bagaimana jika tiba-tiba kau sedar yang kau mempunyai masa berlebihan selama 7-8 jam dalam kehidupan seharian kau? Bagaimana kau mengisi waktu-waktu extra itu? Berimaginasi... dan filem Cashback ini, adalah filem yang paling cantik dalam mendokumentasikan imaginasi seorang lelaki yang sukar tidur.

Insomnia, satu penyakit yang tak menyakitkan, tetapi memenatkan. Ben Willis sukar untuk tidur selepas ditinggalkan kekasihnya. Untuk mengisi masa lapang, dia bekerja lewat di sebuah pasaraya dan untuk mengelak kebosanan, dia membayangkan yang dia boleh menghentikan masa. Memang pelik, tetapi kekuatan filem ini terletak pada imaginasi watak Ben dalam mengatasi kebosanannya. Satu perkara yang tak dinafikan, kerja kamera dan suntingan filem ini sangat cantik, seolah-olah pengarahnya Sean Ellis sedang melukis. Tapi filem ini bukannya seratus peratus filem 'art', tetapi yang menariknya, ianya mengabungkan filem seni, drama, cinta dan komedi slapstik dengan jayanya.

Kelemahan filem ini mungkin terletak kepada pacing dan strukturnya. Mungkin kerana filem ini asalnya sebuah filem pendek yang tercalon untuk anugerah Oscar pada 2004. Kebanyakan adegan nudity filem ini (memang banyak) berasal dari filem pendek tersebut dan ditampal oleh Sean Ellis pada filemnya yang dipanjangkan. Tapi tidaklah terlalu menganggu perjalanan ceritanya.

Best Bit : Terdapat satu shot apabila Ben selesai bercakap di telefon awam dengan bekas kekasihnya, dan tiba-tiba dari telefon tersebut dia terjatuh ke katilnya. Beautiful. Filem ini berbaloi ditonton hanya untuk shot tersebut.

Verdict : Menghiburkan dan indah. Cashback mempunyai visual yang menarik dan worth a look. Permulaan yang baik dari Sean Ellis.



The Lookout

Synopsis: This intelligent crime drama is centered around Chris (Gordon-Levitt), a once promising high school athlete whose life is turned upside down following a tragic accident. As he tries to maintain a normal life, he takes a job as a janitor at a bank when he ultimately finds himself caught up in a planned heist.

You read it here first - Joseph Gordon-Levitt is the next Johnny Depp. Mungkin tidak sekacak Depp tetapi pilihan filem dan kebolehan mereka dalam membawa pelbagai watak memang seakan sama. Kedua-duanya berasal dari siri TV, pernah menjadi teenage heartthrob dan cuba lari dari imej remaja tersebut dengan memilih filem-filem kecil dari skala biasa Hollywood dan membuat semua orang kagum. Bermula dari Mysterious Skin kemudian ke Brick, Havoc, Shadowboxer dan kini The Lookout, aku mengikuti perkembangan Gordon-Levitt dan ternyata dia semakin hebat. Setelah filem ini, kini aku yakin bahawa Gordon-Levitt adalah aktor terbaik di kalangan pelakon seusianya. He's THAT good.

Tidak mudah untuk membawakan watak sebagai seorang mangsa kemalangan yang mempunyai masalah otak yang serius. Dia tidak gila, namun tidak mampu untuk mengingat sesuatu benda yang mudah hingga terpaksa menyimpan satu buku nota kecil untuk tidak lupa. Gordon-Levitt membawakan watak Chris dengan penuh kejujuran dan emosi, penonton seakan memahami kesunyian yang dialaminya. Tidak lupa juga pada aktor hebat Jeff Daniels, yang berlakon sebagai Lewis iaitu teman rumah dan mentor yang buta kepada Chris. Daniels juga salah seorang pelakon yang sangat versatile, (ingat Dumb & Dumber?) , dan dalam filem ini dia hebat sebagai seorang orang buta yang cool.

Kekuatan filem ini selain dari lakonan terletak pada skripnya. Pengarahnya Scott Frank adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasikan 2 karya Elmore Leonard iaitu Out Of Sight dan Get Shorty ke layar perak. Jadi tidak hairanlah jika terdapat sedikit pengaruh Leonard dalam stail penceritaan filem ini. Skrip Frank lebih mementingkan perkembangan karekter. Frank ambil banyak masa untuk membuat penonton mengenali setiap wataknya dan membina cerita dari watak-watak tersebut. Filem ini sangat stylish tanpa mencuba untuk menjadi stylish. Ia jujur dan straightforward; tiada plot twist atau suprise ending. Tetapi ia tetap menganggu fikiran penontonnya. Frank bijak merangka momentum filem ini , dari sebuah character study kepada sebuah filem crime thriller yang bijak. Sebagai filem arahan pertamanya, Scott Frank nyata berjaya.

Best Bit : Cameo dari Carla Gugino. Babaknya tak sampai 5 minit tetapi sudah cukup untuk meninggalkan kesan pada aku. She's damn beautiful! Gugino tetap menjadi pilihan aku untuk menjadi Wonder Woman.

Verdict : Mesti tonton untuk lakonan mantap, cerita thriller yang hebat dan skrip yang menarik. Sebuah filem jujur, straightforward dan cool tanpa terlalu mencuba.

4 comments:

  1. Nazim Masnawi said...
     

    "Gugino tetap menjadi pilihan aku untuk menjadi Wonder Woman."

    She's way too old, man. Aku lebih prefer dia jadi villain Wonder Woman who wears a more revealing costume, namely Circe or Dark Angel. Man, that would be cool.

  2. ajami said...
     

    Salaam bro..

    slamat bsahur & bposa 2 u+awek ;-)

    p/s: mana nak cari dvd nih???

  3. sHa shinizzle said...
     

    oh man, aku ingat salah tgk tapi biler check balik ngan IMDB betul la mamat kat dlm Cashback tue the same actor that played Oliver Wood nyer character dlm Harry Potter! (hello you 'Quidditch-obsessed-freak' Oliver Wood)

    aku still tringat the first time I watched The Lookout trailer. trailer brape seconds tue dah cukup membuatkan aku teruja nk tengok JGL blakon. and yeah, he's good

    anyhoos, slamat menjalani ibadah posa!

  4. Edd Vedder said...
     

    nazim..
    she's too old? She's a MILF. :) But I agree on the 'more revealing costume' part though..

    ajami..
    selamat pose bro! dvd apa yg ko nak cari?

    sha..
    Oliver Wood? yeker.. Aku bukan HP fan, so aku tak berapa perasan. That'll give u a reason to watch Cashback, kan?

    Selamat berposa!

Post a Comment