FILM : Fincher, LaBeouf, Cuthbert and Fugit

Banyak filem yang ditonton, tapi tak banyak masa (atau idea) untuk menulis. Ini sebahagian dari filem yang aku tonton dalam beberapa minggu yang lepas :


Zodiac - I Heart David Fincher.

Synopsis : Based on the actual case files of one of the most intriguing unsolved crimes in the nation's history, Zodiac is a thriller from David Fincher, director of 'Seven' and 'Fight Club'. As a serial killer terrifies the San Francisco Bay Area and taunts police with his ciphers and letters, investigators in four jurisdictions search for the murderer. The case will become an obsession for four men as their lives and careers are built and destroyed by the endless trail of clues.

Pernah tengok filem yang membuatkan kau susah nak tidur disebabkan kau banyak berfikir tentang kejadian dalam filem tersebut walaupun filem tu tak ada kena mengena dengan hidup atau mati kau? Zodiac adalah filem seperti itu. Edge of your seat thriller. This movie grabs you by your throat and doesn't let go for 2 hours and 40 minutes. Tak ramai pengarah yang boleh buat kau beri perhatian begitu, tetapi Fincher adalah sala seorang darinya. Aku jamin, kalau kau adalah peminat siri CSI (mcm aku) dan filem All The President's Men (mcm aku juga), kau pasti akan gemar Zodiac.

Yang paling aku suka selain dari cerita dan gaya penceritaan cara penyiasatan filem ini, ialah barisan pelakonnya. Aku harap Jake Gyllenhaal, Mark Ruffalo atau terutama sekali Robert Downey Jr. akan dapat pencalonan Oscar untuk lakonan mereka dalam filem ini. Mantap, hebat dan yang penting; disebabkan karakter mereka adalah karekter yang betul-betul wujud (cerita ini cerita benar), lakonan mereka boleh dipercayai oleh penonton. Aku paling suka watak Dave Toschi lakonan Ruffalo yang merupakan super cool, bad-ass muthafreakin' cop. Tak hairanlah kalau Steve McQueen mengambil Toschi sebagai sumber inspirasi bagi wataknya dalam filem 'Bullit' dan Clint Eastwood pula memodelkan Dirty Harry Calahan juga dari Toschi.

''I am waiting for a good movie about me,"
the elusive serial killer known as the Zodiac wrote in his last known letter to the San Francisco Chronicle in 1978. I'm pretty sure Mr Zodiac would give two enthusiastic thumbs up for this one. Tonton filem ini.


Disturbia - DisturbShia

Synopsis - Two teens begin to suspect that one of their neighbors is a serial killer. Are their suspicions merely the product of cabin fever and vivid imagination? Or have they unwittingly stumbled across a crime that could cost them their lives?

Filem thriller untuk remaja. As far as that goes, filem ini boleh dikatakan berjaya untuk menarik perhatian aku. Mostly mungkin kerana lakonan Shia LaBeouf yang membuatkan aku semakin percaya yang dia akan jadi seorang aktor yang hebat beberapa tahun lagi. Aku rasa kalau bukan Shia yang berlakon, mungkin filem ini akan jadi teen thriller yang agak average. Aku agak Shia akan secara rasminya, meletup apabila filem Indiana Jones keempat ditayangkan kelak (Shia berlakon sebagai anak Indy). Oh ya, filem ini juga ada David Morse. Macam biasa, David Morse memang hebat.

Banyak perbandingan antara filem ini dengan masterpiece Hitchcock 'Rear Window' disebabkan topik voyeurism atau mengintai. Tapi dalam filem ini ceritanya diolah menjadi lebih moden, dengan penggunaan alatan canggih seperti teropong infrared dan kamera video. Secara tak langsung alatan2 ini lebih menguatkan cerita, menjadikan sesetengah babak menjadi lebih intense dan menarik.

Filem yang OK dan agak menghiburkan. Dalam kategori teen thriller, ia boleh dikatakan baik. Cuma satu perkara yang aku kurang selesa - ibu kepada watak Shia LaBeouf lakonan Carrie-Anne Moss. Tersangat pelik melihat Trinity berlakon sebagai seorang ibu yang lemah, menjerit meminta pertolongan dan menunggu untuk diselamatkan. Aku asyik menantikan dia untuk mengeluarkan pistol dari poket bathrobe-nya dan mengacukan pistol itu ke kepala si jahat dan berkata "Dodge This!". *Bang!*


Captivity - Elisha Torture Story
Synopsis - Top cover girl and fashion model, Jennifer Tree has it all - beauty, fame, money and power. She is loved and adored and sought after. But someone out there wants her in the worst way. Out alone at a charity event in Soho, Jennifer is drugged and taken. Held captive in a cell, Jennifer is subjected to a series of terrifying, life-threatening tortures that could only be conceived by a twisted, sadistic mind.

OK, aku mengaku. Aku hanya tonton filem ini untuk Elisha Cuthbert dan disebabkan poster filem ini yang sangat kreatif dalam menggunakan.. err, aset penting Elisha. Semasa menonton filem ini tumpuan aku hanya pada lakonan Elisha sehinggakan apabila filem ini tamat, baru aku sedar yang filem ini sebenarnya tak menarik langsung! Yang peliknya, pengarah filem ini adalah Roland Joffe yang pernah mengarah filem hebat, The Killing Fields. Mungkin Joffe harus jauh dari mengarah filem genre seperti ini.

Filem ini cuba untuk menjadi seram dan gross-out seperti Hostel dan filem-filem Saw, tapi tidak menjadi. Hostel ada satiranya. Saw ada machination seksaan yang sangat bijak. Filem ini ada banyak babak seksaan.. tapi dilakukan terlalu over the top hingga sampai satu tahap, kau akan berkata, "This is farked up, dude!". Terus terang, filem ini seperti sebuah filem torture-porn tanpa adegan seks. Well, err.. aku agak sahaja. Aku *ehem* tak pernah tonton filem-filem pelik macam tu. *ehem*

Tonton untuk melihat Elisha Cuthbert diseksa. Itu sahaja.


Bickford Schmeckler's Cool Ideas - Cool Idea, Not So Cool Movie

Synopsis - Reclusive college freshman Bickford Schmeckler is a virtual fountain of cool ideas, and he records every single one of them in his prized, steel-bound notebook. When the notebook is stolen by hedonistic sorority girl Sarah (Olivia Wilde) during a toga party and subsequently comes into the possession of schizophrenic campus eccentric Spaceman (Matthew Lillard), the desperate Bickford embarks on a frantic quest to recover his most prized possession and prevent his life's work from being credited to someone else.

Filem ini menjawab satu persoalan - ke mana hilangnya Patrick Fugit selepas lakonan hebatnya di dalam Almost Famous. Seriously, Patrick Fugit adalah seorang pelakon yang baik. Tetapi sayang sekali bakatnya hanya dapat ditonjolkan dalam filem remaja biasa seperti ini. Aku letakkan Patrick Fugit dan Jason Schwartzmann dalam kategori pelakon remaja berbakat yang mendapat sumpahan Hollywood disebabkan oleh kehebatan lakonan pertama mereka sebagai watak utama (Almost Famous dan Rushmore).

Berbalik kepada filem ini - well, tidaklah seburuk mana jalan ceritanya. Filem ini bermula dengan baik. Bickford adalah seorang geek yang mempunyai banyak idea yang cool yang digelarnya sebagai 'Unified Theory of Everything'. Dia tulis semua ideanya ke dalam sebuah buku. Buku itu kemudiannya dicuri oleh Sara. Bickford panik dan mulakan misi untuk mendapatkan semula buku berharganya itu.

Sounds good right? Life's work stolen; protagonist must reclaim it and thus began his journey. Tapi sayangnya filem ini cuba untuk menjadi pandai dan pergi lebih jauh dari premis itu. Pada Third Act filem ini, kita hanya dapat lihat watak Bickford mempersoalkan teorinya dan kehidupan secara am, serta hubungannya dengan love interest. Kesannya, momentum baik yang dimulakan pada awal filem hilang dan membuatkan aku bosan dan menunggu filem ini untuk tamat. Sayang sekali kerana filem ini mempunyai premis dan barisan pelakon yang OK.

Boleh ditonton, tapi aku pasti kau akan lupa tentang filem ini 30 minit selepas menontonnya.


10 comments:

  1. LinkinAngel said...
     

    wassup edd? thanks for your reviews on these movies.well,i'm looking forward to watch em (maybe zodiac in mind) using some 'classified' resources..lol.

    *staring at the captivity poster*
    ..hmmm..it does draw the attention huh,edd?

  2. sHa shinizzle said...
     

    oooh Zodiac sangat bess (walaupun terasa agak panjang duration nyer). Word about Mark Ruffalo and his awesome character. nmpk kena betul laa Mark blakon, casual dan really convincing. the same goes to Jake. dier tue mmg nerdy la. ("Eagle Scout, 1st class") hahaha. and Robert Downey Jr. should I say more?

    nmpk cm bess jerk Disturbia. penah tgk trailer dier but tak terasa la plak nk download, err I mean ndak tgk. *cough*

  3. sHa shinizzle said...
     

    peminat siri CSI (mcm aku)

    ko suker CSI yg maner?
    me, just like my hubby.. er I mean Mike Shinoda - love the original :D

  4. Edd Vedder said...
     

    Hi angela..
    classified resources? Does it starts with a Bit and ends with an Orent? hehe.. Captivity poster? It's the case of smart marketing if u ask me.

    Sha..
    Serious, aku jadik sedikit paranoid bila film tu abes, sbb aku asyik berpikir mcm2 benda. Ko bayangkan, sekarang ni The Zodiac Killer tu dah umur dlm 70an. Apa perasan dia bila tgk filem ni gamaknya?

    CSI? Of course la Grissom and team. Aku ada Season 1 to 7 on boxsets.

  5. aremierulez said...
     

    Disturbia tu mcm best je...
    aku tgk trailer dia mcm best je...

  6. zan said...
     

    Em..KO suka CSI ori ye Edd?
    Aku cuba gak nak suka yang ori. Tapi muka grissom tu wat aku boring je nka tengok CSI Vegas ni. Miami is more "emo" I guest. Lagi2 part Speed mati.
    Lagipun..Grissom takder Humvee..hehe. N dia tak pakai rayban. Tak macho.

    p/s; Apsal takder siri CSI Vegas + Miami or Vegas + NY? Miami + NY dah slalu buat kan?

  7. LinkinAngel said...
     

    Great! I'm a CSI fanatic too!
    I love all the 3 series..it's just that,I think Horatio has..style?
    I love the fact that he has his own sunglasses..and owh,the way he talks (hands on his hips,talk at his side)

    I would love to have Grissom's brain.hehehehe.

    still lurking for the DVD set of CSI:LV in KL...darn!

    p/s:Edd,you're a mind reader.

  8. Edd Vedder said...
     

    amirul..
    baca la review aku tu. :)

    zan..
    aku suka juga Horatio. Tapi aku lebih minat kepada forensic science, sbb tu aku suka Grissom. Horatio as we know, seorang bomb and tactical expert. Dia lebih tough. Grissom is a geek. Like me.. :) BTW, Vegas + Miami pernah ada.. Season 4.

    Angela..
    Horatio do have style. The way he put on his glasses looks very cool. But sometimes those one liners seems a little bit corny. hehe..

    Let Jim Carrey explains.. check out this very funny YouTube clip :-

    http://youtube.com/watch?v=glvGfQnx3DI

  9. sHa shinizzle said...
     

    Tapi aku lebih minat kepada forensic science, sbb tu aku suka Grissom. Horatio as we know, seorang bomb and tactical expert. Dia lebih tough. Grissom is a geek.

    oh word!

    aku br ader dvd season 1-4 :(
    the rest aku download pastu burn. tapi tgk laa, mmg ndak carik jugak dvd season 5-7. aku raser season 2 ker, subtitle dvd dier ya Rabbi poyo yang amat. btw aku ske CSI original apart from "Grissom is geek... like me" sebab aku raser kalau ndak compare ngan the other 2 CSIs tue, the original CSI has the most impressive (and convincing) character developments. plus, hellooo~ Quentin Tarantino directed finale season 5. how freaking cool is that?

  10. kamarul said...
     

    urghhh.. i hate horatio! grissom rules! hehehe...


    http://youtube.com/watch?v=tcD0Mmyp3f4

    endless caruso one liners! haha!

Post a Comment