Filem 'Indie' mainstream Malaysia yang pertama?

Dah lama tak menulis dalam bahasa Melayu.. jadi aku tulis di sini.

Aku terserempak dengan laman web filem ni secara tak sengaja. Mungkin ada yang dah tahu, tapi aku tak tahu.. jadi aku nak bagitahu kepada orang yang tak tahu macam aku. Filem ni, secara kasar nampak macam filem biasa, tapi ada beberapa perkara yang buat aku tertarik..

  • > Ada Eman Manan. Bukan sebagai pelakon utama, tetapi sebagai pelakon pembantu. Watak ketua jahat. Hmmm...

  • > Skrip oleh Adlin Aman Ramlie. Juga bertindak sebagai penolong pengarah.

  • > Roslan Aziz sebagai pengarah muzik. Setahu aku ini kali pertama.. mungkin aku silap.

  • > Asalnya sebuah telemovie. Tapi dipindahkan ke format 35mm dari DV setelah kerajaan Malaysia membeli sebuah alat Jerman berbunyi Melayu, Kini Transfer.

  • > Ada babak sedut cocaine dengan hidung macam filem-filem gangster Coppolla, Scorcese dll.

  • > Tagline filem ini 'Dari Remaja untuk Remaja', walaupun pengarahnya dah berusia 31 tahun. Dan aku pasti penulis skrip, penerbit dan pengarah muziknya juga bukan remaja.

  • > Pengarahnya Shadan Hashim sudah pernah mengarah sebuah filem sebelum ini. Pernah dengar "Cinta 200 Ela"..??

  • > Pada permulaan trailer filem ini, ayat pertama yang dipaparkan adalah 'Sebuah Filem Indie Shadan Hashim'. Malah dalam kenyataan pengarahnya pada laman web ada menyatakan genre filem ini adalah 'indie'. Owww, aku baru tahu 'indie' itu adalah satu genre..

  • > Lagu pada trailer filem ini, walaupun disunting dan digelungkan (looping?), aku tetap kenal, ianya lagu Destiny's Child. Roslan Aziz ke yang cipta lagu tu...?

dan yang paling menarik..

  • > Penerbit filem ni -> Raja Azmi. Dah lama dia tak menerbitkan samp... err.. filem.


Cukup 10 sebab. Kalau lebih-lebih, aku terasa macam Akmal Abdullah pula; mengulas sebelum menonton.

Persepsi aku yang pertama tentang filem ini?
Ada resepi untuk hancur, tetapi mungkin akan disukai 'remaja'. Aku cuma nak tengok reaksi penerbitnya kalau filem ini dikritik. Kalau filem orang lain merosak budaya, mungkin filem remajanya bertemakan dadah dan alkohol ini boleh memaparkan budaya kita yang sebenar.

Secara jujurnya, ikhlas dari hati, aku mengharapkan filem ini berjaya. Aku harap filem ini tidak jadi seperti tajuknya;... HARU BIRU.



pautan ke laman web rasmi di sini --> HaruBiruMovie

trailer filemnya. Fast loading ----> Trailer
CARI forum ---> Forum

11 comments:

  1. Nazim Masnawi said...
     

    "Malah dalam kenyataan pengarahnya pada laman web ada menyatakan genre filem ini adalah 'indie'."

    Bwahaha! Stupid fuck! So Gerak Khas, Castello semua adalah keluaran studio gedanglah! Ha! Ha! Ha! Member aku dulu satu part pernah kena separuh maki dengan Hishamuddin Rais sebab tersalah guna pakai istilah filem indie ni. Hei, Raja Azmi! SEMUA filem Malaysia adalah filem indie la!

    Anyway, the film looks well enough. Adlin Aman Ramlie's participation as the writer surely enough to warrant my interest; we'll see la nanti sama ada dia ni orang seni yang suka buat benda-benda abstrak (kononnya) sampai orang tak paham ke, or yang mampu buat cerita viseral tanpa melupakan nilai-nilai estetika.

    Anyway, the stupid poster is just sucked! My Gat, aku tak salahkan sesiapa yang judge filem ni solely by its cover.

  2. maberik said...
     

    err...

    filem 'Indie' tu bukan ke penulis/pengarah/penerbit orang yg sama ke?

    enlighten me,plz. hoho tanak kene maki jugak.

  3. Kamarul said...
     

    "samp... err.. filem."
    hahahaha!

  4. Edd Vedder said...
     

    maberik..
    indie sebenarnya datang drpd perkataan independent. Tak semestinya sesuatu film itu film indie jika penulis, pengarah, penerbitnya org yg sama.

    Filem indie adalah filem yg low-budget yang diterbitkan oleh sebuah studio kecil. Cakap Nazim tu ada betulnya; semua filem di Malaysia adalah filem indie sebab kos filem dan studio filem di Malaysia sangat kecil berbanding di negara luar.

    Aku rasa dalam konteks filem Haru Biru ni, penerbitnya classify filem tersebut sbg filem indie mungkin kerana filem itu less-commercial dan dirakam menggunakan format DV. Kebanyakan filem indie di barat menggunakan format DV untuk merakamkan sesebuah filem untuk jimat kos.

    Maybe dlm posting aku seterusnya aku akan jelaskan 2 teknik (genre?) yang popular di kalangan pembikin filem indie..

  5. Edd Vedder said...
     

    nazim..
    poster tu reason yg kesebelas dlm list aku... nampak macam hasil tangan anak buah aku yg darjah 5 bila diajar pakai Photoshop.

    kamarul..
    errr.. :)

  6. sHa shinizzle said...
     

    nampak macam hasil tangan anak buah aku yg darjah 5 bila diajar pakai Photoshop.

    FTW! aku pon dok terpikir the same thing about the poster. nmpk sgt cam guner photoshop... with basic skills. hahaha

  7. jimi said...
     

    Edd, Ada tak mana2 website yg offer lagu Chage and Aska? coz i miss them terribly.

  8. vovin said...
     

    Yo, wohoho! Laman baru aku

  9. NezJoe said...
     

    agaknya boleh celen misi 1511?

    hehe

  10. YATT said...
     

    Aku kalau dengo nama Raja Azmi ni... terus jadi fobia. Aku pernah memperbodohkan diri tertengok pelem Cinta 200 Ela...Masya Allah!

    Raja Azmi & Shadan tu patut diletakkan dalam bilik gas beracun...

  11. Edd Vedder said...
     

    jimi..
    hmmm.. kalau ko cuba torrent mmg banyak dlm internet. Aku dh pernah download album 'The Best Of' aritu..

    vovin..
    laman baru? mana?

    nezjoe..
    harap2 boleh celen la.. hehe

    yatt..
    my pren! Suka la ko ye, wife n kids dah ikut gi AS. BTW, aku rasa ko la orang pertama yg mengaku tgk Cinta 200 Ela. Gas Beracun..? Kita bagi verdict lepas film ni keluar.. Kalau hampeh, "..to the Gas Chamber.!".

Post a Comment