04 December 2006

FILEM : Cinta - Yang Mana Yang Pernah Anda Alami?

Jarang-jarang sekali, bila aku selesai menonton sebuah filem (local atau international) di pawagam, saat aku masuk dalam kereta setelah selesai menghabiskan sebatang rokok, the only thing yang aku pikir ialah, 'Ishhh... rasa macam nak tengok sekali lagi.' Itu yang terjadi setelah aku menonton filem Cinta pada 11:45 malam, hari Jumaat lepas di MBO Galaxy Ampang (nearly full house audience).

CINTA - kasih, sayang. Suatu perkara yang terlalu luas jangkauan maksudnya. Satu perkara yang semulajadinya wujud di dalam nurani semua makhluk tuhan. Bukan hanya cinta antara 2 manusia, tapi cinta kepada keluarga, alam, negara, Tuhan dan sebagainya. Selagi kita hidup, cinta akan memainkan peranan penting dalam hidup kita. Bermula dari hari kelahiran hingga ke hari kematian, perasaan cinta tetap akan menjadi perkara yang utama dalam perjalanan hidup, walau kita sedar atau tidak.

Filem Cinta arahan Khabir Bhatia ini sedikit sebanyak mengupas persoalan cinta. Jatuh cinta, putus cinta, cinta platonik, cinta abadi dan cinta romantis. Semua persoalan cinta ini sungguh senang didekati oleh penonton kerana ianya perkara yang biasa dilalui oleh manusia. Ianya membuatkan feel filem ini menjadi lebih intimate. Dekat di hati. Persoalan-persoalan cinta ini dijalinkan menjadi sebuah rangkaian cerita yang bertembung antara satu sama lain, walaupun secara tidak langsung. Namun begitu pertindihan 5 kisah cinta ini dijalin dengan begitu baik dan tidak memenatkan pemikiran penonton. Ditambah pula dengan skrip yang sangat baik; sesuatu yang jarang ada pada filem Melayu, dan sinematografi yang indah secara semulajadi (tidak dibuat-buat) menjadikan filem Cinta sebuah filem yang mantap.

Aku tak ingin mengulas dengan terlalu mendalam filem Cinta ini kerana untuk mengelakkan spoiler bagi yang belum menonton. Serta aku rasa feel dalam filem ini harus datang secara semulajadi tanpa pengaruh lain. Tapi ini sedikit sebanyak kupasan dan pendapat aku tentang kelima-lima kisah cinta dalam filem ini.


Kisah Cinta 1 : Unggul
Kisah yang paling aku gemari. Sebab utama kerana lakonan hebat Dato' Rahim Razali (Elyas) dan Fatimah Abu Bakar (Rubiah). Lakonan bersahaja mereka membuatkan kita senang untuk menonton. It's like we knew them somewhere in our lifetime. Walaupun tanpa dialog, ekspresi wajah mereka sudah cukup membuatkan kita faham perasaan mereka. Tak banyak pelakon Malaysia yang ada keupayaan seperti itu.

Selalunya yang terjadi pada filem/drama melayu, contoh utama melodrama Rashid Sibir; terlalu banyak watak yang 'memaksa' kita untuk menangis. Paksaan ini kadangkala menjadi tetapi kadangkala merimaskan. Watak Elyas dalam filem ini tidak menagih simpati daripada penonton, tetapi simpati itu datang sendiri. Dalam kisah cinta ini, kita faham ertinya kasih dan simpati walaupun antara 2 insan yang baru bertemu, hubungan platonik mereka boleh bertukar menjadi cinta yang unggul.

Babak yang paling disukai : Ketika Rubiah melambai dengan penuh kasih sayang pada Elyas yang tidak 'kenal' padanya. Check out the expression on Fatimah Abu Bakar's face.

Harus disebut : Lakonan ikhlas Ngasrizal Ngasri. Beliau selalu diberi watak komedi yang memperbodohkan diri tetapi jelas sekali melalui filem ini, kekuatan beliau pada drama.


Kisah Cinta 2 : Sepenuh Jiwa
Bagaimana jika kita mempunyai kehidupan yang serba sempurna tetapi tiba-tiba orang yang perlu untuk melengkapkan kesempurnaan itu meninggalkan kita? Adakah cinta itu turut juga hilang atau bertambah kuat kerana kita merelakan pemergiannya? Persoalan yang sangat menarik untuk dikupas. Rashidi Ishak (Haris) dan Rita Rudaini (Airin) berjaya membawa watak masing-masing dengan penuh perasaan. Aku tak pernah melihat Rashidi sebagai seorang pelakon yang hebat, tetapi watak Haris ini mungkin merubah pendapat aku. Namun begitu aku terasa ada sedikit persamaan pada penghabisan kisah ini, pada babak yang melibatkan nota cinta (dalam filem ini lukisan) seperti juga babak dalam filem Love Actually yang melibatkan Keira Knightley dan rakan baik teman lelakinya. Itu pendapat aku.

Babak yang paling disukai : Kemunculan cameo seorang pelakon wanita pada akhir kisah. Membuatkan anda berfikir it's going to be a happy ending.

Harus disebut : Aku tak pasti siapa nama pelakon kanak-kanak dalam kisah ini tetapi lakonannya jauh lebih baik daripada kebanyakan pelakon di Malaysia. Our own Dakota Fanning? Mungkin.


Kisah Cinta 3 : Abadi
Sejauh manakah pengorbanan kasih seorang kakak kepada adiknya? Perlukah seorang adik mengorbankan cintanya kepada seni untuk memuaskan hati kakaknya? Seperti mana filem atau drama yang lain, apabila terdapat kisah cinta tentang hubungan keluarga pasti ianya dapat sampai tepat ke hati. It's a topic that is very close to our heart. Nanu Baharuddin (Dyan) mmg perfect dengan watak wanita sengsara seperti dalam filem ini. Dia ada satu ekspresi kosong penuh bermakna pada wajahnya yang tiada pada pelakon lain. Que Haidar (Dhani) juga makin menyerlah lakonannya. Cuma aku tak pasti kenapa dia harus memakai rambut palsu yang nampak terlalu janggal. Mungkin untuk menjadikan wataknya nampak seperti seorang kutu, kusut, kotor. Sinematografi pada tanah perkuburan (spoiler ke?) pada kisah ini tampak sungguh indah dan majestik. Sayu dan cantik pada masa yang sama.

Babak yang paling disukai : Peralihan daripada babak di katil hospital ke babak flashback bawah katil 2 orang adik beradik. Suntingan yang baik, lancar dan cantik.

Harus disebut : Sofi Jikan sekali lagi membuktikan kehebatannya. Dia 'mencuri' setiap babak yang dia muncul. Lakonan bersahaja dan real. Comic-relief yang memang kena pada tempatnya. The professional scene-stealer.


Kisah Cinta 4 : Tulus
A quest to find love. Dalam watak Arianna lakonan Sharifah Amani mencari 'cinta'nya, beliau telah bertemu dengan Taufiq lakonan Pierre Andre yang juga sedang mencari cinta tanpa sedar. Tapi how do you know when he/she is the one? Lakonan Sharifah Amani OK tetapi kadangkala nampak sedikit over the top. Pada mulanya aku tak suka akan lakonan Pierre Andre tapi I read somewhere yang Khabir Bhatia secara khususnya meminta Pierre untuk mengawal lakonannya supaya nampak contained dan lurus bendul. If that's true, than he's done a wonderful job. Aku juga suka pada mesej-mesej subliminal pada permulaan kisah ini, di mana terdapat barang-barang yang jatuh (sampah, kepingan siling) as in jatuh cinta dan juga nama 'kekasih' Arianna iaitu Khalif as in khilaf=kesilapan (geddit?). Very nice touch.

Babak yang paling disukai : Setiap kali rumah di tepi landasan keretapi di Kg Abdullah Hukum muncul. Tak tahu kenapa tapi aku suka. Dan juga watak Khalif yang sememangnya kayu tanpa perasaan (disengajakan pada pendapat aku). Membuatkan penonton faham dan suka jika Arianna tidak memilih Khalif.

Harus disebut : Terdapat satu babak di mana Amani dan Pierre terpaksa menunggu 3 LRT melintas di landasan di dalam a single shot. Well-executed.


Kisah Cinta 5 : Romantis
Falling in love is so hard on the knees. Kisah orang jatuh cinta yang agak berjaya dari segi romantis dan tragisnya. Cuma aku kurang senang dengan lakonan 2 pendukung utama kisah ini iaitu Eizlan Yusof (Azlan) dan Fasha Sandha (Azura) mungkin kerana chemistry on and off antara mereka. Lakonan Eizlan jauh lebih baik daripada drama-drama lakonannya dan nampak sedikit relaks. Secara jujur aku katakan inilah kali pertama aku nampak lakonannya tidak kaku. Fasha Sandha pula bagi aku biasa sahaja dan apabila dia menangis, penonton tidak dibawa dengan perasaan sedih dan kecewanya. Mungkin juga kerana limitasi pada watak mereka. Namun begitu, well-done to both of them.

Babak yang paling disukai : Babak romantik suprise dinner di taman. Seluruh panggung (especially perempuan) serentak mengucapkan "Aaaahhhh.....!" So cliche and sappy but so effective.

Harus disebut : Babak dalam keretapi pada akhir kisah ini mengingatkan aku pada babak dalam filem The Wedding Singer dan (sekali lagi) Love Actually (kisah Colin Firth).



Terdapat beberapa perkara juga yang sedikit mencacatkan filem Cinta ini pada pandangan aku. Yang paling ketara ialah kualiti audio serta dubbing. Aku tak tahu kenapa tapi masalah ini masih lagi belum hilang dari filem tempatan. Sesuatu yang perlu diberi perhatian. Seperkara lagi aku tidak faham kenapa watak Makcik Rubiah lakonan Fatimah Abu Bakar harus bercakap dalam loghat utara yang bunyinya sangat janggal (trust me.. I'm from Kedah). Loghat utara itu juga seperti on and off, sekejap ada sekejap hilang. Aku tak nampak significant ianya harus diadakan. Terdapat juga beberapa shot yang nampak terlalu commercial-like, macam iklan untuk Tahun Melawat Malaysia. Walaupun nampak cantik tetapi too much of a good thing is not good at all. And why are there too many shots of the Twin Towers? Mungkin juga menara berkembar menjadi penghubung antara 5 kisah cinta ini. Maybe.

Jarang sekali sebuah filem tempatan terutama sekali yang bertemakan cinta digarap dengan begitu baik dan dihidangkan kepada penonton dengan begitu segar. Filem seperti Cinta ini boleh membuatkan kita berada setara dengan filem-filem bertemakan cinta dari Indonesia, Jepun dan Korea yang sememangnya' pakar' dalam filem-filem sebegini. Lakonan yang baik, skrip yang mantap, suntingan kemas, sinematografi hebat dan penggunaan muzik latar yang sangat sesuai dengan setiap perjalanan cerita membuatkan Cinta sebuah filem melayu yang harus ditonton oleh semua.

Dan jika ada orang yang bertanya kepada aku nanti, "Harijadi kau tahun 2006 kau dekat mana?". Dengan suka, aku akan menjawab, "Tepat detik 12 malam, 2 Disember 2006, aku berada di dalam panggung wayang bersama cinta hati aku, menonton filem Cinta".

It's a perfect birthday celebration. A celebration of love. A celebration of CINTA.

31 comments:

Lord Vorphalack said...

cilakak...cepat betul tengok.
aku plan nak tgk minggu ni jugak dgn bini aku...

jimi said...

Terima kasih ulasan CINTA itu edd, baca pulak mine. Already posted.

This time, i malas nak ulas on technical side. Just plain the issue of love only.

I am in love with CINTA.

Ajami Hashim said...

1stly, HEPI BESSDEII TUU YUU EDDVEDDER!!! wahhh! selebret dlm cinema tuh! btw, yg ke baper beb?

***

edd,

katalah, production TAK hilight logline:

"10 bintang.. 5 kisah cinta.. 1 cerita.."

..agaknya, Msian viewers akan dpt tak separate-kn 5 'cinta' mcm rebiu ko nih?

..cameo tu 'real-life' wife si Rashidi kan? > Vanida Imran.. mcm strawberi atas ice-cream utk meng-cool-off-kan imaginasi penonton! pandaiiinyaaa Khabir!

..nice rebiu dude! memudahkn utk aku 'cedok' angle yg aku miss dlm rebiu aku.. larikk!!!

Edd Vedder said...

IB..
hehe. Nak celebrate birthday maaa.. Nanti lepas tgk jgn lupa review.

Jimi..
I'm in love too. Love is in the air I guess.. :)

ajami..
Thanks bro! Aku agak kalau producer x highlight, viewers still boleh separatekan. It's not that complicated kan.. Malaysian viewers skarang dah bijak. hehe. Cedok jgn tak cedok!

BTW, korang perasan tak, just by looking at the poster, kita dah boleh tahu kesudahan cerita Cinta ni..? Oopps, spoiler ke? hehe..

Lord Vorphalack said...

ye tak ye jugak...lupa nak wish kau birthday..

reveal la umur kau berapa...?

maddox said...

happy birthday man! older but wiser. tunggu review aku lak.

Edd Vedder said...

IB..
Age ain't nuttin' but number. :)

Maddox..
thanks bro. definitely older, but not sure about the wiser part..

highheelseliparjepun said...

Ulang komen yg gua letak kat nadia's blog:

I went to Kuching last Friday..that's 300++Km n about 5 hours drive from my town..Why?Just to watch Cinta!!!Hahahaha...Best filem ni..walaupun ada part yg tak logik la..Tapi yg logik tu mmg logik.Mmg ada kaitan dgn kita..Mcm kisah Nanu n Que,mmg kisah benar kakak dan adik yg buat gua plg sedih n buat gua menangis...hehe..

Zack said...

Dude, besday ko bukan dah lepas ke?
Apa pun, have a happy birday.
Cinta? Well, aku rasa mcm melanggar prinsip hidup aku jek nonton filem nih, but dunno la this Friday. Either this, Cicakman or Casino Royale.

PS: Eh, korang ni takde akaun friendster ke? Aku tgh kemaruk menambah kawan nih.

Edd Vedder said...

su..
ada part yg x logik? part mana tu..hehe. 5 hours drive just to watch Cinta? Wow, I'm impressed.

Zack..
besday aku mmg dah lepas.. bulan 12 tahun lepas! Ko mungkin still teringat entri birthday aku last year kot.
Melanggar prinsip hidup kau jika nonton Cinta? Abis kalau nonton cerita cinta Shah Rukh Khan, tak melanggar prinsip plak? Hmmm..

Friendster? OMG, that is so like... last year.

maddox said...

prinsip are made to be broken la beb. I, for once, bangga dengan filem ni. Seriously.

Friendster? That is not last year la edd. That's like.. soo 2 years back. (masa aku open friendster account aku)

Zack said...

Haha. Klakar. Aku pun bukak akaun frenster aku tahun lepas, pastuh dormant for abt a year. La ni aku baru update. Last week kawan aku cuma ada 4 orang jek (adik bongsu aku dok gelakkan aku~ kawan2 dia dah >110!), la ni my list dah masuk 43. Do drop by kalau ada masa, dan add le kalau rajin.

Last film SRK aku nonton ialah Baadshah, which is like more than 5 years ago. Go figure.:P (Mana aku nak tgk nih? Aku nak tengok Daniel Craig!!!!!)

rewan ishak said...

The best review for Cinta is here. Teruskan usaha anda. What ur say bout The Red Kebaya? Feel free to read my blog.

maddox said...

ala... 43 tu kira orait lah tu. aku memang cukup malas nak check friendster aku.

senang cerita pergi tengok semua lah.

Zack said...

Halah, Ijan, ko cakap senang la. Aku mana ada masa cam ko, nak harapkan lunch hour hari Jumaat jek :(

maddox said...

aku pun bz gak zack. itu pun curi-curi masa nak gi tengok.

in that case. aku recommend Cinta lah. Casino Royale, tunggu DVD keluar aje walaupun scene panas tu takde lah sepanas mana.

Zack said...

Cicakman?

Ala, Ijan, bz2 kau pun, weekend ko buleh gak gi tengok. Aku?

maddox said...

Cicakman hari ni release kan?

itu aku tak deny lah kan. yang untungnya, aku ni lone ranger. senang. alah, angkut lah Ikmal sekali. I am sure he's a good boy. :P

highheelseliparjepun said...

Part tak logik bagi gua la..part masa eizlan n fasha dlm komuter.Eizlan lamar Fasha..ada berlaku betul ke?atau pnh berlaku atau akan berlaku kat gua?hahaha...

-Bercinta ngn org ternama/kaya
-Bergaduh
-Kecik hati
-Lari
-Dikejar
-Dipujuk
-Dilamar
-Disorak

Bila la nak jadi mcm tu kat gua..hehe..

Ni just personal view of part yg tak logik.Maybe ada yg suka..

chics said...

Now your review really make me want to watch!

Edd Vedder said...

Hello zack, ijan.. wahh, dah berchatting plak korang kt sini ek. Abis tagboard aku tu, buat apa? Hehe.. lantak korang la.

rewan ishak,
..thanks

sue,
bukannya tak logik.. tapi yg most likely tak mungkin berlaku selalu. Hehe.. benda tu boleh berlaku, tapi mungkin bukan pada kita la kot.

chics,
welkam.. glad to help u. Go watch it and tell me what u think, OK.

Nazim Masnawi said...

This is weird. I hated this film. I hated so much I don't even know how much I hated it. For me, it's just awful. Bad on almost every level. The writing, casting, acting, cinematography, direction, locations etc. were just... off.

And Sharifah Amani is a bad actress but is magically able to get roles because she has worked with Yasmin Ahmad who is, of course, Malaysian pseudo-intellectuals' favourite director.

But whatta hell, I subcribed to contrary public opinion anyway.

Edd Vedder said...

nazim,
I don't know why, while I was writing this, somehow I just knew your comment will be a little sumthin' like this. hehe.
Maybe coz' I know how much you 'lurve' tampon girl. haha..

maddox said...

same here.. i know that will come from the Nazim Masnawi.

redza minhat said...

too bad the idea isn't original. sigh. what to do... we malaysians love it that way anyway.

redza minhat said...

but not bad - for a movie.

Edd Vedder said...

hello redza..
maybe Cinta was 'inspired' by another movie. But that's OK kan..? Even Reservoir Dogs was inspired by John Woo's City On Fire.. Asal jgn tiru frame by frame cukup la kan.. :)

Anonymous said...

eddy vedder pun dah pandai cakap melayu. baguih, tahniah! bila lagi nak bikin konsert kat kl bang?

...$weE+ 666... said...

hepi belated befday. not too late kan? i had to put some comment here (since i know i will never get a chance to watch cinta in cinema) just to say thank u for the great review.

i would love to see cinta. hmmm...

long time reader, first time signing, $weE+ 666

Anonymous said...

Sekejap,
3 keretapi dalam satu shot tu aku rasa mungkin diambil dalam 3 waktu berbeza, kemudian footagenya disambungkan. Tu lebih mudah (tapi lebih mahal). (Which means, then again, maybe they did wait for ERL, Komuter and Putra, to whoosh by at the same time) (or they sync with them operators.)

Edd Vedder said...

saharil, welkam.

Dari interview yg aku baca dan dari sumber yg bekerja di lokasi filem tersebut, Amani & Pierre memang menunggu 3 komuter lalu utk shot tersebut. Ianya diminta oleh director, Khabir Bhatia untuk mengekalkan feel dan mood in that particular scene. Scene itu kemudian diedit untuk mempercepatkan perjalanan cerita.

Harap2 dalam DVD director's cut ke.. dia akan tunjuk the whole scene dan lain2 deleted scenes. :)