DVD's. It's The New Drug.

Satu hari di kedai DVD, di sebuah shopping complex. location undisclosed.

Aku : OK, saya amik lima DVD ni. Brapa harga? Ada diskaun ka?

Amoi : Satu 7 ringgit. Harga biasa la bos. Tapi u kena tunggu 30 minit bleh? Ada operasi bulan ni, so kami simpan DVD lain tempat.

Aku : (Tercengang) 30 minit ka? Lamanya, mana u simpan? Apa saya mau buat 30 minit?

Amoi : U pegi la jalan2 dulu. Sini banyak tempat boleh shopping. U tinggal phone number nanti kami call u. Bayar dulu ya bos..

Aku : (Tercengang lagi) Bayar dulu ka? Kalau u tipu saya macam mana?

Amoi : Mana ada tipu bos. Kalau apa2 kita kasi balik u punya wang. Jangan takut. Lu mau ka tamau?

Aku : (Dasar hantu DVD) Ok la. Ini saya punya no phone. Nanti u call aaa..

27 minit kemudian.. phone bunyi.

Aku : Hello. Apa macam? Sudah boleh amik ka DVD.

Apek : Jumpa wa depan entrance shopping complex. Sekarang. (..hang up)

Aku : (Cuak).

Depan entrance shopping complex. Phone bunyi lagi.

Apek : U pakai baju warna apa? Ada logo apa?

Aku : Err.. Baju hijau. Takde logo. I pakai spek.

Apek : (Hang up)

3 minit kemudian... Ada lembaga menghampiri sisi aku.

Apek : Pssst.. jangan pandang muka saya. Tengok depan.

Aku : Errr.. OK. DVD? Ada?

Apek : Nah amik.. Tangan belakang aa.

Satu pertukaran barang seperti dalam cerita mafia Francis Ford Coppola berlaku dengan sepantas kilat.

Aku : (Mengangguk kepala sedikit kepada Apek tadi tanda urusniaga selesai)

Apek : (Mengangguk kembali)

Kedua-dua berlalu pergi ke arah bertentangan tanpa sebarang kata dan pandangan lagi..

Aku : (dalam hati) Aku beli DVD ke beli dadah tadi..??

12 comments:

  1. Zack said...
     

    Aku dah lama beli DVD camtuh. Tp takde la sampai jumpa kat tempat lain. Caranya, ko gi situ dulu. Pilih yg mana nak. Kasi tau sama itu seller. 15 minit kendian baru ko datang balik.

  2. Lizzam said...
     

    huah...kat sini (location undisclosed) masih ok, beli kat kedai, tunggu kejap, dapat kat kedai.

    mungkin kat sini jerebu, PBT tak nampak kot?

  3. ~comei~ said...
     

    ooo beli DVD cam tu ek??

    reporttt

    hikhik..

  4. Nazim Masnawi said...
     

    Ceh. it ain't drugs. Just as sheer as porn DVD.

  5. Iron Board said...
     

    aku pun hampir kena mcm tu...then aku cancel beli.

    Moral : beli kat kedai DVD yg dah biasa aje...

  6. jimi said...
     

    cam org kedah cakap, seghiau pulak cam tu beli dvd kat kl ke? in ipoh, cam biasa edd. bukak kedai luas2 lagi.

  7. Anonymous said...
     

    betui-betui jadi cam tu ke kat mesia ni... kronik kronik.. tapi kalau dvd dia elok ja buleh main kat pS2 kira berbaloi laa..

  8. jimi said...
     

    Finally have written movie review sejak berpindah ke rumah baru. Indonesian filem HEART.

  9. Nadia said...
     

    hahaha...lebih kurang experience aku ngan yatt le ni...;-) pe nak buat. nak tengok dvd ke, tak nak?..hehehe

  10. b said...
     

    cool post =)

  11. :: samasam :: said...
     

    beli la kat uptown ... byk kedai dvd situh

  12. swan said...
     

    itu mengalahkan beli DVD porno, nak beli DVD porno pun tak perlu two way walkie talkie...pilih, tunggu, wave...hmmmmm

    Yg best dia tak mintak duit tambang pegi ambik DVD,kalau tidak perghhh...RM7 cheap giler Edd..kena share info tuuuuu

Post a Comment