16 May 2006

Mengulas Sebelum Melihat.. Boleh Ke?

Aku belum tengok filem Man Laksa, MI3, Poseidon dan DaVinci Code. Jadi sebab itulah aku tak tulis komen aku pasal filem-filem tu di blog ni. Aku nak sangat tulis komen.. tapi aku belum tengok lagi.

Eh, wait a minute... Boleh ke kalau kita tulis komen atau reviews sebelum kita tengok sesuatu filem? Maksud aku, kan sinopsis dah ada.. Maybe aku boleh praktikkan apa yang cikgu aku ajar masa form 3 dulu iaitu buat rumusan daripada buku. Masa tu cikgu aku advise, kalau takde masa, baca aja sinopsis kat belakang buku tu, pastu buat rumusan.

..tapi boleh ke buat camtu? Tak menyalahi mana-mana undang-undang kewartawanan Malaysia ke? Adil ke kalau aku buat camtu?

Maksud aku, contohnya, kalau mak aku buat kuih tepung talam yang aku memang tahu sedap, tapi kali ni dia buat dengan warna yang lain, patutkah aku kata kat mak aku ".. ah! tak sedap aa kuih ni!" sebelum aku cuba untuk menjamah tepung talam tersebut? Mesti mak aku sedih kan..?

.. kalau tak boleh dan tak patut, kenapa ada seorang wartawan hiburan di akhbar Berita Harian boleh menulis tentang filem-filem yang dia sendiri belum pernah tonton? Dan dari penulisannya itu dia mengatakan yang filem-filem tersebut tidak 'sedap'. Tawar, pahit, hangit..

Aku sebenarnya sedih dengan si wartawan tu. Walaupun aku dan kawan-kawan penulis blog yang lain hanya ada papan blog sebagai kanvas untuk kami melakar komen kami mengenai filem, tetapi kami masih tahu etika penulisan. The rule is simple : watch the movie first, write a review later. Kalau suka bagi ulasan positif. Kalau tak suka bagi ulasan negatif. Tapi kalau seseorang terbalikkan rule tersebut , mengulas sebelum melihat, bolehkah seseorang itu dianggap sebagai seorang wartawan? Kalau boleh, di mana etikanya? Takde? Hmmm...

..aku tak nak bercakap lagi mengenai wartawan tu. Semenjak aku tengok keletahnya dalam program Fenomena Seni TV1 hari tu, aku mula nampak ke'pandai'annya.Dan aku mula benci dengan ideanya. Bermula dengan isu Kaki Kino, Gubra dan kini pengharaman filem terbaru Amir Muhammad 'Lelaki Komunis Terakhir', wartawan tersebut ternyata belum selesai berperang dengan kebangkitan filem-filem tempatan. Bagi aku, dia adalah penghalang utama pengarah-pengarah muda dan baru di Malaysia. You've been warned..

..biarkan si wartawan tersebut dengan dunia palsunya. Yang aku tahu sekarang ni, aku nak makan tepung talam. Nanti aku bagitahu sedap ke tak..




Check out these link kalau nak tahu lebih lanjut :

- Blog Lelaki Komunis Terakhir
- Patah Balek complete links of all issues and articles regarding LKT
- Jeff Ooi Screenshots
- Tulisan Vovin mengenai program Fenomena Seni


5 comments:

N a d i a said...

haaa..reporter tu yg kena tibai teruk dek sorang caller tu kan? hahahaha...live lagi!!...

Edd Vedder said...

nad..
mmg patut pun dia kena tibai.. he's a disgrace.

swan..
ko masuk la link2 yg aku letak kt bawah post tu kalau ko nak tahu sapa dia. Aku taknak cacatkan blog aku dgn meletakkan nama dia.

..weh, buatlah kuih talam kasi kt aku. Nak suruh mak aku buat, dia ada kt Aloq Staq sana nun..

~comei~ said...

br nak suh ko email je kat wartawan tu soh dia tgk citer tu dulu baru menulis. rupanya dah kena tibai live. huu..

Anonymous said...

Tapi kalo mak aku buat kuih tepung talang, aku akan cakap sedap (walaupun belum jamah) sebab mabik ati mak. Sorga dibawah tapak kaki mak.

Hoho!

Lord Vorphalack said...

org tu Akmal Abdullah la...org Berita Hairan.

Sorry Edd, terpaksa cacatkan sikit blog kau dgn nama dia...