11 January 2006

Baik Punya Cilok - Komedi Yang Boleh Dibanggakan

Image hosted by Photobucket.com

The first movie that I saw in 2006, and it's a Malay movie! Baik Punya Cilok adalah filem kedua arahan Afdlin Shauki dan setakat ni dah berjaya kumpul 2 juta ringgit. Second only to King Kong in the box office list. That is quite an impressive achievement. Sebenarnya aku tengok citer ni sebelum hari raya korban ari tu. Tapi disebabkan aku busy baru hari ni dapat review cerita ni.

Aku sebenarnya memang teringin sangat nak tengok cerita ni semenjak aku terlihat promo picture dalam paper dulu. Nampak macam interesting. Ditambah pula dengan 'amuk' penonton wayang di Malaysia yang membuatkan aku takut. Baik Punya Cilok sentiasa full-house! Budak umah aku sampai sekarang tak dapat tengok BPC lagi disebabkan tiap2 kali dia pergi sure tinggal seat yang depan sekali. Itu pun lepas tu penuh. Best sangat ke citer ni sampai ada yang tengok 2-3 kali? Secara tak langsung ini menambahkan semangat aku untuk tengok filem ni. Aku pegi MBO Galaxy Ampang pukul 7.00 malam untuk beli tiket 2 tiket show pukul 11.45 malam (..masa tu cuma tinggal 20 tiket lagi. Shit!). 4th row from the back, center. Not bad. Very lucky indeed..

So was it good? Yes. Did I have a good time? Yes. Feel that it should have been better? Yes. BPC is a very enjoyable film. Ketawa yang terkeluar dari mulut aku dan girlfriend aku adalah jujur. Tiada ketawa yang dipaksa. Tiada ketawa yang terkeluar disebabkan terlalu 'caught up in the moment'. Dan yang paling penting, aku tak rasa macam diperbodohkan untuk ketawa. Dalam erti kata mudah, filem BPC berjaya menguasai perkara yang paling penting dalam bidang perfileman : menghiburkan hati penonton.

Namun begitu masih terdapat beberapa part dalam BPC yang aku rasa should have been better. Yang aku rasa macam.. erm.. tak cukup. Yang paling obvious adalah ending cerita ni and the big scene that builds up to the ending. Aku dapat rasa yang part ni a bit dragging. Obviously the idea was there, tapi mungkin juga cara scene ini difilemkan membuatkan suspense dan thrill terhadapnya hilang. Mungkin juga the big finale build-up yang dibuat oleh Afdlin terlalu lama membuatkan ia nampak meleret. Mungkin juga aku silap. Editing cerita ni pun boleh diperbaiki lagi. Ada beberapa scene yang tak ada continuity (..mungkin disengajakan) dan sometimes nampak sedikit patchy. Tapi tidaklah terlalu obvious hingga menjejaskan jalan cerita. And seperkara lagi, what's up with the over acting of the female actresses in this movie? Mungkin lakonan mereka bagus tapi seems very out of place bila berkongsi adegan dengan lakonan selamba the 4 male lead. I don't know.. it's probably me.

Now let's get to the better things about the movie. Sesuatu yang jarang ada pada filem melayu ada pada filem ni : Character. Setiap watak ada karakter masing-masing. Dan 4 orang pelakon utama BPC mempunyai character build-up yang agak baik bagi sebuah filem komedi. Penonton dapat relate to every character in this movie. Let me give you an example. Bila kita tengok scene Aben (Afdlin) kena soal siasat dengan polis, kita dapat agak yang bila dia kena sergah dengan polis lakonan Ida Nerina dia pasti akan pitam. Kenapa? Sebab characternya telah dibina dan dibiasakan kepada penonton. Itu merupakan satu perkara yang penting untuk menarik perhatian penonton. Dan dalam filem ini, setiap watak ada character masing-masing. Dari segi lakonan pula memang tidak menghampakan langsung. AC Mizal dan Awie unexpectedly for me, telah memberikan lakonan yang baik dan berkesan. Bakat mereka nyata terserlah dalam filem BPC ni dan berjaya lari dari kepompong filem polis Yusuf Haslam. Supporting cast filem ni juga excellent. Scene stealers Na'a Murad, with his now famous Kelantan-English, Harun Salim Bachik, the old comedic pro, Patrick Teoh and Riezman Khuzaimi telah memberikan lakonan yang convincing dan above all very funny. The production quality is actually very good. Kualiti gambar yang cantik ditambah pula dengan sound yang jelas (Dolby Digital tu..) membuatkan menonton filem ini menyenangkan. Sinematografi Indra Che Muda juga tidak menghampakan. Terdapat beberapa shot yang menarik terutama sekali underwater shot yang jelas. Sesuatu yang jarang sekali dilakukan dalam filem tempatan.

Sepanjang menonton filem ini, in the back of my mind aku tidak boleh lari untuk membandingkan filem ini dengan Guy Ritchie's Lock Stock & 2 Smoking Barrels dan Snatch. Terdapat beberapa persamaan yang mengingatkan aku kepada filem tersebut. Contohnya watak Harun Salim Bachik yang berjari 4 ( Frankie Four-Fingers dlm Snatch), watak Riezman Khuzaimi seorang tukang masak, watak Hans Isaac yg suka berjudi dan penggunaan 4 pelakon utama (kesemuanya seperti dalam Lock, Stock) dan cara cerita BPC ini diolah dengan menggunakan flashback yang tidak diceritakan tapi diolah dengan montage yang statik diiringi suara narator (seperti dalam Snatch dan Lock, Stock). Pada perkara beginilah dapat kita lihat kreativiti Afdlin Shauki terserlah untuk memberikan local flavour kepada adegan-adegan dan watak-watak tersebut untuk membuatnya kelihatan lebih menarik. Sebagai contoh, penggunaan tok dalang dan muzik wayang kulit yg menjadi narrator kepada scene flashback, sesuatu yg berjaya mencuri hati penonton dan sangat bijak. Walaupun terdapat beberapa persamaan dengan filem Guy Ritchie (..mungkin tak sengaja) tapi ianya secara dasar sahaja dan tidak terlalu obvious.

Dan perkara yang paling, paling aku suka pada filem BPC ini ialah Afdlin telah menyelitkan sarcasm yang menyindir tipikal industri perfileman kita. Perhatikan lakonan Harith Iskandar dan Ida Nerina (Gerak Khas?) The sexual tension between them and the way they talk (Ida Nerina over-acting on purpose). Perhatikan juga watak Na'a Murad sebagai seorang gangster filem Melayu yang tipikal. Dan yang paling obvious, watak Awie sebagai seorang kaki pukul yang baca novel cinta. Watak tersebut bagi aku almost screams out 'F*ck U!' kepada watak-watak hero macho-lembik filem-filem Yusof Haslam. Aku paling suka gaya sommersault Awie masa fight scene pada penghujung cerita BPC. Ramai yg tak perasan scene tu sebenarnya adalah sindiran Afdlin Shauki pada scene lawan dalam filem Melayu. That exact sommersault move was potrayed in Iskandar starring, who else, but Awie. Kudos for Awie kerana telah berjaya lari daripada watak tipikal yang diberikan kepadanya selama ini dan tahniah juga kerana have a sense of humour untuk downplay watak yang memang menjadi 'makanan'nya satu ketika dahulu. Brilliant.

Some people tend to forget that this is Afdlin Shauki's 2nd movie. His sophomore effort. And he's not doing very bad. Tanpa kita sedari, negara kita telah melahirkan seorang pengarah yang berbakat. Seseorang yang dapat mengubah perjalanan industri perfileman negara. Somebody that is important enough that his movie is being reviewed by some unknown online writer like me. I'm pretty sure that his third movie 'Buli Balik' is going to entertain us again. In fact Afdlin said it's his best work to date. And his fourth movie project, Sumo-Lah, looks very interesting indeed. This man is definitely is on his way up. So pada yang belum menonton Baik Punya Cilok, tunggu apa lagi? Tapi jangan lupa beli tiket awal... hehe.

10 comments:

Unknown said...

Good review bro. although in my review i did realize the similarities with Lock,Stock & 2 smoking Barrels (I haven't watched snatch) and most of the 'unclean' technical glitch, but i did not see the sarcasm, even on my 2nd time! maybe i do not watch Malay movies except for some.

however, tomorrow i'm going for the Buli Balik preview and i'll write a review on my blog, just as i did on BPC. I'll try my best to be the 1st one to make the review...(:p)

Edd Vedder said...

thanks fer visiting bro..

anyway review yg aku tulis ni cuma pendapat aku aja.. my view of the movie. mungkin juga sarcasm tu tak wujud. But that's how I see it. But we do agree that the movie was entertaining right? That is the most important part isn't it..

:)

Nazim Masnawi said...

Member gua tadi tgk press screening Buli Balik. Dia ckp EASILY lagi best dari Baik Punya Cilok. Gua tak tau la, brader.

Cipkodok said...

Believe me, sarcasm itu wujud. Dan ianya hanya untuk mereka yang tahu.

afdlin

Nazim Masnawi said...

Holy fuck, is this...? HOLY FUCK! HOLY MY MOTHERFUCKING FUCK!

Anonymous said...

Tak berkesempatan tengok BPC, but my friends said it was brilliant. Hmmm i have to watch it. I always like Afdlin when he is as serious or great thinker. I think the serious side of him is more brilliant. Wish he can make film that is more daring, larger than life and serious. I know he can do it brilliantly.

By the way, i have watched Transamerica which i think is one of greatest performance so far by an actress. Felicity Huffman just so amazing. Read more in my blog.

Edd Vedder said...

damn..

..writing a movie review, giving your two cents and having the man who wrote and direct that particular movie agreeing with u..??! Awesome man.. !

..thanks Afdlin. I'll be seeing u again when Buli Balik unleash itself in theaters..

..now, if only Gus Vant Sant read my review of Last Days ..(..is that too much? hehe..)

Edd Vedder said...

jimi my man..
heard that Buli Balik is a dark comedy.. So can we see the 'serious' side of Afdlin now..? Can't wait man..

Anonymous said...

edd, ur review here is simply the best on BPC!

Edd Vedder said...

fadz..
mana ko pegi huh? anyway thanks man.

..ingatkan dpt buat afdlin shauki agree with my opinion dah best.. dpt pujian "..ur review here is simply the best on BPC!" lagi best..!!

..hehe.