24 January 2006

Album Review 002

DEWA 19 - REPUBLIK CINTA


Para Baladewa mungkin teringat kata-kata Dhani semasa album Laskar Cinta dikeluarkan pada awal tahun lepas yang berbunyi, "...untuk pengetahuan kalian semua, album ini adalah album terakhir Dewa".


What??

No more Dewa??

This can't be true??

Jawapannya ..Ya.

Ini adalah kerana Dewa telah kembali menjadi Dewa 19 (..bukan Dewa19 - notice the gap between the word Dewa and 19).

Republik Cinta lahir sebagai nafas yang baru dalam perjalanan seni Ahmad Dhani, Once, Tyo, Yuke dan Andra. Sebuah album yang padat dengan lagu-lagu yang bertemakan cinta yang luas pengertian dan pemahamannya. Trademark Dhani masih lagi ada dalam album ini, tapi ternyata dia lebih inovatif dalam memperkemaskan penulisan lagu dan liriknya. Single pertama dari album ini Laskar Cinta mempunyai mesej yang sangat tajam dan sangat straightforward. Mungkin juga Dhani menulis lagu ini sebagai jawapan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya berkenan isu kulit album Laskar Cinta. Ini jelas sekali pada bahagian korus tatkala Once menyeru, "...Laskar cinta, Sebarkanlah benih-benih cinta. Musnahkanlah virus-virus benci. Virus yang bisa rosakkan jiwa dan busukkan hati..". Kedengaran seperti Dhani dan Once memberi nasihat dan amaran kepada manusia yang penuh dengan sifat kebencian. Tema nasihat tersebut diperkuatkan lagi dengan rentak lagu Laskar Cinta yang bercirikan irama padang pasir, ataupun mengikut kata Dhani sendiri, World Music.

Aku juga sangat tertarik dengan lagu Emotional Love Song ketika suara Once meruntun "...Jangan sakitiku lagi!" yang membangkitkan feel yang hampir sama seperti lagu Pupus tetapi dalam beat yg sedikit up tempo. Lagu Sedang Ingin Bercinta pula menunjukkan kreativiti dan kematangan Dewa 19 kerana berjaya menggabungkan muzik pop, rock, R&B dan juga dangdut(!). Lagu ini bermula seperti lagu R&B dengan bunyi drum machinenya kemudian bertukar menjadi lagu rock pada bahagian korus sejurus dengan bunyi gitar Andra. Yang paling menarik ialah pada versi ketiga lagu ini, kedengaran suara Mulan dari kumpulan Ratu menyanyikan lagu tersebut dengan gaya dangdut yg kedengaran sangat sesuai dengan feel yang cuba dibawa oleh lagu tersebut. Pure genius.

Lagu Perasaanku Tentang Perasaanku Padamu pula membuat kita terbuai dengan irama ala Motown, lengkap dengan suara latar '..oooh la la' pada korus. Tak tahu kenapa, intro lagu ini mengingatkan aku pada lagu Unchained Melody. Suara Once sekali lagi kendengaran sangat melankolik dalam lagu Lover's Rhapsody terutama sekali pada bahagian korus yang mempunyai susunan strings yang hebat, sehebat permainan dram Tyo. Dewa juga buat pertama kali merakamkan sebuah lagu cover Queen, I Want To Break Free. Dhani pernah menyebut, Queen dan opera rocknya merupakan salah satu dari pengaruh besar terhadap muzik Dewa 19 dan jelas ini adalah satu penghormatan Dhani kepada idolanya. Versi Dewa 19 kedengaran lebih rock dan edgy dari versi asal dan menampilkan penggunaan efek gitar yang menarik daripada Andra.

Lagu yang paling aku gemari (..setakat ini) ialah trek yang paling akhir dalam album Republik Cinta, lagu berjudul Selimut Hati. Sebuah lagu simple dengan puisi cinta yang sangat indah. Lagu ini bermula dengan petikan gitar akustik yang menetapkan mood dan feel syahdu pada lagu tersebut yang mengingatkan aku pada feel lagu Kosong dari album Cintailah Cinta. Dan ketika suara Once mengalunkan bait-bait lirik dalam melodi yang sangat indah, aku pasti siapa sahaja yang mendengar akan turut dibuai oleh kesyahduan irama lagu ini. Dan ketika mendengarkan lagu ini, aku yakin tiada lagi band lain yang dapat menulis lagu cinta seindah dan sehebat Dewa 19.

Mungkin ada dari para penggemar Dewa 19 merasakan band ini sudah hilang bisanya selepas pemergian Ari Lasso. Mungkin ada juga yang terlalu berharap supaya Dewa 19 sekali lagi dapat menghasilkan karya agung seperti Cintailah Cinta. Walau apa pun tanggapan pendengar, satu hakikat yang dipersetujui oleh penggemar muzik mereka adalah, pada apa nama sekalipun, Dewa atau Dewa 19 tetap unggul sebagai sebuah band yang paling inovatif dan kreatif dengan lagu-lagu indah bertemakan satu perkara yang ada pada setiap manusia yang mempunyai perasaan di dunia ini : Cinta.


Ayuh terokai Republik Cinta...

Track Listing :

  1. Laskar Cinta (Chapter I)
  2. Laskar Cinta (Chapter II)
  3. Emotional Love Song
  4. Larut
  5. Sedang Ingin Bercinta (feat. Mulan from Ratu)
  6. Perasaanku Tentang Perasaanku Padamu
  7. Lelaki Pencemburu
  8. Lover's Rhapsody
  9. I Want To Break Free (Queen cover)
  10. Flower In The Desert
  11. Live On
  12. Selimut Hati

11 comments:

Nazim Masnawi said...

Kah! Kah! What a great fucking album! Aku rasa aku tak boleh suka Dewalah... eh, Dewa 19! Lagu kegemaran aku Sedang Ingin Bercinta tu. Kah! Kah! Transisi dari R&B ke Rock ke Dangdut tu memang ngam. Lovers Rhapsody pun isn't bad la! Ha! Ha! Isn't bad at all! Bout I Want To Break Free, aku still harap Dhani pilih lagu lain. Queen's take was already perfect.

Edd Vedder said...

"..Aku rasa aku tak boleh suka Dewalah... eh, Dewa 19!"

apa maksud ko tu Nazim?

Queen's I want to break free tu mmg dah perfect. Tapi aku ada terbaca lagu tu lagu Queen feveret Dhani. Mungkin sbb tu kot..

..kalau diaorang cover lagu Queen - Who Wants To Live Forever lagi gempak aku rasa.. :)

Nazim Masnawi said...

Eh, silap lagi! Maksud aku, aku tak boleh TAK suka Dewa 19. Aku rasa, one day, kalo diorang keluarkan crap pun, aku still suka tahap dewa jugak.

Hmm, thinking back, mungkin Dhani buat balik lagu I Want To Break Free bukan utk buat lebih baik tapi lebih ke arah paying tribute dan perkenalkan semula pendgr dengan lagu asal dia. Cam alasan P.J. buat Kong la. Ya, ya, aku dah paham skrg.

Aku prefer dia remake I Was Born To Love You... but damn, tu lagu solo Freddie! Emm, mungkin Princes of the Universe kot?

N a d i a said...

edd,
kelmarin aku terbaca artikel member aku, adjheez (UM) interview dhani.

Adjheez tanya "Mengapa lagu Queen?"

Dhani: Kenapa saya meminati Queen? Sepatutnya yang harus ditanya ialah mengapa ada orang yang tidak meminati Queen? Itu yang sepatutnya ditanya. Ini kerana muzik mereka (Queen) sangat bagus....

anyway, aku tak beli lagi. maybe hubby aku will sbb dia kipas-susah-mati dewa. :-) anyway, pe pun, ko dah dengar grup duo bini dhani tu? aisehhh...ntahapahapantah! masa show nyanyi lagu cover plak lagi. apara..

Edd Vedder said...

nazim..
Aku agree ngan statement ko.. kalau diaorang keluarkan crap pun kat telinga aku sure bunyinya sedap.. speaking like a true Baladewa.!

Nad..
Kumpulan Ratu punya album 'Ratu & Friends' mmg tribute album. Diaorang cover lagu Padi, Ada Band, SO7, Jikustik etc. Aku tak tahu diaorang nyanyi lagu apa masa showcase ari tu.. tapi kalau lagu Indon tu possibly dari album diaorang la kot.

hubby ko pun baladewa? Kalau nak beli tunggu next month baru release.. aku dapat dr..ehem..well u know where.

..tapi yg pasti aku akan tetap beli yg original jugak. Aku download sbb dah tak sabar nak dengar...mana tahan dong!

N a d i a said...

ohh ye ke? tapi aku mcm tak suka la tribute nih...usually they turn out to be disasterous!! btw, worth it ke concept & image cam grup ratu tu? seksi maut, tapi muziknye biasa-biasa aja dong...argh..tapi sure ada orang suka gak kan? ;-)

Edd Vedder said...

nadia..
I agree with u.. usually tribute mmg takkan dpt menandingi yg original.. susah la nk cari yg best (cth: Faith No More cover of Commodores 'I'm Easy'..mmg best giler!). Tapi itu salah satu cara musician nak tunjuk appreciation diaorang..

Personally aku tak brapa minat ngan Ratu. Tapi aku suka tengok diaorang provoke crowd masa jd backing vocals konsert Dewa.. Ngancam tul.! hehe...

N a d i a said...
This comment has been removed by a blog administrator.
N a d i a said...

edd,
ko pun cam hubby aku gak. balik tengok show dewa, tak habih2 ckp bini dhani lawa! hisss..tapi nengok le dhani tu mcm mana plak. hensemmm, esp masa dia still rambut panjang...heheheh..;-)

Yatt said...

hehehe... Edd.. gua pun dah dpt album ni... Burn CD pun burn lah! Janji dpt dengo dulu.

Kena dgn titlenya, album ni dah mmg mcm satu negara atau republik yg 'menjajah' minda dan jiwa gua. Gua igtkan Bintang Lima the best album diorang, tapi republik cinta ini mmg beri kesan yg cukup kuat. Transisi muzik yg ketara drpd Dhani & geng!!

Dewa ni memang jiwang, tapi liriknya tak merapu. Simple tapi cukup mengesankan mcm dlm lagu Larut & Perasaan ku tentang perasaanku kepadamu.

Anyway, ini mmg the best album Dewa & Dewa19. Heheh...

N a d i a said...

haaa.. edd,
kan aku dah ckp? si baladewa kat rumah aku ni sure akan bersuara nanti..skang ni aku pun dah terhooked up. ye la. dah hari2 hubby aku dengar. surprisingly, aku suka lagu yg ada touch dangdut tu..hehehehe...but betul la, lagu2 dlm album ni mmg infectious!!