05 December 2005

Jolly Rockin' Good Time..!

Image hosted by Photobucket.com

Pheww.. What a week. Banyak benda yg berlaku minggu ni. There's tons of work in the office. Biasa la nak hujung tahun. Semua benda yang tak settle kena settle before the year ends. It's a race against time. Tapi minggu ni juga la aku terpaksa pindah rumah. I've been living in KL since 1999 and this is the 5th house that I'm staying. Hopefully this is the last time aku pindah umah sebagai org bujang. Letih aaa.. Barang aku dah la banyak. Nak mengangkut tu satu hal. Nak memunggah pulak.. Aduh..! Nasib baik umah baru aku dekat dengan umah lama. Kalau jauh mahu patah pinggang aku.

So untuk menghilangkan tension dan penat aku pun, apa lagi, tengok wayang la! Hehe.. kalau dah kaki wayang tu memang tak bleh cakap apa la. Untuk meneruskan tema muzik dan rock minggu ni aku dan girlfriend aku decide untuk tengok sneak preview of Mamat Khalid's Rock di MBO, Galaxy Ampang. Rock berkisar tentang sekumpulan anak muda yang menganggotai kumpulan Rimba Bara yang ingin menjadi kumpulan rock yang berjaya di tahun 80-an. Pelbagai halangan dan dugaan ditempuhi dan akhirnya mereka berjaya ke peringkat akhir pertandingan. Di sinilah babak menarik dapat disaksikan, keadaan menjadi gamat dengan suasana rock ditambah pula dengan kehadiran Amy Search dan Man Kidal selaku hakim pertandingan Battle Of The Bands. (filemkita.com)


Filem Rock membuatkan aku terkenang kepada zaman kanak-kanak aku. Walaupun masa tu aku masih kecil, tapi impak muzik rock memang kuat dalam hidup aku. Search, Lethanded, Wings, Bumiputra Rockers antara kumpulan yang menguasai industri muzik tanahair pada masa tu. Seperti kata Zack lakonan Hasnul Rahmat dalam filem ini, '...zaman tu semua orang nak jadi rockers.' Aku paling ingat kepada abang aku, yang memang rockers abis at that time. He had the whole look. T-shirt Loudness yang kecik, seluar jeans ketat, kasut Aliph and big puffy mullet hair. Secara tak langsung, dia mempengaruhi pemikiran aku. Dia memberikan aku gambaran how and what a rocker should or should not be. Bagi aku, muzik rock is not just about the music. It's the attitude. It's the fashion. It's the trend. It's the glam. You need to blend all this things in order to become a true rocker. And I'm very glad to say that Mamat Khalid has manage to capture all the things that define that rockin' era.

Filem Rock memang sarat dengan adegan yang membuatkan sesiapa sahaja yang menjalani zaman tersebut, mungkin ketawa kecil kerana teringat akan menjalani perkara yang sama. Aku sangat tertarik dengan all the little details yang Mamat Khalid sempurnakan dalam filem ini. Dari pakaian, gaya rambut, gaya menyanyi, gaya main muzik hinggalah kepada perkara-perkara kecil seperti duit seringgit lama, sarung plastic sbb nak pakai seluar, (..things that people do to look cool those days), sumbat kertas dalam crotch seluar, poster Whitesnake dan Twisted Sister yang ditampal, ulasan tentang URTV dan macam-macam lagi. Mamat Khalid berjaya membawa kita kembali kepada zaman tersebut. Seperkara lagi, aku sangat tertarik dengan gaya komedi yang ditonjolkan oleh Mamat Khalid di dalam filem ini. Bagi aku, Mamat Khalid menggabungkan beberapa elemen dry humour mirip kepada gaya humour filem British dan Jepun serta komedi gross out America ala Farelly Brothers complete with flatulence and vomit jokes. Satu pembaharuan dalam filem komedi tempatan bagi aku. Mamat Khalid comply with the number one rule in comedy : make people laugh without trying to hard. Mungkin satu dua pengarah filem komedi tempatan yang ada sekarang (.. you know who I'm talking about) should learn a thing or two about the rule.

Seperkara yang mencuri perhatian aku ialah cara filem ini divisualkan. Proses dubbing dibuat seperti filem 80an. Oleh kerana itu kita dapat lihat pergerakan bibir dan dialog yang tidak selari. Terdapat juga 2 atau 3 scene yang sengaja dibuat out of focus yang memang menjadi trademark filem 80an. Aku pasti perkara-perkara tersebut disengajakan oleh Mamat Khalid untuk menimbulkan mood filem tahun 80an. Bagi aku, kreativiti Mamat Khalid terserlah dalam perkara-perkara sebegini. Dan yang pastinya ia berjaya. And one more thing that's great about the movie is of course the music. Search's Isi & Kulit and Pelesit Kota never sounded better. Aku suka dengan scene angan-angan Zack yang diiringi dengan lagu Dari Sinar Mata dari Bumiputra Rockers. Scene tersebut difilemkan seperti klip video tahun 80'an yang memang a bit corny dan kelakar (..landasan keretapi, wind effect masa guitar solo, dram 'angin' etc...). The music in those days were fresh as they were now. My feet was definitely tapping to the songs.

Dari segi lakonan aku rasa pelakon-pelakon yang dipilih memang tidak mengecewakan. Hasnul Rahmat berjaya membuatkan penonton percaya bahawa dia adalah seorang rocker kampung yang tipikal. Aku semakin percaya bahawa Hasnul ialah seorang pelakon yang versatile. Begitu juga dengan Que Haidar walaupun aku rasa wajahnya terlalu 'segak' untuk jadi rocker kampung. Aku sangat tertarik dengan lakonan Sofi Jikan dan kumpulan Malaikat Maut yang selamba. Tapi bagi aku lakonan Khir Rahman sebagai Jijo is the one that stands out in this movie. He steals every scene he's in. Yang paling aku suka ialah cara Khir Rahman bertutur gaya rocker dalam filem ni. Memang totally spot-on. He just nails it. Mungkin juga sebab dia memang seorang rocker (..dia pernah jadi vokalis group Iklim dan Brain Connections) atau dia sendiri pernah melalui zaman tersebut. Yang aku pasti, aku percaya sekarang bahawa Khir Rahman adalah seorang pelakon hebat. Tak kurang hebat ialah pemilihan pelakon-pelakon pembantu yang memberi definisi zaman kegemilangan filem 80'an seperti Norlida Ahmad, Julie Dahlan, Hamid Gurkha dan Kamarolzaman Yusoff (Farouk Gagak Hitam!). Filem ini juga menonjolkan karyawan-karyawan seni yang bertanggungjawab membentuk era kegemilangan rock pada zaman tu seperti S. Amin Shahab, Nasir Jani, Man Kidal dan Amy Search (..walaupun aku kecewa sebab Amy tak pakai baju lace ropol-ropol dia masa final Juara Lagu!).

Aku percaya bahawa filem Rock ini merupakan tribute Mamat Khalid kepada generasi yang paling dekat di hati beliau. Sama juga ketika Cameron Crowe mengarahkan 'Almost Famous'nya. Filem ini merupakan satu penghormatan Mamat Khalid kepada satu generasi yang bertanggungjawab membentuk industri muzik rock kita pada masa kini. Tanpa kumpulan-kumpulan seperti Search, Lefthanded dan ramai lagi muzik rock tempatan berkemungkinan tidak akan jadi sepertimana sekarang. Muzik rock pada zaman tersebut telah mencetuskan revolusi terutama sekali di kawasan luar bandar. Oleh sebab itulah subjek cerita rockers kampung ingin berjaya di bandar yang ditonjolkan dalam filem Rock ini boleh dikongsi ramai. Tahniah kepada Mamat Khalid kerana berjaya membuat satu filem yang entertaining. Jarang kita dapat tonton filem komedi tempatan di wayang pada masa ini yang tidak mempersendakan pemikiran penonton. Aku pasti ramai brader-brader dan akak-akak rocker terutama yang seusia abang aku akan pergi tengok filem ini. Untuk mereka yang ingin tahu tentang sejarah muzik rock tempatan or just simply want to have a good time at the movies, ROCK is just for you. So come on everybody, have a good rockin' time..!




P/S : so I guess now somebody should make a movie about MY generation. The 90's Alternative Rock. The Grunge Era. The Seattle Sound.
...Any takers...???


12 comments:

Zack said...

Em, bukan Gus Van Sant dah buat Last Days ke? Edd, masa OUR generation yg selari ngan early 90's rock/ alternative music, sapa yg hot kat Malaysia? Aku lupa terus.

Edd Vedder said...

Zack..
aku maksudkan filem tempatan.. Kalau ada pengarah M'sia yg nak buat filem pasal 90's alt rock, tolong la kasi aku buat music score dia..! hehe.

ko baca post aku sebelum post ni.. aku ada mention band mcm Butterfingers, Spiral Kinetic Circus, Saturnine, etc..

Ko pun tergolong dalam generasi alternative rock jugak ke? Citer aa sket dlm blog ko..

N a d i a said...

oo..ko dah tengok ye? aritu ingat nak tengok previu, tapi keje la plak.cess..anyway, aku tengok promo kat tv, cara dressing awek2 rock dlm pelem ni mcm tak brp kena la. mcm dressing diskang, takpun 80's bubble-gum stuffs cam stail cyndi lauper. takpe, nanti aku tengok pelem ni, bleh perati betui2 balik. :-)

pe pun,idup mamat khalid! idup perak!! cayalah, yop! heheh..

Edd Vedder said...

nad..

awek2 dlm filem ni mmg diskang abis, ala-ala Pat Benatar, Cyndi Lauper, Raja Ema, Rima Rashidi.. Aku tahu cuma ko aja yg tahu awek rockers zaman tu dressing camna.. hehe.

Anonymous said...

filem rock alternatif 90-an? maybe 10 tahun lagi kot? 2015? boleh la feature kan joe kidd or kombat, macam filem Rock ni la mengembalikan Amy, Man Kidal etc.

filem Rock ni pengalaman Mamat Khalid. jadi, mungkin kita kena tunggu mat alternatif pulak la jadi pengarah filem baru muncul filem 'rock 90-an' tu.

best jugak idea tu. zaman converse, zine, central market dll. boleh featurekan isu2 macam skinhead dan punk (aku boleh pinjamkan frontpage Utusan Malaysia yg ada headline Skinhead utk buat props haha..). mungkin boleh buat watak Cobain wannabe ke nanti.

aku belum tengok Rock, tak tahu pula kalau ada feature pasal siaran radio yg popular zaman tu, macam Pilihan Bersama, Pujaan 10. kalau 90s Rock, boleh la featurekan siaran Kamil Othman tu. mesti best.

Anonymous said...

hahah, grunge 90's...semua org wajib nirvana.. masa tu aku kenal metalicca je.

N a d i a said...

khys,
aku pun ada gak simpan headline UM on punk tu dulu, siap aku & hubby 'komik kan' dia dlm comiczine kitorg "under one flag"..:-)

edd, weii..perli aku ke pasal dressing tu hah? cisssss...

Edd Vedder said...

Welkam en kamal..
10 tahun lagi ke? Aku rasa pengarah2 filem kat M'sia skang ni ramai yg sezaman dengan aku. mungkin takde yg layan grunge kot..hehe. Actually aku banyak idea pasal filem rock alternative 90an ni. Watak Cobain wannabe mmg wajib ada. Pastu bleh citer pasal underground gig around KL, sale flannel shirt yg meningkat kat kedai bundle.. mcm2 lagi. Tapi kalau ada director yg teringin nak buat filem ni, tolong la kasi aku buat music score dengan soundtrack dia..!! hehe.

fadz..
Metallica aku kagumi sebab kemantapan permainan muzik mereka serta riff2 heavy metal yg hebat. Tapi hati aku lebih kepada grunge. Apa2 pun Metallica mmg otai.

nad..
perli? mana ada.. cuma aku tahu ko shj yg dpt membezakan antara dressing diskang, gonjeng atau rock sbb ko mmg awek rocker zaman tu.. sampai la sekarang. :)

N a d i a said...

edd,
pandai la hang...:-) tapi mmg betui pun, aku nengok dressing depa dah mcm rima rashidi, raja ema & the geng..;-) esp tang subang hat besaq cam donut. heh.

Yatt said...

Dari segi kelakar dan nostalgia, pelem Rock tu memang syok. Bagi aku, generation yg terbabit secara langsung dlm scene rock 80's akan lebih appreciate cite ni. Maybe diorang berumur antara 28 hingga 40+ camtu sekarang.

Tapi kalau ikutkan Mamat Khalid buat tak berapa detail lagi. Byk gak yg tak complete. Selection lagu pun tak variety... byk pada Search, Lefthanded & Sweet Charity. Byk lagi lagu, Bloodshed, SYJ, Ella & The Boys, MAY etc. Sebenonya gua pun tak sure background cite tu exactly taun berapa. Ikut Mamat dia kata masa zaman rock baru kuar, so, mungkin dlm 85 to 88. Tapi ada lagu Dari Sinar Mata- BPR? Lagu tu kuar dlm album Kelab Jiwa Luka taun 1990. Tapi, apapun itu satu good effort drpd Mamat utk buat kelainan dlm industri pelem melayu dan yg penting, kasik nostalgia pada rockers2 mcm gua ni! Heheh

Pelem pasal scene rock alternative / grunge kat msia? Hmmm... aku tak nampak sapa yg sesuai lagi kat msia ni. Lagipun aku rasa kalau skrg ni awal lagi kot. Tak berapa nostalgia...

Tp menarik gak idea tu. Kena la tunjukkan scene u/g masa early 90's dulu. Tapi masa tu more to metal kan? Punisher, Silkhannaz, Nemesis, Langsuyr, Brain Dead, Maggots, Suffercation, Cromok etc. Aku rasa scene rock alternative / grunge (dan mungkin punk) u/g msia ni meletup bila Carburator Dung kuar. AZku rasa start dlm 1993-1994 kot? Pastu byk la lagi.. ape yek? Butterfingers, OAG, X'Troverts, ART, Flop Poppy, Spiral Kinetik Circus, Subculture, Nothing, Disaster Funhous, Pilgrims dan tah hapa kebenda lagi!!

Pepehal pun bebudak kat sini gila grunge sbb Nirvana la! Byk beno Kurt Cobain wannabe, termasuk la si Emmett Butterfingers! Ekekekeke! Betul tak Edd?

Edd Vedder said...

yatt..
aku mmg setuju ngan apa yg ko ckp tu.. seperti yg aku ckp dlm blog org umah ko, hanya true rockers mcm korang aja yg boleh nampak flaws citer nie.. But nevertheless, the movie was entertaining and a breath of fresh air.

tapi kalau movie pasal grunge scene kat mesia, ha! itu mmg aku pay more attention to details. Sbb, itu cerita muzik generasi aku. Dah ada 2-3 org pengarah dalam kepala aku yg aku rasa boleh direct citer mcm ni. tapi itu pun kalau diaorang betul2 minat grunge la..

Emmett kurt cobain wannabe? Masa diaorang start dulu pun mmg diaorang main lagu cover Nirvana. The first album was raw like Nirvana's Bleach. Tapi as time progress, aku rasa Butterfingers dah mula jumpa sound diaorang sendiri. That's what makes them last until today.

Yatt said...

Hmmm... mmg betul. Butterfingers skang mmg dah lain esp lepas elbem Transcendence. Pastu yg latest malay album ni lg lain kan? Entah le, aku tak dengo lagi! Heheh...

Movie pasal grunge tu mmg menarik. Cuma aku rasa kalau buat skrg dia still awal lagi. Tak berapa nostalgia mcm rock zaman 80's. Bukan apa, sbb music grunge rasa aku still hype lagi. Pastu ramai lagi yg dressing cam grunge... faded & torn jeans, flannel t-shirt, converse etc... aku pun minat gak dressing camni. heheh.

Tu je la. Tp idea ni still menarik kan? Tp kalau kat Msia ni grunge byk port kat mane yek? Penang ke? Aku ada terbaca dlm Blasting Concept dulu Joe Kidd tulis Penang punya scene tu kira mcm Seattle Malaysia la. Betui ke?