27 September 2005

... demam? layan movie aaa..

Sibuk betul aku sekarang ni sampai tak sempat nak update blog. Dekat ofis memang susah nak cari masa nak menulis. Biasanya aku menulis di rumah tapi sejak dah start belajar ni, balik umah pun kul 11/12 malam, assignment lagi.. memang takda masa aku. Kerja sambil belajar ni memang perlukan pengorbanan. Sampai satu tahap kau akan rasa bosan gila disebabkan terlalu banyak benda yang kau kena pikir. Kau rasa macam nak berenti aja belajar. Nak give up. Dah fed up. Tapi itu semua tu dugaan bagi aku.. Sabar Edd. Lagi 2 semester lagi.. Sabar.!

Hari Jumaat ari tu aku balik dari ofis pukul 1 pagi (..don't ask why). Biasa kalau aku balik lewat aku datang kerja naik keta tapi hari tu aku naik moto sebab benci nak mengadap jem kat jalan Loke Yew yang tah bila nak siap. Balik naik moto pagi-pagi memang sejuk. Pastu plak ada hujan renyai-renyai. Memang resepi bagus untuk menguji sistem ketahanan badan aku. Untuk pengetahuan semua, aku ni memang alah dengan hujan. Kalau kena hujan paling kurang pun aku mesti flu. Sampai umah hari tu aku rasa badan aku semacam. Aaah..! Dah sah aku demam ni. So hujung minggu ari tu, berbungkus la aku. Siap pakai stokin macam orang baru lepas beranak. Semalam hari Isnin aku MC. Pagi tadi sampai ofis bos aku terus tanya, '..ko kena hujan ke?'. Kat ofis ni semua orang dah tahu masalah antibodi dalam badan aku ni. Sampai dah jadik bahan diaorang.. Bos aku pun mula la start ceramah Amway dia kat aku, '..ko ni kena makan vitamin aku ni. Bila harijadi ko? Aku nak hadiahkan ko set vitamin Amway aku.. Makan la vitamin. Asyik demam aja ko ni.. ' hehehehe. The usual.

So apa aku buat dok umah 3 hari straight? Tengok movie aaa apa lagi..Tengok bola buat sakit hati (..MU kalah dowh! Don't even get me started). Kebosanan duduk umah aku pun layan la movie2 yang aku blum sempat tengok lagi. Semalam actually time petang tu aku rasa badan aku dah ok sket. Dah mula rasa berpeluh. Berkat Air Badak cap Kaki Tiga agaknya. Hehehe. Aku pun pikir kalau aku dok layan demam ni memang jadik lemah badan aku. So apa lagik... tengok wayang la..! Hehehe.. kalau dah gila movies tu, time demam pun sanggup. So aku ajak my significant other gi layan citer Flightplan kat GSC Cheras Leisure Mall.





Flightplan menceritakan tentang Kyle Pratt (Jodie Foster) yang kehilangan anaknya Julia Pratt dalam kapal terbang terbesar di dunia (..memang besar gila) yang dalam perjalanan dari Berlin ke New York. The problem is, tak ada seoarang pun dari 400 orang penumpang termasuk cabin crew yang nampak anak dia naik kapal terbang tu. There's no departure record, no boarding pass, no nothing. Kyle yang kebetulan baru kematian suaminya ni pun terpikir kemungkinan jugak dia ni dah hilang akal. Tapi dia juga yakin yang anak dia ada bersama dia masa dia naik kapal terbang tu. So where the hell is she?? How can a little girl dissapear from an airplane at 37,000 feet?

Flightplan is a good old fashioned thriller. Tarikan utama untuk aku menonton filem ini selain daripada a very promising stroyline is of course Jodie Foster. Her last big film was three years ago (Panic Room which oddly has some similarities to Flightplan) so setiap kali dia berlakon filem baru dah jadi macam event yang orang tunggu-tunggu. Dan lakonan Jodie Foster memang tidak menghampakan. Dia adalah anchor filem ni. Lakonan dia yang mantap membuatkan watak yang dibawanya believable. Terbukti kehebatannya sebagai seorang pelakon. The supporting casts which include among other Sean Bean and Peter Sarsgaard (..two of the most underrated actor along with Jeff Bridges and David Strathairn) also gives fine performances. Cuma aku tak puas hati Erika Christensen (..remember her in Traffic?) cuma appear dalam beberapa scene aja dalam filem ni. Tapi aku rasa there's a reason the director cast a well-known face for her role. But despite fine performances all around, Flightplan bagi aku macam tak cukup 'ummph'.

It started off well. Perjalanan ceritanya pada mula mengingatkan aku kepada stail filem Hitchcock, a psychological thriller with a surreal edge. The story was build at a very nice pace just like any good thriller movie should. Tapi sayangnya 45 minit terakhir filem ni, aku rasa macam tengok filem action-dalam-kapalterbang typical macam Wesley Snipes dalam Passenger 57. It was fun to watch but somehow I was let down by the whole cat and mouse chasing scene because I feel this movie should deliver more than just that. When you have an 'action' movie at least the ending should have been spectacular. Tapi sayangnya, ending dia pun tidak mendatangkan apa-apa respons daripada aku dan penonton malam tu. I was questioning myself '..that's it?'. And I remember I kept telling my girlfriend ' ..lum abih lagi ni..' and hoping there was a suprising twist at the end of the movie. As a result, aku keluar panggung dengan rasa tak puas. Kenapa huh..? Acting bagus, story menarik and Flightplan does have it's thrilling moments. Kemungkinan juga selepas tengok cerita 'Red Eye' bebaru ni, filem atas kapal terbang ni jadi redundant bagi aku. Ataupun sebab Jodie Foster, despite her great intense performance, dah jadi stereotaip dengan watak yang lebih kurang sama macam dalam Panic Room membuatkan aku rasa bosan? Atau mungkin juga aku mengharap lebih dari yang sepatutnya..?

but then again, that's just me.. :)




4 comments:

Zack said...

Patut la sonyap yo, domam ropanya kome...Sama la aku, antibodi low gila. masuk2 kerja sini jek kena pneumonia, masuk wad seminggu...

pergh, demam2 pun boleh tgk wayang, beb. cayalah. nasib baik kau tak kantoi ngan sesapa. eh, air badak cap kaki tiga dah ada packaging baru aku nampak hari tu. kelassss, kau.

btw, kau buat part time ambik course apa?

Edd Vedder said...

zack.. air badak cap kaki tiga dah maju. Sebab tu mampu buat packaging baru. Mahu taknya.. aku sorang aja dekat sedozen botol aku langgah. hehehe.

Aku ambik degree. Biasalah aku punya line, IT. Aku amik executive program kat UKM KL. Dah kerja gomen ni kena la ada degree. Baru leh naik pangkat. Hehe.

N a d i a said...

edd,
so cite flightplan tu..anak dia ada ke tak dlm flight tu? aku nak tau tu je. maleh nak tengok wayang. heheh...

Edd Vedder said...

spoiler alert for nadia ---> anak dia ada. kena sembunyi ngan 'bunian' ataih kapal terbang tu..

:)