..letih aaaa.

Damn tired. It’s already 1.00 am and aku baru aja balik dari ofis. Overtime. Walaupun aku kerja gomen, (badan berkanun actually..) tapi aku mmg selalu stay ofis buat overtime. Cari duit lebih sket.. tapi kadang2 tu tak larat jugak nak kerja, especially kalau dah selalu sangat OT. Aku pernah satu, dua minggu tak balik umah sebab OT. Mmg aa bleh lebih dari gaji claim OT aku tapi badan letih siot.. It’s the only way utk aku cari duit lebih, so it’s ok i guess.

Balik tadi aku singgah kedai beli nasi. Aku interested tengok a group of pakcik yang semua berserban, berkopiah, berketayap tgh layan cerita ’Matrix Reloaded’. Tak tahu kenapa dah dekat kul 1 pagi tapi pakcik2 ni tak balik umah lagi. Maybe kat umah diaorang takde Astro kot. Tapi interesting tgk diaorang dengan penuh perasaan layan cerita Matrix Reloaded. Ternganga mulut diaorang tengok scene Trinity ngan Keymaker tengah naik moto. Pastu bila 2 trak besar tu berlanggar ada sorang pakcik tu siap tepuk tangan lagi..! Aku pun terpikir.. kalau movie tu mmg bagus and interesting, mmg semua orang boleh appreciate. Terpikir jugak aku bila movie Malaysia nak sampai tahap mat saleh plak tepuk tangan sambil ternganga tengok. I hope one day that will become a reality..

But then again, that’s just me. :)