Geram pulak aku tengok Melodi kat Tv3 tadi. Tak kisahlah kalau orang nak marah aku tapi aku nak tulis jugak ketidakpuasan hati aku. After all this is MY blog. Aku tak tahu kenapa but everytime I see Mansor Puteh giving a comment aku rasa mcm nak marah. Kat Melodi tadi ada cerita pasal Festival Filem Asia Pasifik and isu pasal penarikan Yasmin Ahmad’s ‘Sepet’ from that festival. Ada la beberapa orang yang cerdik pandai, ‘cendiakawan’ kita buat satu forum perbincangan yang bertajuk ‘Layakkah Sepet?’. First of all aku rasa tajuk forum tu pun dah a bit ‘less teach’ (..translate in malay please). What irritates me is that bila one of the panel tu (tah apa nama dia tapi professor la..) ditanya kenapa buat forum untuk membantai filem Yasmin Ahmad dia mati-mati nak deny yang forum tu diwujudkan mmg for that sole purpose. Aduh! Tajuk forum tu pun dah mmg a dead giveaway. At least kalau nak buat forum bantai filem orang pun mengaku la. And then Mansor Puteh came on and talk about betapa tak layaknya filem Sepet ni menang anugerah FFM hari tu. Aku pun terpikir sendiri layak ke Mansor Puteh untuk bagi komen pasal filem orang. Aku teringin sangat nak tengok filem si Mansor Puteh ni. Hebat sangat ke filem dia tu? Kalau aku ni jutawan mmg aku kasi sejuta dua kat dia suruh dia mengarah. Pas tu aku nak panggil orang yang memang layak mengkritik untuk kritik filem dia tengok apa reaksi dia plak. Aku tengok semua filem yang keluar kat Malaysia ni semuanya tak bagus di mata Mansor Puteh. Semuanya kena bantai dengan dia. Come on la… Prove yourself to us sebelum nak mengkritik filem orang sesuka hati.
But even worse is minggu sudah punya Melodi bila Raja Azmi bagi statement yang actually is saying that Sepet tak layak menang Filem Terbaik FFM. Aku tergelak besar bila aku tengok interview tu. First of all, who is Raja Azmi..?? Anda semua ingat ke dengan filem Black Widow dengan Cinta 200 Ela..? Layakkah dia untuk even datang ke Festival Filem Malaysia tu..?? Aku rasa Raja Azmi ni mungkin ingat setelah dia buat 2 filem so dia boleh dikatakan ‘pakar’ dalam menilai filem di Malaysia nie. Her exact word was ‘kalau kita asyik keluarkan sampah, macam mana industri filem kita nak maju..?’. Could she be talking about her own movie…?? All that I can say is she’s a joke. Her opinion doesn’t matter at all. No one should give a rat ass to what she have to say..
Aku ni bukannya kroni Yasmin Ahmad. Aku tengok Sepet. Aku rasa Sepet tak perfect. Tak flawless. Can be improved. Tapi bagi aku kualiti filem tu tinggi. Aku rasa senang kalau nak buat filem macam ’Tangkai Jering’ ke, ’Jutawan Fakir’ ke.. takyah bagi skrip pun. Suruh aja Saiful Apek improv kat depan kamera tu orang sure akan gelak terbahak-bahak. Tapi aku salute dengan keberanian Yasmin Ahmad untuk buat satu filem yang mmg datang dari hati dia. A movie that she believes in. Satu filem yang lari daripada ’landasan’ filem Malaysia yang dah lama kena sogok filem lawak bodoh dan filem cinta yang kaku. Tapi biasalah, setiap pembaharuan itu mesti ada orang yang menentang. Aku juga rasa yang Yasmin Ahmad dah buat keputusan yg sangat bijak untuk menarik diri dari Festival Filem Asia Pasifik. Bayangkanlah, dia menang FFM orang hentam dia cukup-cukup. And then the same people yang hentam dia nak hantar filem dia bertanding ke luar negara. Lepas tu bila dia tarik diri ramai pulak yang marah. Kata dia tak hormat la, takut la.. It’s HER movie for god sake..! Suka hati dia la dia nak buat apa pun.. I admire Yasmin’s bravery. And I admire the way she handle these situations. Sometimes silence is the best weapon. Can’t wait for her next masterpiece.
Layakkah aku untuk memberi komen seperti di atas..??
But then again, that’s just me. :)
1 comment:
Hi Edd,
Read your comments. I couldnt agree more.
Have a nice day.
Post a Comment