FILM : Transformers - More Than Meets The Eye.. And That's It.


Waktu sekarang - Pukul 1:54 pagi.. di pejabat. Yup, aku sedang bekerja. Sementara aku menunggu data diimport masuk ke dalam...err.. I'll save you the boring story, ok. The point is aku nak selitkan entry tentang Transformers yang baru aku tonton.

Tempatnya... IMAX Theatre di Berjaya Times Square pukul 9.00 malam tadi. The hall was packed. Penangan Transformers nampaknya belum lagi habis. People are willing to forked out a few extra ringgit to watch TF. Dan sememangnya berbaloi jika menonton filem aksi yang non-stop seperti TF di IMAX. Kesan bunyinya begitu hebat. You could literally hear bullets zipping from left to right. And the screen? Damn.. Aku tak pernah tengok kepala Optimus Prime begitu besar seumur hidup aku. Mungkin juga sebab seat aku agak terhadapan (..tapi bolehlah).

So, how's the movie? Best ke tak? First things first.. Ini filem Michael Bay. Maksudnya, tinggalkan logika di pintu masuk wayang kerana filem Michael Bay memang tak masuk akal. Orang akan cakap "...ini cerita robot perang, memang la tak masuk akal!". Tapi maksud aku, Michael Bay mempunyai sedikit perangai untuk go over the top dengan aksi dalam filemnya sebab, that's what he is. An over the top action director.

Tapi aku memang kagum dengan CGI filem ini. Ia membuatkan aku teringat pertama kali aku tengok Jurassic Park di wayang. Aku terpikir, "Macam mana Spielberg dan teamnya boleh buat dinosaur tu nampak hidup? Dasyhat!". Aku ada sedikit perasaan seperti itu, bila lihat robot-robot dari angkasa dalam TF bertarung dan transform. Mmg nampak hebat di layar besar IMAX. Tapi aku kurang pasti 10 tahun lagi aku akan terus merasa kagum.. seperti melihat Jurassic Park di Astro minggu lepas, aku baru sedar yang dinosaur di dalam filem itu nampak sedikit kaku dan palsu pada sesetengah babak. Mungkin betul kata Vovin, kesan khas TF nampak hebat mungkin kerana tiada lagi filem blockbuster robot gergasi sebelum ini, seperti juga Jurassic Park dan dinosaurnya dulu.

Aku rasa semua penggemar TF seperti aku dah tahu yang robot-robot kesayangan kita dah berubah bentuk. Yang paling ketara sekali ialah Bumblebee yang dah bertukar menjadi kereta America. Ya, ya.. aku tahu produser filem ni ada sedikit masalah dengan syarikat Volkswagen tapi.. bila kau ubah sesuatu yang penting, benda tu akan ganggu penghayatan kau menonton filem ini. Ok, mungkin perubahan ni disesuaikan dengan zaman sekarang. Takkan la nak buat filem baru tapi robot-robot bentuk tahun 80an? Aku boleh terima alasan itu walaupun susah pada mulanya.

Tapi ada satu benda yang kurang. Filem TF ni terlalu sarat dengan aksi hinggakan mereka terlupa tentang karekter dan jiwa robot-robot filem ni. Ya... jiwa! Sebagai penggemar siri kartun TF, aku dah kenal dengan karekter Autobots dan Decepticons. Bagi aku kehebatan kartun Transformers bukan hanya pada aksinya, tapi juga terletak pada keunikan watak robot-robotnya. Ok, sebagai contoh; aku sudah biasa dengan Ironhide yang bercakap seperti seorang koboi gila. Tapi dalam filem ni, loghatnya sudah bertukar menjadi seperti... err, robot gila! Begitu juga dengan Jazz yang bertukar slang dari seorang rocker kepada rapper. Dan mana catfight Starscream dan Megatron yang selalu ada dalam siri kartun? Macam aku cakap tadi.. perubahan ini mungkin disesuaikan dengan zaman. Tapi aku nak tengok karekter robot-robot ini macam aku tengok di dalam kartun. Bukannya aksi semata-mata. Nostalgic? Mungkin..

Satu lagi rungutan.. klimaks filem ni membuatkan kau sedikit pening kerana trademark Michael Bay, suntingannya terlalu pantas dan kameranya bergerak dengan aksi. Walaupun nampak hebat dan gah tetapi susah untuk penonton meneka siapa lawan siapa. Dan terlalu banyak shot trademark Michael Bay iaitu kamera yang pan pada satu karekter dan berpusing 360 darjah. Sekali cukup la Michael. Pening dude! Mungkin juga, sekali lagi, kerana kedudukan seat aku yang terhadapan membuatkan aku pening.

Lakonan Shia LaBeouf aku suka. Dia ada comic timing yang sangat bagus. Dia juga ada tabiat suka twitching dialognya macam Vince Vaughn. Secara tak langsung, walaupun sebagai hero (antihero?) dalam filem ini, dia juga adalah comic relief. Megan Fox walaupun mmg foxy tapi memang diwujudkan semata-mata sebagai eye-candy dalam filem ini. Ingat Liv Tyler dalam Armageddon? Dan aku rasa tak perlu ada watak Anthony Anderson sebagai hacker hebat tu. Dan terlalu banyak comic actors membuatkan filem ni kadang-kadang nampak seperti filem komedi.

Oh ya.. Kenapa John Turturro setuju untuk berlakon filem ni? The worst role of his life. Dan kenapa lagu tema Transformers tidak diselitkan langsung dalam filem ni? Lagu tema tu legendary.. better dari lagu LP tu. *lari sebelum Sha dan Zack datang*

Kesimpulannya - harus tonton untuk aksi sinema yang belum pernah kau tonton sebelum ini. Ini filem aksi Michael Bay la kawan! Tonton hanya untuk aksi, bukan cerita. It's mindless pure movie fun. Tapi kalau kau sedikit nostalgik seperti aku, mungkin sedikit kecewa.



26 comments:

  1. kamarul said...
     

    yup, kite memang tak kool. :p

  2. zan said...
     

    Aku belum dapat tengok cerita ni lagi.
    Maybe malam ni boleh kot..Tapi betul kater ko edd..Sekurang-kurangnya lagu tema transformer tu dorang buat la balik, jadikan lagu latar. Ni lagu LP..Ish..(jgn marah zack, sha..)

    Transformers,
    More than meets the eye!
    Autobots wage their battle to destroy the evil forces of the Decepticons.
    Transformers,
    Robots in diguise.
    Tranformers,
    More than meets the eye.


    Tranformers!!

  3. zan said...
     

    Beb..tertinggal satu..
    Apsal susah sangat nak tinggal mesej dekat kotak mesej ko tu?
    Dah berapa kali try antar tak kuar2 gak..isk3x..
    Aku nk mintak ko wat tutorial sket pasal cara2 nk guna greasemonkey ni.
    Dah install tapi still ada time barrier bila download dekat rapidshare. Camne ek?

  4. Edd Vedder said...
     

    kamarul..
    mmg dah agak dah. :)

    zan..
    susah nak tinggal mesej? Itu blogger punya hal la tu. Kadang2 dia buat perangai sket. Tutorial greasemonkey? Hmm.. nanti kalau free aku buat satu entri OK.

  5. sHa shinizzle said...
     

    Lagu tema tu legendary.. better dari lagu LP tu

    aper dier? *click shotgun*
    you better runnnnn, Edd

    anyway, LP song aside - aku pun kuchiwa gaks theme song tue tak kluar even time credits rolling. sedih betul.

  6. Lizzam said...
     

    aku sokong beb. tapi bila aku komen, org kata aku purist. aku tak kisah suma watak tak sama mcm dulu, tapi Bay tak kembangkan karekter derang langsung. kena baca komik prequel baru tau. terus terang aku cakap, aku kecewa gila dgn citer ni.

    ni review aku...

  7. Edd Vedder said...
     

    sha..
    u know what's even better.. LP doing a cover of the Transformers theme song! Yes? No?

    lizzam..
    purist? Maybe jugak kalau difikirkan balik. Tapi mungkin jugak sbb kita tak cool. :)

  8. ...$weE+ 666... said...
     

    blom sempat tengok, tak sure dpt tengok ke tak... ;p

    thanks edd for the wish and the great idea... zz tak reti la nak try kat e-bay tu, bleh tunjuk ajar? saya budak baru belajar... thanks!

    btw, ada lagu HIM terselit kat soundtrack transformer ek... best!

  9. sHa shinizzle said...
     

    LP doing a cover of the Transformers theme song!

    Chester ader nyanyi theme song dlm agak2 dua baris maser premiere TF kat LA aritue. hehehe

  10. Zack said...
     

    Heh, nasib kau baik sebab aku datang lambat *simpan balik AK-47 dalam beg*.

    Shia LaBeouf tu cute kan, Edd?

  11. Edd Vedder said...
     

    Shia LaBeouf tu cute kan, Edd?

    - perlu ke aku jawab soalan yang secara tak langsung boleh membuatkan sesiapa sahaja yang membaca komen ini memikirkan tentang sexual orientation aku?

    zz..
    senang banget deh mahu niaga di e-bay. As long as ada credit card, atau akaun bank, x jadi masalah. Kalau ada apa yg tak faham, u can ask me.. be glad to help.

  12. Yatt said...
     

    Tak kisah la korang nak kata apa, tp aku suka gila citer ni.

    Mcm ko jugak Edd, part paling potong dlm citer ni lagu LP tu! Sial!! (nnt ada org marah lak! Sorry)

    Scene paling aku suka ialah masa Megan Fox nak tolong Sam repair kete Chevrolet Camara tu (Bumblebee). Haha!!

  13. Edd Vedder said...
     

    Inche Yatt..
    aku rasa baik ko lari sebelum LP punya fangurls dtg dgn shotgun masing2..hehe.

    Amboi.. robot perang berdentam-dentum dlm citer ni, CGI punyala hebat.. scene repair keta tu jugak ko ingat ek.? hahaha..

  14. Nazim Masnawi said...
     

    Kinda weird to see all the robots are as rusty as hell when they transform into robots but as shiny as motherfucker when they change into vehicles.

  15. Edd Vedder said...
     

    nazim ma' man..! aku mmg tunggu2 nak baca komen kau yg annoying. Tell us more. I know you're fan like me.. so let's get some purist thought round here. So apa pendapat kau?

  16. Nazim Masnawi said...
     

    Aku taklah purist sangat, dan aku tak kisah kalau satu-satu filmmaker tu adapt material yang aku minat dengan 100% perubahan. Asalkan ia menjadi, then it's already more than enough for me.

    As for Transformers, it is an okay movie. As a summer blockbuster, it works, but the script* left much to be desired. They should have taken Mikaela (Megan Fox) out of the picture totally, dan just concentrate on Sam/Bumblebee homoerotic relationship. Kinda like Iron Giant, but more complex sbb Sam dah pun cecah usia remaja and have his own car. The movie should be less interested in puberty as a time to get horny and more interested in it as a time when young people take stands and become their own people.

    Some says Spielberg-Bay combo is a winning one, but I don't think so. Spielberg is a sentimentalist, dan sifat tu LANGSUNG tak sesuai sebenarnya dengan Bay who is an aggressor. Tgk jelah betapa bahlulnya karakteristik Bumblebee - perlu ke buat dia jadi bisu the whole movie dan nampak macam retarded kalau nak banding dengan robot-robot lain yang agresif nak mampus (even Prime)?

    The director's job should have gotten to someone who can bring both style and substance into balance - kinda like Zemeckis or Proyas.


    *The script writers, Alex Kurtzman and Robert Orci are currently working on the script for Star Trek XI. Fuck!

  17. Yatt said...
     

    Hahaha! Spielberg, Bay & sume prod team pecah kepala tak tidur malam bikin filim ni, kita senang2 je complaint. Hahahaha!!

    Aku tak kisah & aku appreciate gila diorang produce cerita ni sbb aku memang ternanti2 bila la ada org nak transform 'Transformers' ke layar perak.

    Cite ni mmg best, lantak le Bumblebee tak jadi VW ke, bisu ke, guna lagu LP utk OST ka hapa ka!

    Salute to inche Spielberg & inche Bay!

  18. sHa shinizzle said...
     

    Inche Yatt..
    aku rasa baik ko lari sebelum LP punya fangurls dtg dgn shotgun masing2..hehe.


    ehem, perlukah aku bawak C4 skalik? hehehe

  19. Edd Vedder said...
     

    well said nazim.. if only they put a little more attention on the characteristic of the robots, I think it could be really good. Sbg cth, Spiderman 2 yang mmg bijak mengimbangi antara character development dan all-out super CGI action.

    Balance. Itu aja yg kita mahu.

  20. Edd Vedder said...
     

    Yatt..
    aku tak kondem filem TF. Mmg filem TF ni dasyhat. Tapi mungkin aku tonton TF dgn perasaan nostalgia dan memori yang tebal ttg kartun TF dulu kot. Tapi kalau ada peluang tonton sekali lagi, aku sure takkan lepaskan.

    ..dh confirm ada TF2 dan TF3. Harap2 Spielberg-Bay ambik kisah dgn komen2 dari fans.

  21. Zack said...
     

    Eh, eh, Nazim Masnawi!

  22. Yatt said...
     

    Edd... betul la tu. Wa setuju ngan lu.

    Huih! Ada sekuel ke?

  23. fadz said...
     

    nizam nizam..!!!! yu huuu!! sori edd, susah nak ketemu nizam tu..

  24. Yours Truly ... XOXO said...
     

    cant agree more... ;P

  25. Nadia said...
     

    terlambat gile nak komen..haha...anyway, aku pun rasa OST pelem ni kurang hard. pe pun, si deena dah leh link LP with the movie and vice versa...

    p/s: beb, ko leh tak carikan supernatural first season?

  26. sHa shinizzle said...
     

    I have Supernatural 1st ngan 2nd season! *wave hand in the air*

Post a Comment