FILM : Spiderman dalam Bahasa Melayu

Aku sibuk. Tak berkesempatan untuk menulis panjang. Sibuk bukan hanya di pejabat. Tapi juga sibuk di dalam 'kepala'. Sedang merancang satu 'peristiwa'. Apa? Biarkan dahulu..

Anyway, disebabkan minat bercerita tentang filem.. ada sedikit cebisan di bawah :-



Spiderman 3

Aku tonton pada Hari Buruh minggu lepas with my significant other. 13 show, semuanya full-house. Mmg hebat penangan Spiderman. Nasib baik aku beli tiket sehari awal. Dapat duduk di barisan yang agak belakang. Tapi nasib tak baik bila tiba di panggung, barisan belakang aku ada 2 orang kanak-kanak perempuan yang tak berhenti bercakap, menjerit, menendang kerusi dll. sepanjang Spiderman ditayangkan. Masih terngiang-ngiang suaranya.. "..Daddy, Spidey buat apa tu?".. "Daddy, kenapa dia buat macam tu?".. And on and on and on....

Jadi apa pandangan aku tentang Spiderman 3? Ada benda yang aku suka dan ada benda yang aku memang tak suka. Aku ringkaskan..

Aku suka :

- Effects Sandman. Mmg nampak real dan cantik.

- Aksi pertarungan. Nampak lebih detail especially pertarungan dengan New Goblin.

- Gwen Stacy. Walaupun aku rasa dia akan lebih banyak scene dalam Spidey 4.

- Semua scene MJ dan Peter Parker. Nampak seperti sepasang kekasih yang betul, complete dengan awkward silence dan subtle shifts-nya.

- Venom. Walaupun sekejap tapi aku rasa kemunculannya berkesan. Cukup, tidak perlu ditonjolkan terlalu banyak.

- Bruce Campbell. Cameonya aku tunggu-tunggu. Kali ni lebih berkesan dan kelakar.


Aku tak suka :

- aku rasa penceritaan Spiderman 3 sedikit rushing. Walaupun 2 jam lebih, tapi mungkin disebabkan terlalu banyak watak, plot dan subplot.. (atau mungkin sebab 2 orang budak di belakang aku membuatkan aku rasa begitu).

- aku faham cara Sam Raimi. Beliau mmg agak sinikal, and maybe a little bit silly. Tapi perlukah scene Peter Parker menari di dalam kelab seperti Jerry Lewis dalam 'Nutty Professor' dan scene berjalan poyo seperti 'Saturday Night Fever'? Funny maybe, tapi aku mengharapkan Evil Peter menjadi lebih seperti 'Darkman'.

- symbiote yang secara tiba2 jatuh dari langit tanpa sebarang explanation. Tak tahu kenapa, bila aku tengok symbiote tu, aku teringat gula2 licorice. Tapi licorice yang berwarna hitam.

- lakonan Topher Grace. Aku tahu mamat ni boleh berlakon (baca: Traffic), tapi kenapa dia berlakon seperti dalam 'That 70's Show'?

- setelah disajikan dengan cerita Spiderman 2 yang kuat; seimbang dari segi cerita dan aksi special effects, aku rasa Spiderman 3 lebih ke arah sebagai satu.. erm, produk.


Itu pendapat aku. Akhir kata, aku rasa filem ni mmg sebuah visual yang hebat. Tapi kurang 'isi' jika dibandingkan dengan Spiderman 2. Tapi jika difikirkan, kenapa filem yang ke -3 dalam sesuatu francais selalunya tidak begitu berkesan? Superman 3? Batman 3? X-Men 3? Rambo 3? Ops Belantara 3? *Ok yang terakhir tu.. aku tipu*

Tapi walau apa pun.. filem ini pasti akan mengutip berjuta-juta ringgit. Dan aku rasa mungkin, kalau tidak ada 2 orang budak perempuan yang bising di belakang kerusi aku di panggung hari tu, pengalaman aku menonton Spiderman 3 boleh menjadi lebih sempurna...

1 comments:

  1. Lizzam said...
     

    Aku sokong, S3 tampak lebih hebat, tapi agak kosong...as if the improvement was a bit too visual.

    tak pun Sam tertekan nak buat S3 yang lebih hebat dari S2, tapi dia tak cukup masa. Semua bahan dah ada...tapi dimasak terlalu cepat. Dari luar nampak sedap, bau pun best, tapi bila makan, agak mentah.

    analogi ni buat aku lapa pulak.

    Ni Review aku. Aku tgk lewat sehari dari ko, tapi aku dapat seat blakang skali, pasal book 3 hari awal...muahaha
    Spiderman 3: The Jumbled Web

Post a Comment