16 September 2005

Romero's Back...

Semalam aku kebosanan, so aku ajak my partner in cryme gi tengok wayang. After all itu aja yg mmg selalu kitaorang buat when we go out. Dah minat kan.. The place, as usual was MBO Cinema in Ampang Galaxy. For those of u who never heard of MBO cinema, read the CinemaOnline forum review here. Click at the forum section and once you're there, Just type in MBO in the search box on the right side of your screen. Bagi aku, MBO Cinema is great because it's only 5 minutes from my house, the parking is free and is located in front of the cinema, not too much crowd and most importantly the sound and the picture quality was good enough for me. Maybe you should try and go there for a new cinematic experience and tell me your verdict. At least ada sikit saingan sihat untuk TGV and GSC.



We chose to watch Land of The Dead (LoTD) directed by George A. Romero. Romero is basically the inventor of this zombie horror genre. He's the master pioneer of zombie movies. Filem ni sebenarnya ditunggu-tunggu oleh Romero's fanatic selama lebih kurang 20 tahun semenjak filem terakhirnya dalam Dead Trilogy pada tahun 1985, Day of the Dead. Romero start buat citer zombie dalam Dead Trilogy ni dengan filem Night of The Living Dead (1968) yang memang klasik gila, dan dua lagi filem iaitu Dawn of The Dead (1978) dan Day of The Dead (1985). Basically, the premise of the story is that the dead have come back to life and start to eat living people. Zombies (atau dalam filem LoTD ni.. dipanggil stenchers) ni biasanya bergerak perlahan dan sesiapa yang kena gigit akan turut bertukar menjadi zombies dalam masa lebih kurang sejam selepas digigit.

Dalam LoTD, zombies ni dah memenuhi muka bumi kita. Manusia yang kaya raya tinggal di suatu tempat yang dipanggil Fiddler's Green yang merupakan sebuah bangunan hebat serba lengkap dan mereka dijanjikan kehidupan sempurna bebas daripada ancaman hantu zombies. Mereka yang tak mampu tinggal di Fiddler's Green pulak hidup seperti pelarian di sisi bandar tapi masih dalam kawalan ketat tentera lengkap dengan pagar eletrik canggih. Sebenarnya manusia dalam filem LoTD ni sudah terperangkap di dalam sangkar yang dibina oleh mereka sendiri. Ini terbukti apabila Romero sendiri menunjukkan imej burung kenari di dalam sangkar apabila ia bercerita tentang keindahan masyarakat baru Fiddler's Green. Masyarakat baru ini dibina Kaufman (lakonan Dennis Hopper). He chooses who lives in the Fiddler's Green and he even runs the slums that surround it, where street corner activists preach anti-Kaufman sentiment and possible uprisings against the wealthy tenants on the inside. Kaufmann mempunyai sebuah pasukan scavengers yang diketuai oleh Riley (Simon Baker) with his second in command, Cholo (John Leguizamo). Tugas utama team scavengers ni adalah untuk mencari makanan, ubatan, dan barang barang mewah seperti arak dan cigars kepada mereka yang tinggal di Fiddler's Green. Plot utama cerita LoTD ialah apabila salah seorang ahli team scavengers ni memberontak kerana sudah muak dengan dictatorship Kaufman lalu mencuri senjata tercanggih pasukannya. Pemberontakan itu mengundang ancaman pada manusia kerana zombie dalam filem ni pun sudah muak menunggu 'makanan' datang ke tempatnya lalu decide untuk pergi ke seberang untuk mencari 'makanan'... iaitu manusia! Biasanya dalam filem Romero, zombies yang berkeliaran ni memang bodoh dan lembab dan kadang-kadang kelakar disebabkan oleh kebodohannya itu. Tapi dalam LoTD ni, Romero lakukan sedikit pembaharuan dengan menjadikan leader tak rasmi geng zombies ni, seorang pam attendant kedai minyak berkulit hitam, sebagai seorang zombie yang boleh berfikir. This is quite an interesting twist in this movie dan menjawab persoalan aku beberapa tahun lepas bila aku terfikir 'Macamana kalau hantu zombie ni jadi pandai..?'.

Secara keseluruhan, filem ni memang tipikal filem Romero. Tema dan satira politikal dan sosial masih menjadi asas kepada jalan cerita filem ini. Kita dapat lihat pandangan Romero mengenai masyarakat Amerika kelas atasan apabila timbul sesuatu bencana di negara mereka. Mereka akan mencipta satu kehidupan baru yang langsung tidak menghiraukan masalah dunia by locking themselves in and maintaining the life of comfort they only know. Bagi aku filem ni mempunyai jalan cerita yang menarik dan pelakon-pelakon yang mantap especially Simon Baker dan John Leguizamo. Tapi sebagai seorang yang bukan peminat fanatik filem zombies, aku tidaklah begitu terkejut dan teruja dengan adegan-adegan seram yang ditonjolkan di dalam filem ini. Aku merasakan yang adegan-adegan kejutan di dalam filem ini seperti sudah boleh dijangka. Mungkin jugak aku tak terkejut disebabkan oleh 'suntingan semula' LPF. Aku pun kadang-kadang pelik dengan LPF ni punya teknik suntingan. Tapi yang menarik pasal filem LoTD ni, aksi-aksi cannibalism, makan orang ditonjolkan in graphic details. (..itu LPF tak potong plak..?). Make-up dan costume yang dipakai oleh zombies pun boleh diberi pujian sebab memang nampak real. Filem ni tak ada effect CGI yang hebat tetapi sudah cukup untuk membuatkan kita puas menonton.

Land Of The Dead. Kembalinya George A. Romero ke layar perak. Mungkin impak comeback Romero tidak seperti yang diharapkan. Tetapi kehadirannya amat dirasai. Sebuah filem yang tidak hebat tetapi enjoyable.

3 comments:

Anonymous said...

wow! u rock dude!!!

Anonymous said...

cayalah edd :)

Edd Vedder said...

tenkiu.. tenkiu. Glad we had the same interest.. feel free to lepak here anytime..