07 May 2006

Lantai T Pinkie - Thank God For Kebaya Nyonya.

Aku belum pernah saksikan pementasan Lantai T Pinkie (LTP) walapun sudah beberapa kali ianya dipentaskan dengan pelakon yang berbeza. Jadi aku tidak boleh membuat perbandingan di antara pementasan kali ini dengan pementasan sebelumnya. Dari ulasan yang aku baca, ramai yang mengatakan pementasan kali ini kurang hebat berbanding pementasan sebelumnya. I don't know. Apa yang aku tahu, dari apa yang aku saksikan semalam, ternyata aku sangat terhibur.

Aku dan partner-in-crime sampai tepat pukul 8.30 malam ketika show baru sahaja akan dimulakan. Kali ini kami membeli tiket di bahagian stalls, P11 dan P12 yang lebih kurang baris kelapan daripada pentas. Ternyata ianya lebih baik dari seat kami semasa menonton PGLTM kerana kami lebih dekat dengan stage. More intimate.. Secara kebetulan pula seat aku bersebelahan dengan seorang rakan sekelas aku. It's a small world after all..

Aku tak mahu membuat ulasan dengan mendalam tentang teater LTP kerana telah terlalu banyak telah diperkatakan. Lagipun secara rasminya, pementasan LTP berakhir pada malam ini (Ahad). Enough to say that they got it just right. Bukannya mudah untuk merealisasikan sebuah karya sastera hebat Datuk A Samad Said kepada sebuah teater muzikal yang menghiburkan. Untuk itu ucapan tahniah harus diberikan kepada pengarahnya, Rosminah Tahir. Yang paling aku suka ialah lagu-lagu dan muziknya yang sangat menghiburkan yang terdiri daripada joget, mambo, cha-cha, tango dan pelbagai lagi. Satu perkara yang bijak tentang pementasan ini ialah terdapat satu papan tanda pada bahagian kiri pentas yang memberi tahu penonton tentang jenis tarian yang sedang dipersembahkan (..mungkin ianya juga wujud di kelab joget zaman dahulu). Ternyata setiap scene kelab joget adalah sangat menghiburkan. I swear that when they were doing the mambo, I felt like jumping onto the stage. I was tapping my feet throughout the show. No wonder why kelab joget terkenal pada suatu ketika dahulu. Cuma aku agak sedikit kecewa kerana para pelakon kelihatan miming semasa menyanyi (..except for Safura). Mungkin juga kerana mereka bukan penyanyi. Tetapi ianya terlalu ketara bila wujudnya audio level yang tidak setara semasa mereka mengucapkan dialog dan menyanyi. Namun begitu, the sound was OK kecuali terdapat sedikit masalah teknikal pada speaker pada bahagian kanan pentas semasa Act 5 apabila bunyi distortion yang low level sedikit membingitkan telinga penonton tetapi kembali kepada biasa selepas intermission. Tahniah untuk Pak Ngah atas ciptaan lagu-lagu indahnya.

Satu perkara yang penting tentang sesebuah pementasan teater semestinya lakonan para pelakonnya. Nasha Aziz ternyata pilihan yang bijak untuk teater LTP ini. Watak Pinkie seharusnya dibawakan oleh seseorang yang cantik, seksi, menarik, yang boleh membuatkan penonton percaya bahawa dia menjadi rebutan semua lelaki di kelab joget pada masa itu. Dan melihat kepada karisma dan aura Nasha di pentas, aku rasa watak Pinkie memang sesuai untuknya. Aku berharap Nasha dapat mengasah bakatnya pada pementasan teater yang lain pula kerana ternyata dia mempunyai tarikan tersendiri. Tapi pada fikiran aku, dalam teater LTP ini, lakonan yang paling mantap datangnya daripada 2 teater heavyweights yang hebat, Azizah Mahzan dan Jalaludin Hassan. Setiap kali mereka muncul di pentas, walaupun bergandingan dengan para pelakon lain yang tidak kurang hebatnya, they stole every limelight. Pengucapan dialog yang jelas, lantang, dan lakonan penuh emosi ternyata membuatkan penonton terpaku menyaksikan lakonan mereka. No wonder why they got the loudest cheer at the encore. Lakonan pelakon lain seperti Vanidah Imran, Zuhairi Ibrahim, dan Zaifri Husin juga tidak menghampakan. Aku kurang pasti dengan lakonan Abby Abadi kerana nampak seperti dia masih kurang ekspresif dan agak sedikit kaku beraksi di pentas. Mungkin juga kerana watak Siti Udaya yang dibawakannya tidak ada perkembangan. Lakonan Soong Ai-Ling sebagai Puteh Su boleh diberikan pujian. Rata-rata ramai yang menyukai lakonannya kerana ternyata watak Puteh Su yang innocent, naive dan lovelorn terhadap watak Jongkidin Jaroi lakonan Jalaludin Hassan memang sesuai dengan perwatakannya. Walaupun sedikit pelat dan terkadang intonasinya tidak sesuai, namun secara keseluruhan she pulled it off. Kebanyakan babak Soong Ai-Ling adalah bersama Jalaludin Hassan, but she did just enough not to be totally outshined by him. Now I know why she got rave reviews for her performance in Puteri Hang Li Po last year. Secara keseluruhan, lakonan para pelakon LTP adalah sangat baik dan berkesan.

Beberapa perkara lagi yang menarik tentang teater LTP ialah rekaan set yang nostalgik dan dapat mengoptimakan penggunaan elevated stage Istana Budaya, and of course, the costume. Let me tell you this, any woman, regardless of their looks, shape, height and age, can look very sexy in a kebaya nyonya. No doubt about that. Para pelakon wanita LTP ternyata tampak begitu anggun dengan kebaya nyonya dan kain batik pelbagai warna yang ternyata merupakan satu dedikasi kepada Allahyarhamah Datin Seri Endon. Ditambah pula intipati jalan cerita LTP, yg berkisarkan tentang punggong seksi para penari joget (..the T in LTP actually stands for tonggek), pemakaian kebaya nyonya ternyata penting dalam penceritaan teater ini. Ternyata dialog yang paling diingati pada malam tersebut datang dari watak Nyai Sunarti Rekno lakonan Azizah Mahzan, '...Punggungmu satu kenikmatan!'. Awesome, hehe.

Selepas selesai menonton persembahan, kebanyakan penonton tersadai di Istana Budaya kerana hujan lebat turun mencurah-curah. Oleh kerana itu sesi autograf dan meet the fans para pelakon LTP dengan penonton menjadi sedikit havoc. Pegawai-pegawai Istana Budaya yang ternyata mengantuk dan tidak bertenaga untuk membuka mata, became a little bit grumpy and rude towards the fans. There was even one IB guy who actually fell asleep while standing guard. Yang paling mencuri tumpuan pada malam tersebut sudah semestinya Nasha Aziz yang friendly dan bubbly walaupun ternyata wajahnya mencerminkan kepenatan. I managed to get a few photos of her while she was signing autographs, and standing a few inches from her I can tell you that she looks even more stunning in person. Absolutely gorgeous. Terlalu ramai orang yang berpusu-pusu untuk menatap wajah para pelakon sehinggakan agak sukar untuk aku dan girlfriend aku untuk mengambil gambar mereka dengan jelas. Tetapi agak menyedihkan apabila ramai orang berpusu-pusu untuk mengambil gambar dengan para pelakon LTP, tetapi di bahagian hujung IB kelihatan orang yang bertanggungjawab terhadap cerita LTP, sasterawan negara Datuk A. Samad Said kelihatan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Maybe everyone is a bit intimidated by his presence. Atau memang ternyata beliau bukanlah orang yang glamor. But we are talking about our Sasterawan Negara here. Ternyata peluang tersebut digunakan oleh kami untuk merakamkan foto bersama beliau dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan pementasan karya beliau. Ternyata aku sangat bangga dengan foto tersebut.

Pukul 1 pagi hujan masih turun dengan lebat dan orang di IB makin berkurangan. Kebanyakan orang meredah hujan untuk ke kereta masing-masing. Tetapi memikirkan kereta aku yang diletak terlalu jauh dari pintu masuk IB, kami memutuskan untuk menunggu beberapa minit lagi. Ternyata penantian tersebut membuka peluang kami untuk bergambar dengan kebanyakan pelakon LTP kerana mereka telah selesai sesi tandatangan autograf dan bilangan orang yang semakin susut memudahkan kami untuk approach mereka. Kami sempat bergambar bersama Azizah Mahzan, Vanidah Imran, Nasha Aziz (..nervous gila aku bergambar ngan minah ni) dan Jalalaludin Hassan who was very friendly and soft spoken. Bak kata girlfriend aku "...patutlah orang cakap dia ni hero romantik, memang boleh cair pompuan ngan dia" And she likes it even more when Abg Jalal shook her hands and said "..take care, OK". Flirt! Haha..

Aku sebenarnya ingin meletakkan gambar aku dengan para pelakon LTP (..especially the one with Datuk A Samad Said) pada blog ini but I decided not to, simply because I look really fat on those pictures.. haha. Namun begitu, aku berasa sedikit puas dengan malam tersebut kerana persembahan teater yang sangat menghiburkan ditambah pula dengan kesempatan untuk merakamkan foto kenangan bersama para pelakon (..even though I was a little bit frustrated because Soong Ai-Ling disappeared before I had the chance to take a picture with her). Anyway it was an enjoyable evening and a night to remember. And I'm glad that I could be part of the whole Pinkie experience.

11 comments:

Zack said...

Jelesnya mak kau dpt pegi...

N a d i a said...

mak bapak aku still terbua-buai ngan kenikmatan LTPwhen juhara ayub jadik t. pinkie & shahriza mahmud jadik nyai. diorg kata that one was the best. anyway, nasha tu mmg lawo kalo jumpe in person. perfect skin! aku penah jumpe dia tengok konsert gigi kat pgrm ni. and yes, yatt ada iv dia dulu...and after that, asyik cite pasal nasha je for a few days...siap taruk gambo dia lagi kat dlm studio buruk kitorg tu. haha. anyway, alangkah bestnye kalo ada perfect skin cam nasha tu...hmm...i was really hoping that poster LTP tu tak kena banned & depe still taruk kat memane billboard. aku teringin sgt nak tengok impactnye pada trafik kat kl ni. tapi x kesampaian...:-(

sis swan,
i talked to him once. ikut my hubby iv dia kat kl sentral. disbbkan aura dia tu, terus otomatik terikut stail dia bercakap...haha..heran betul! anyway, he loves to lepak kat one little corner there. try la carik, and jgn lupe order teh o nipis yg manis for him. he'll love that. :-)

Edd Vedder said...

zack, swan

apa yg nak jeles sgt.. Korang tinggal je anak2 korang tu kt sesaper, pastu pegi je tgk. Dekat IB tu sentiasa ada show. Mmg tak rugi bayar tiket mahal pun sbb mmg worth it. Pas nie aku nk tgk konsert Jamal plak kat IB. Damn.. that should be good.

nad,
seriyes.. skin Nasha mmg flawless. Dia sorang aja yg tak mekap tebal berbanding pelakon2 lain.. cantik siot!

Aku pernah jumpa Pak Samad 2-3 kali dulu. Dia sentiasa dengan seluar pendek dan plastik hitam dia. Selalu ada buku dlm plastik tu.. Mmg sempoi! Nasib baik mlm tu dia tak pakai short jugak..hehe.

N a d i a said...

sis swan..
betui gak tu. bersyukur la ngan kulit yg ada ni. alhamdulillah...:-)

N a d i a said...

eh..lupe plak nak ckp..
sis swan...anita??..erkkk!! scary siot!

N a d i a said...

'aku penghibur' tu kalo tak silap, 26-28 mei ni...

Anonymous said...

i hate this t pinkie musical, i hate it i hate it i hate it!

1st, lagu pak ngah dah rosakkan mellow monolog (dah la miming) t pinkie and some of the cast..entah apa2 entah..lagu dia tak sesuai langsung (except for safura's background music). emosi tak sampai langsung, ada ke t pinkie tgh menderita boleh tersengih2 menyanyi, ntah apa2 ntah

2nd, sape nasha aziz ni? she should never be T Pinkie, where's Juhara Ayob??? (or at least tiara J), kelakar nak mampus

3rd, hamzah tahir's set, ya rabbi, langsung takde fungsi..

paling aku sedih, masa ending, org semua beratur nak tgk nasha dan amik gambar nasha dan sign nasha yg entah hapa2 tu sedang Pak Samad terceruk je kat tepi tunggu ada org nak beli/sign otograf, aku rasa nak nangis tgk menda ni, nampak sgt pop kita melebihi seni.

Anonymous said...

kalau aku hilang kemelayuan aku mlm tu, bila nasha nak say byebye kat semua, aku nak baling kobis atau tomato sebab rosakkan karya Pak Samad...

Edd Vedder said...

En Fadz!! long time no see.. komen ko sebenarnya yg aku tunggu2 sbb aku tahu ko mesti pegi tengok.

..interesting view. Tapi aku agree ngan ko. aku sedih bila tgk Pak Samad x dipedulikan. Pop is more popular than art.

Yap Dai Lin said...

walau telah lama menyaksikan muzikal ni,namun babak soong ai ling yang akhirnya memeluk ISLAM,masih dalam ingatan,ia meninggalkan imbak yang sangat mendalam di hati saya

Yap Dai Lin said...

walau telah lama menyaksikan muzikal ni,namun babak soong ai ling yang akhirnya memeluk ISLAM,masih dalam ingatan,ia meninggalkan imbak yang sangat mendalam di hati saya